Sunday, 22 May 2011

Dugaan-Nya.....Pasti Ada Hikmah Setiap yang Terjadi.

Assalammualaikum.....

Semalam selepas pulang dari pusat tusyen,sayasempat menonton berita di tv.Terpaku sebentar apabila mendengar peristiwa kejadian tanah runtuh Hulu Langat yang melibatkan Rumah Anak2 Yatim dan Anak2 Kebajikan Madrasah Al-Taqwa.Siapa sangka perkara sebegini akan berlaku tiba-tiba.Tambahan pula ketika itu,anak-anak semuanya sedang sibuk melakukan latihan nasyid untuk acara menyambut rombongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)-Itulah kuasa ALLAH,bila dia menyatakan maka "Jadilah engkau",maka terjadilah ia.Tiada apa yang dapat mengelaknya lagi melainkan hanya memohon ampun dan pertolongan dari-nya.

Setakat yg di ketahui,seramai 13 orang yg sudah terkorban dalam bencana ini.Innalillah saya ucapkan dan takziah buat ahli keluarga yang terbabit.Sesungguhnya "Semua yg ada di bumi itu akan binasa,dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan" (AR-RAHMAN:26-27)

Di sini saya lampirkan serba sedikit laporan akhbat tempatan Utusan Online berkaitan bencana yg berlaku.

13 maut, 3 tertimbus

Mangsa dikenali dengan nama Hairi dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam.



HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.
Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.
Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.
Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.
Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.
Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.
Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.
Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.
Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.
Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.
Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.
“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DkWXf2Iq_tPQ%26feature%3Dplayer_embedded&h=0aa4c

 Ini pula video berkitan kejadian tersebut.(Sumber dari youtube)

Sementara itu,TPM,Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan dalam menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terlibat dalam bencana.Syukur Alhamdulillah,besar pahalanya kita meringakan beban orang lain.-Hanya ALLAH sahaja yg dapat membalas jasa2 kalian yang menghulurkan bantuan kepada mangsa2 terrsebut. ^_^ .Saya hanya mampu mendoakan dari jauh.Moga ALLAH mendengar doa-doa saya buat mereka semua.Di bawah ini,ada butiran lanjut berita berkenaannya......

TPM umum bantu mangsa

HULU LANGAT 21 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.
Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
“Begitu juga segala keperluan pengebumian mangsa yang meninggal dunia akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat,” katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian.
Muhyiddin berkata, kerajaan akan menunggu laporan penuh siasatan berhubung tragedi itu sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Beliau berkata, kejadian malang itu mungkin berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil dan hujan lebat.
“Saya telah mengarahkan Datuk Seri Noh Omar (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menguruskan segala urusan berkaitan kejadian ini,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin merakamkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa kejadian malang itu.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut merakamkan ucapan yang sama.
“Turut merakamkan ucapan takziah dan simpati, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan.
Gambar-gambar Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat


Khemah ditimbus tanah akibat runtuhan tebing bukit.




SEBAHAGIAN anak-anak yatim kelihatan sayu menunggu berita rakan-rakan mereka yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, semalam. – MINGGUAN/Shefry Moniz




Orang ramai dan anggota penyelamat memenuhi lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, semalam.








TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat melihat kerja-kerja menyelamat sebaik tiba di tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, malam tadi.




JENAZAH mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh ditempatkan di sebuah surau dekat tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, semalam.




Salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam.



P/S  :  Barangkali ada sesuatu yang ALLAH ingin tegur pada hamba2-Nya.Insafi diri atas apa yang berlaku.Redhalah dengan segala ketentuan dari-Nya.Pasti ada hikmah yg besar di sebalik semua yang terjadi.Sentiasa muhasabah kembali,dan renunglah diri masing.Mungkin dengan cara seperti ini baru dapat membuka mata dan menyedarkan kita dari kesilapan yg sudah kita perbuat.Wallahhualam.....

2 comments:

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik