Sunday, 29 May 2011

Bila berbicara berlandaskan emosi



Pagi2 indah mcm ni ada jugak yg nak menyemakkan otak aku.Haiiisshhh,ada ajew benda yg dia x puas hati.Kenapa hati tu sarat sangat dgn hasad dengkinya?kenapa penuhkan kepala otak dengan fikir nak buat aku sakit hati ajew?? Tak faham aku dengan hamba allah ni.Dia kira dia ajew yg bagus.semua cakap dia semuanya nk orang iyakan saja.Bila orang beri komen atau pandangan,betul2 di hentam habis-habisan.



Aku pun sebenarnya tak ada hati langsung nk komen apew2 statement yg kamu buat.Tapi kamu yg mulakan dulu minta aku pertahankan apa yg kamu sedang perdebatkan.jgn salahkan aku kalau tak dapat nak mengakui kata-kata yg keluar dari mulut kamu.kerana bukan semua kenyataan kamu itu betul. kadang-kala kita juga harus terima kelemahan pada diri dan mengakuinya.Lepas tu,pandai2 ler perbaiki mana yg perlu.Kamu jgn ingat kamu punya pendidikan tinggi,punya rupa,kerjaya hebat,orang x berani nak menidakkan kata-kata kamu.Cukup2lah keluarkan statement yang hanya akan mengundang perkara yang tidak baik yg mana akan balik semula kepada kamu.sekaligus terus akan menunjukkan kelemahan diri kamu sendiri.siapa yg malu,kalau bukan diri sendiri???.rasanya hari ini mungkin hari terakhir aku jengah wall dan membaca status kamu. tak kuasa aku nk melayan.daripada melayan perangai kamu yg tah apa tu,baik aku habiskan baca novel aku tu,lagi byk pekdahnya...... tak dew nk terasa sakit hati ke,sakit mata ke,penat jari nak menaip ke-x akan wujud lagi lepas ni-




Lagi satu,jgn suka2 nak value or judge orang tak tentu pasal.baru kenal beberapa minit sahaja di fb tu,ada hati nak judge orang gaya macam dah kenal lama.Entah2,diri sendiri pun kamu belum kenal bro..... ( haissshhh,memang bikin aku betul2 hanginnn hr ni.elok2 pagi ni sejuk jew,terus membahang) huh.....!!!

Lepas ni kamu x akan pernah nampak lagi nama aku.cancel aku nk approve friend request yg juga kawan si mangkuk  tu.Sorry ya bakal sahabat.lepas ni notifacation aku pun x akan penuh dgn nama kamu sahaja.Biarlah jumlah kawan sedikit,janji setiap kawan itu dapat beri saya ilmu yang berguna.bukannya dapat kawan yg cuma nak cari salah dan keburukan orang lain.

Hidup ni biarlah saling ingat mengingati,berkongsi perkara / ilmu yg baik.barulah ada ertinya persahabatan itu.kalau setakat add friend tapi nk buat sakit hati sepanjang masa,baik x payah..... -buang masa aku jew layan benda2 mcm ni.baik tak payah wujud langsung orang mcm kamu......

Puas hati sy bila dapat luahkan segala yg saya rasa hari ni.Jarang saya nk guna perkataan 'aku' tu.... tapi itu ajew lah kot cara nk tunjuk yg saya memang angin gilerrr2 dgn mangkuk tu.Sesedap rasa dia kata kita komen ikut emo,yg dia tu komen x ingat dunia,x fikir perasaan org lain,ada mangkuk tu fikir kew??? Bro,lain kali kalau nak org hormat atau nak suruh org beradab dengan kamu,kamu tu harus mulakan dulu.respect to each other.jgn hanya pada satu  pihak saja.itu namanya x adil.......!!!!

panjang pulak sy membebel ya.... sory.  tak sengaja. nasib baik dlm diri ni masih ada sisa2 sabar.lastly sy keluarkan kata maaf. tapi maaf itu tak bererti saya salah.biarlah dia rasa puas.sebab sy tahu siapa saya.bajet cakap mcm mangkuk tu kenal sgt dengan sy( sy pun msih lagi tercari-cari mcm mn mangkuk tu boleh jd friend fb sy sblm ni)-pd hal,apew pown dia tak tahu pasal  saya.Andaian jew lebih.....huhhh...!!! nk buat dosa kering pun tak berbaloi.bukan dapat pahala,azab lagi la....

   p / s  : sy out. nk sejuk2 kan kembali otak and hati saya sekarang. ber'chat' dengan DIA lagi best.... x akan ada wujud sakit hati apatah lagi kata2 buruk.semua yg terbaik dari-Nya.....  -terima kasih atas  kasih sayang-Mu...... ^_^

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik