Saturday, 21 May 2011

Kemahuan Anda,Hidup Anda

Assalammualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan satu rahsia macam mana kita nak kekalkan kesihatan diri.Zaman sekarang ni dah bersepah produk kesihatan,kecantikan,produk makanan tambahan,program pelangsingan badan,dan mcm2 lagi.... so,xdew mende ler yg nk di risaukan,kan..kan????Tapi bukan semua orang mampu nak dapatkan rawatan yg sgt2 lah mahalnya,mengalahkan pendapatan sendiri pulak.(Jgn x tahu,ada jew org yg snggup ikat perut berlapar semata-mata nk cantik.....cmne tue???So,kat sini saya share dgn anda semua mcm mana Nabi kita,Muhammad S.A.W menjaga kesihatannya.Kalau nak bandingkan zaman dulu dgn zaman sekarang,mana ada pusat2 kecantikan mcm yg kita ada sekarang ni,kan?Tapi mcm mana Rasullullah boleh mantain sihat jew(yg ni kena ambik tahu....Rasullullah bukan x pernah sakit tapi hanya beberapa kali shj dlm hidupnya baginda sakit.)
Pada yg rasa2 tengah x berapa nak sihat tu,jom layan petua2 Nabi kita ni.Tak dew lerr kejew nk membuang duit mencantikkan badan,tapi hasilnya...... huhuhu,sunggguuhhh mengecewakan..... :(((

Baginda selalu bangun sebelum SUBUH...
Haaa..... baca tak...??? Jelas ke tidak...???Siap highlight lagi niiii...... heheheh... So,maksudnye apew??? Sudah sedia maklum,ramai di kalangan kita yg memang susah btul nk tingglkan bantal -selimut time pagi2 tu.....(kdg2 sy pun camtu jgk....addeeehhh... :( .Nak2 lagi bila time ujan,lagi lerr berganda-ganda moodnye nak berlingkar ats tilam tue..... ( tapi kalau nak tahu,org yg malas or liat bgn pagi ni dh kena selimut dgn kulit b***,sbb tu malas nak bgn tu)huhuhu....imagine,sanggup kew kita menyelimutkan tubuh mcm tu...??? Tepuk dada,tanye sama hati masing2 ya..... ^_^ . Bangun pagi ni byk faedah sebenarnya.Rasulullah sentiasa mengajak umat2nya untuk melaksanakan terlebih dahulu solat2 sunat sementara menunggu Azan Subuh. Mcm2 solat kita boleh buat spt solat tahajjud,solat istkiharah,solat taubat dll( kalau buat secara berjemaah,lagi berganda2 reward yg akan kita dpt)..... Tak pun,kalau rasa2 mcm tak yakin cara2 nk buat solat2 sunat tue semua,why not kita baca yassin kew, Quran kew(ni ubat penenang hati ni.... ^_^ ) So,pepagi lagi kita dh buka hari kita dgn rahmat dan berkah dari-Nya dan dpt upah PAHALA lagi.Bukan tue ajew,faedah bila kita bgn pagi ni kita dpt menghirup udara segar (yg bagus untuk merawat penyakit TIBI di samping dapat menguatkan lagi akal fikiran kita-So pd semua student tu,jgn malas2 bgn pagi ya..... :) Jadinya,sekarang niat dlm hati anda,"esok pagi sebelum SUBUH aku bangun....yeeeaayyy...!!!!


Sentiasa menjaga kebersihan diri
 Nak tahu tak,setiap hari Khamis dan Jumaat,Baginda akan mencuci rambut halus di pipi,memotong kuku,bersikat serta memakai wangi-wangian.Jadinya,Baginda sentiasa akan kelihatan bersih dan rapi penampilannya.Ini ada satu petikan Hadis riwayat Muslim:"Mandi pada hari Jumaat adlh sgt di tuntut bagi setiap org dewasa.Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman)-Jadi,jgn malas2 mandi yaaa.... :p dan dalam cara pemakaian juga perlu di titikberatkan kerana cara kita melambangkan peribadi kita..... So,pergi depan cermin dan pandang bagaimana anda sekarang.... :)

Berhenti sebelum kenyang
    Kalau yg ni payah sikit kot nk ikut..... ( agak2 nye lerr) sebab selagi ada makanan depan mata,selagi itu ler mulut tak terasa nak berhenti mengunyah... ( alasan:x baik membazir.Dah tau,buat apew beli or buat byk2??? tak pun,sedekah jew kat jiran,pahala lagi kita dpt.... ^_^....senang jugak nk kumpul pahala ni,kan??? Sabda Rasulullah: "Kami adlh satu kaum yg tidak makan sebelum lapar dan akan berhenti sebelum kekenyangan" (Muttafaq Alaih) Jadi,bila dah start makan tu,agak2 ler sama.Jgn ler mkn smpai berlebi2an tahap nk muntah balik ( cer kongsi makanan dgn org lain,kan lebih berkat... hehehe,di murahkan rezeki lagi) Nak tambah lagi-"Tidak sempurna Iman seseorang itu jika tidur dlm keadaan yg kenyang,sedangkan ada jiran yg menangis kerana kelaparan" ( tgok tu,betapa besarnya nikmat bersedekah dan berkongsi) Sedikit fakta: Dlm tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda iaitu 1/3 untuk udara, 1/3 untk air dan lagi 1/3 untuk makanan.

Berjalan Kaki @ walk
  Rajin tak korang semua berjalan kaki???Jgn tau berjalan ke blog @ blog walking ajew ya..... ngeh3.... :p Tau ler masing2 ada keta mewah,moto besar,jadi rugi ler ya kalau parking keta jauh2 nnti org x nmpak plak harta mewah kita tu..... adeehhh... Lagi pula buat apew susah2 nk penatkan diri,berpeluh2 lagi + x selesa sedangkan ada kemudahan,kan?Tapi kan,Rasulullah sendiri mengamalkan berjalan kaki ke masjid,pasar,medan jihad,dan berkunjung ke rumah2 sahabat.Nak tahu sebab apa x? sebab..... bila kita berjalan,peluh akan mengalir,roma akan terbuka dan dpt melancarkan peredaran darah dlm bdn.....Ini penting ya untuk mengelakkan kita dari mendapat penyakit jantung.So,lepas ni kalau nak gi shopping,letak keta kat luar.Biar jauh sikit jalan,xpew kan??? Janji sehaattt... :)


Cool down....Elakkan marah
 Sifat yg satu ni,biasa lerr....Kita bukannya malaikat or bersifat maksum.Hari2 adew jew benda yg nak buat kita marah.Tapi kita boleh ubah sikap tu,kan???Try latih diri menjadi seseorang yg SABAR.mcm mn ya nak latih diri tu??? Ni adew sikit ilmu terapi yg saya kutip melalui pembacaan saya iaitu dengan cara mengubah posisi kedudukan ketika sedang marah.Maksudnye:Bila sedang berdiri,maka duduklah,dan jika sedang duduk,maka berbaringlah.Kemudian baca Ta'awwudz sebab marah itu dtgnya dari syaitan.So,segera kita gerak untuk ambil wudu' dan solat 2 rakaat untuk mendapatkan semula ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.... (Selamat mengamalkannya,ya... ^_^ 

Optimis dan tidak mudah putus asa
  Rasa2nya,belum ada lagi orang yang tak pernah ada rasa putus asa,kan?Biasa ler,nama pun manusia,serba serbi lemah.Tapi jgn sampai berlarutan.Cari sesuatu yg dpt memotivasikan kembali diri kita supaya sentiasa bersemangat untuk mengutip pahala bekalan kita nanti.Sifat Istiqamah,bekerja keras serta tawakal pada ALLAH adalah yg terbaik.... :)

Mudah untuk menghulurkan maaf
Sifat ni mungkin rumit sedikit.Bukan semua orang dapat menghulurkan kemaafan dengan mudah.Ada yang sampai keras hati sampai tahap bawa ke mati.Tak kew buat naya pd diri sendiri jew??Sifat pemaaf ini satu sifat yg sangat baik @ mulia.Ianya di tuntut kerana dengan saling bermaafan,hati kita akan menjadi lebih tenteram,serta dapat membebaskan diri dari terus di belenggu rasa marah berterusan.Sekiranya kita marah,rasa marah itu akan melekat dalam hati.So,peliharalah hati anda2 sekalian agar tidak terus di cemari dengan perasaan marah.
 
 
 
 
Bahagia itu bukan sekadar untuk kita dapatkan,tapi hendaklah terus memberi kerana dengannya kita akan lebih merasai kebahagian.... Semoga dengan perkongsian pendek ini,kita dpt memperbaiki diri menjadi umatnya yg lebih baik,InsyaALLAH.... PEACE.

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik