Sunday, 22 May 2011

Mengapa Kita Berkahwin

Assalammualaikum....
Salam Ukhwah buat semua. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih membenarkan saya bernafas di bumi-Nya.....
Saat ini otak saya sedang terfikirkan sesuatu.Sebenarnya sudah lama saya bersoal jawab sendiri.Berteka teki kenapa ia terjadi dan bagaiman ia terjadi.Beberapa bulan lepas,saya ada menerima khabar tentang seorang rakan yang bakal mendirikan rumah tangga.Ianya pastilah satu khabar gembira buat semua termasuk saya kerana sudah sampai rezekinya untuk berumah tangga.(walaupun umurnya muda dari saya)Perkenalan rakan dengan calon suaminya bermula dari sebuah laman sosial.Pada mulanya,saya sukar juga untuk mempercayainya.Iyalah,zaman sekarang,kita tidak boleh terlalu mudah untuk mempercayai seseorang yang begitu asing dengan kehidupan kita.(even keluarga sendiri pun sudah tidak boleh di percayai sepenuhnya pada zaman ini)

  
Kelihatannya rakan saya itu amat-amat yakin kalau si Adam memang tercipta buatnya.Saya ada juga bertanya "bagaiman kamu terlalu yakin kalau si Adam memang jodoh yang di tentukan buat kamu"???.Ketika itu saya bersama rakan sedang keluar makan setelah tamat waktu bekerja.Dia lantas menjawab: "Entahlah.Tapi semuanya datang dari hati.Hati saya terasa ringan untuk terima dia selepas saya sendiri lakukan solat Istikharah.Dan saat tu juga saya merasakan yang saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri(rakan saya ini masih belajar).Dan saya menyambung lagi pertanyaan padanya:"tapi kamu kan baru sahaja beberapa bulan mengenalinya,itupun setakat berchatting.Berchatting setiap hari tidak bermakna kamu mengenalinya,takkan secepat ini mahu langsungkan pernikahan?ujar saya pada rakan tadi.Rakan saya masih lagi menjawab dengan jawapan yang sama seperti di atas tadi.

 Saya faham bila mana rakan saya mahu melangsungkan pernikahan mereka secepat mungkin adalah untuk mengelakkan timbulnya fitnah.Lagi pula,memang tidak elok untuk bercouple-couple ni(sudah banyak rasanyaa artikel berkaitan hal ini) Saya pula,tidaklah sampai tidak bersetuju dengan tindakannya yang saya rasa agak terburu-buru untuk mendirikan masjid,tapi pada saya,kita seharusnya kena kenal dulu siapa bakal pasangan kita.Kita ni nk hidup bersama hingga akhir hayat,bukan setakat sebulan dua atau setakat anak cucu sahaja.Memang orang kata,"bercinta selepas berkahwin adalah lebih indah".Saya juga turut bersetuju ttg itu tapi walau bagaimana jua pun,kita tetap kena kenal terlebih dahulu sifat2 bakal pasangan kita(takut2 nnti akan timbul penyesalan)Saya masih tertanya-tanya apa rakan saya ini sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri?(kerana tanggungjwab itu terlalu berat untuk di pikul andai diri belum betul2 bersedia untuk menghadapinya.Sebelum kisah rakan saya memberitahu ttg perkara untuk dia mendirikan rumah tangga,dia sudah memberikan bunga-bunga kata atau hint pada saya yg dia juga sudah mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.

Teringat lagi saya dialognya pada suatu malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.Katanya:"Seronok kan kalau sudah berkahwin.Ada orang yg akan temankan kita,jaga kita,ambil berat pasal diri kita,mesti seronok,kan???"Rakan saya mengutarakan soalan itu pd saya.Pada mulanya saya hanya tersenyum mendengar kata2nya itu.Saya sangka dia berkata begitu sebab  baru sahaja menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan sekerja  pd petangnya.Tapi saya balas juga kata2nya dengan berkata "jgn ingat seronok sj.....Perlu sedar byk perkara yg menanti dan tanggungjawab yg harus di pikul" Kalau benar2  sudah bersedia, x apa...... Kalau setakat nak merasa seronoknya,baik hentikan.Perlu fikirkan lagi untuk beribu-ribu kalinya sebelum membuat keputusan.

Saya pula kalau di tanya apa saya sudah bersedia untuk berumah tangga???? Saya diamkan ajew.Sungguh,mmg takut bila di fikirkan hal yg satu ini.Sedar jew diri ni mmg x pernah bersedia lagi....Saya memang x boleh nak fikirkan ttg bab ni.Bila saya fikir kisah rakan saya tu,saya tanya pd diri sendiri,"kalau aku jadi dia,agak2nya aku bersedia kew nk pikul semua tanggungjawab selepas kahwin??? Uiissshhh,byk benda yg nak kena fikir tuuu.... Mcm2 benda saya fikirkan.Antaranya:

Sudah bersedia kew nk menjalankan tugas sebagai seorang isteri?


Tak takut kew tetiba timbul rasa bosan(dh hari2 mengadap muka si dia ajew??)

Boleh kew kita faham antara satu sama lain??
Boleh kew kita penuhi apa yg si dia ingini?
Boleh kita terima dan anggap keluarga si dia mcm keluarga sendiri-rapat mcm kita lyn parents kita jugak,boleh kew?)

Sanggup share anything dengan si dia??( sebab sebelum ni kita x perlu share apa2 kan??)
Dah sedia nak harungi suka-duka/pahit manis bersama?? ( xkan nak share yg best ajew kot.Kalau camtu,baik xyah kawen.... )

Then,kalau dh ada anak,snggup x bila lena kita terganggu time anak merengek tgh2 mlm?
Dh pasang strategi kew cmne nk lyn kerenah anak2 dgn "bapak pd anak"...? ( yg ni buat sakit pela.nk melayan anak2 buah 6 org tu pun dh lelah rsnya buat sy..... tapi kalau ank sndri nnti,dh x bole nk elak2 dah,kena hadapi jugak ler kan....kan....??? )

Dah bersedia kew nk rasa sakit hati?makan hati berulam jantung kew?? dh sedia dah kew?












 Kalau saya.jujur ckp,satu benda pun saya x sedia lagi..... Mungkin belum cukup matang gamaknya nak terima title "ISTERI"....huhuhu.... (byk lagi benda lain nak saya capai)
Kalau bertanya pada yg sudah mabuk bercinta or dia mmg sudah betul2 bersedia,jwpn dorang mestilah"saya dah bersedia nak lalui hidup bersama,InsyaALLAH,saya mampu...... " Indah sesangat.(moga x karam di tengah jln sudah lerr mahligai korang.... ) :p


P/S   :Saya cuma nak kongsikan apew yg saya rasa nak luah n apa yg sedang dlm fikiran saya.xdew nak kaitkan dengan siapa2 pun...... sungggguuhhh..... ^_^   PEACE







Jika perkahwinan itu di bina atas dasar agama,pastinya ianya akan selamat.So,fikir2 ler balik kenapa anda buat keputusan untuk berkahwin..... Pastikan matlamat anda itu nyata ya.... :)


Nah, ini ada sedikit petikan Doa Untuk Kebahagiaan dalam rumah tangga untuk saya kongsikan pada semua. Amal2kan lah ya.... ^_^


Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)

P/S  :  Untuk amalan,tidak perlu dibacakan daripada awal ayat. Memadai dengan dibaca bermula daripada رَبـَّــنـَــا atau seumpamanya yang bermaksud "Wahai Tuhan kami..." dan maksud-maksud lain yang hampir sama dengannya. 


Selamat berbahagia buat semua..... ^_^

~~~~~~ :::::::~~~~~

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik