Monday, 16 May 2011

WeLcOmE tO mY bLoG... :)



    Assalammualaikum... :)


           Pembuka kata terbaik buat semua.Salam perkenalan dari saya juga.Moga dengan adanya ruangan blog ini,dapat sama-sama kita mengeratkan silaturrahim sesama kita,insyaALLAH.


       Saya sebenarnya dah lama nak create 1 blog untk diri sendiri,cuma belum berkesempatan.Maklum,blog bukannya 1 benda wajib,buat bila ada masa terluang saja.Perlu utamakan yang lebih penting terlebih dahulu.


        Tujuan utama saya bina blog ni untuk saya simpan semua pengalaman hidup yg saya lalui saban detik.Tempat untuk saya lakarkan segala apa yang saya pernah lalui.Sebab pada saya,tak semua benda kita boleh/selesa untuk ceritakan pada orang lain.So,kira blog saya adalah tempat untuk sesi perkongsian /pengalaman hidup.Biar saya boleh nampak perjalanan hidup saya saban waktu.Sebab kita sering lupa dan leka sampaikan kita tidak sedar sudah d mana tahap kehidupan kita sekarang dan sudah sepatutnya kita d mana sekarang ini.


    Saya mengalu-alukan komen2 dari anda,anda dan anda sekalian.Barangkali komen2 dari anda buat saya lebih bersemangat untuk meneroka hidup yang singkat ini.


     Saya baru nak mencuba memesrakan diri dgn dunia ber'blogging ni.Apa saja kekurangan,saya terima.Adat la,mana ada orang baru start,terus expert atau pandai terus.Perlahan-lahan lah mendaki tangga kejayaan,sabar dan tekun perlu.
Tapi putus asa x perlu.Kalau nak putus asa juga,jgn lama2.Kejap2 sudah,pastu terus bangkit semula bina langkah2 baru menuju ke jalan kejayaan (pesanan untuk diri sendiri)



           


   So,selamat ber'blogging buat semua blogger..... Semua kita semua tidak akan pernah ketandusan idea untuk d coretkan buat tatapan follower anda sekalian.Moga ALLAH sentiasa permudahkan segala-galanya buat kita semua....... amiiiiinnnnn... ^_^

                               




     p/s  :  Blog ni saya create mcm diari saya jew... 

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik