Monday, 4 July 2011

" Sesungguh nya Hidayah Itu Milik Allah "



Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.Surah Al.Baqarah

Assalammualaikum w . b . h

Dah petang macam ni baru sempat nak bukak blog . Baru ada masa sikit nak jengah2 surat khabar . Sebenar nya ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsi kan dengan kawan - kawan semua . Dah lama jugak nak tahu apa cerita tentang seorang aktor yang pernah popular suatu ketika dahulu . Jujur kata , memang saya sangat2 meminati nya . Tak jemu menonton lakonan nya even dah beberapa kali di ulang tayang , saya layaaaannnn aje ...... hehehehe .

Rasa nya pelakon ni lebih mudah di kenali dengan gelaran " Ali Setan " . Walau pun filem Ali Setan ini bukan lah pada zaman saya , tapi saya akui saya sangat menyukai nya ter utama sekali Ali Setan II . Tak tahu kenapa . Mungkin kerana lakonan nya yang berkesan di hati , atau kerana perwatakan nya ??? Entah lah ..... Yang penting , saya sukaaaa ...... !!! hikhikhik


Dan tak sangka , akhbar Berita Harian edisi Isnin ( BACA DI SINI ) kali ini memuatkan kisah tentang si setan ni , siapa lagi , kalau bukan  Azmil Mustafa lah ......  bukan si Seth Tan ya ..... itu masuk entry edisi lain nanti .... Huhuhu .......

 kalau nak dengar lagu Joget dari filem Ali Setan , boleh dengar kat SINI

Khabar nya , dia bersama keluarga  baru sahaja pulang dari Syria dan akan terus menetap di Malaysia . Tambah nya lagi , dia  mahu menjalan kan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di negara sendiri pula ...... Syukur Alhamdulillah . Terus kan perjuangan murni di jalan - Nya . Pasti terbaek lahhhh ....

Nampak nya , dari hari ke hari semakin ramai golongan artis yang mula menunjuk kan minat mendalami ilmu agama . Syukur pada DIA , kerana mereka2 ini adalah insan terpilih untuk di beri kan Hidayah . Hidayah Allah itu hanya akan sampai dengan izin dari - Nya ..... Subhanallah , bertuah nya mereka ini , kan ?

Pelakon ini sendiri mengakui bahawa kehidupan nya sekarang mula di penuhi dengan ketenangan dan kedamaian  .  Indah sungguh saat mendengar nya , bukan ? Itulah kehebatan Hidayah yang di beri saat kita lagi berusaha mendekat dengan - Nya .... yang pasti , ianya bukan lah sesuatu yang sia- sia .


Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Surah Yunus, ayat 57)

Moga kita juga akan tergolong dalam hamba - hamba nya yang layak untuk mendapat Taufik serta Hidayah - Nya , amin ....


Iklan : Mega Sale Malysia sudah tiba ?? jom klik SINI untuk lebih discount ......

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik