Wednesday, 6 July 2011

Rezeki itu milik semua


Assalammualaikum w . b .h

Pernah terdetik di dalam hati perasaan tidak puas hati pada orang lain ? Cemburu dengan kelebihan yang mereka ada , Kejayaan yang mereka capai , keuntungan yang mereka peroleh , dan kesenangan yang menyelubungi kehidupan mereka ?

Mungkin pada mata kasar nya kita melihat seseorang yang kaya dengan harta itu bahagia secara lahiriah , tetapi secara batin nya , bagai mana  ? Dan jangan di pandang seseorang yang dhaif kehidupan nya itu menyeksa kan . Barangkali hidup nya lebih aman dan tenteram berbanding kita yang berada dalam serba kesempurnaan .

Setiap kita sudah di tetapkan rezeki serta bahagian hidup masing – masing . Jadi , jangan lah selalu mengeluh andai perjalanan hidup sentiasa di uji . Kesabaran merupakan kunci dalam melayari hidup ini . Sentiasa lah bersabar biarpun di uji seribu kali dengan dugaan yang sama .

Ada orang yang dari mula hidup nya sentiasa di permudah kan tapi di akhir nya pelbagai kerumitan yang di alami . Namun , ada juga sebahagian nya yang amat perit meniti hari -  hari mendatang pada permulaan nya , tetapi setelah itu , kehiudpan nya semakin baik dan terasa mudah . Itu lah warna kehidupan kita . Tidak semua nya sama dan statik sahaja . Kehidupan kita juga punya graf . Kadang kala naik , kadang kala turun menjunam .

Apa yang penting sekarang , hidup jangan mudah mengalah . Terus kan perjuangan untuk mendapat kan apa yang kita mahu . Untuk dapat kan sesuatu harus berusaha dan terus berusaha . Jangan patah semangat apatah lagi tersungkur di tengah jalan . Terus kan usaha di samping berdoa , Insyaallah kita akan memperoleh kejayaan juga di hujung nya .

Hidup jangan terlalu membanding kan diri sendiri dengan orang lain . Takut kepuasan diri tidak terasa . Nikmati lah hidup yang kita punya . Cari apa sebenar nya yang kita ingin kan dalam perjalanan hidup yang serba singkat ini .

Jangan lupa juga untuk sentiasa mengucap kan lafaz Syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Pemberi . Kerana semakin banyak kita bersyukur pada nya , semakin murah dan mudah untuk kita memperoleh apa yang kita ingin kan .

Al-Baqarah [152] Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

P  / S   :   Kadang kala hati terdetik : kenapa nasib ‘aku’ tidak tidak sebaik mereka ?


No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik