Tanggal 16 May,pastinya kita akan meraikan satu lagi hari yang bermakna buat warga pendidik.Terlebih dahulu,ingin saya ucapkan TAHNIAH buat anda yang bergelar pendidik.Bukan senang sebenarnya untuk memikul tanggungjawab ini.Perlu KESABARAN dan KEAZAMAN yang tinggi dalam menempuh liku-liku perjalanan untuk berjaya mendidik anak bangsa.
Pada pandangan saya,GURU itu ada di mana-mana.Selagi ianya memberi ilmu kepada kita,itulah guru.....Dan di mana-mana juga kita boleh peroleh guru.(Rumah,tempat kerja,jalanan,sekolah dan institusi pengajian apatah lagi)sudah di iktiraf sedia maklum.
Mungkin sebilangan orang melihat tugas sebagai seorang guru sekolah amat mudah.Manakan tidak,cutinya banyak setiap tahun,waktu kerja pula hanya separuh hari.Insentif pula jangan di kata.Kemudahan pembiayaan,perubatan,perumahan dan sebagainya menarik minat ramai untuk turut sama memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya.Tapi kita jangan lupa,di sebalik kelebihan yang di beri,banyak tanggungjawab berat yang menanti.Bukan mudah untuk kita mengubah seseorang menjadi MANUSIA.Kalau setakat datang ke sekolah,berdiri di depan menyampaikan ilmu kepada anak murid tanpa mengetahui sama ada mereka memahami apa yang di ajar,apa gunanya??Itulah sebenarnya peranan guru...... Mendidik sehingga mereka benar-benar faham apa yang ingin kita(pendidik) sampaikan.Bila mengajar,biarlah ikhlas dari hati.Kesabaran amat di perlukan dalam bidang ini.Kadang-kadang mungkin kita sudah sampai di tahap sebal atau ingin marah bila anak murid masih tidak dapat menangkap apa yang kita sedang ajarkan pada mereka.Putus asa pun ada sebenarnya.Yalah,penat-penat kita mengajar,last2 bila di tanya balik pada anak murid,apa pun dia orang tak faham....... Tak ke rasa macam nak hempuk ajew papan putih tu ke lantai???
Saya pernah mengalaminya.Walau saya bukan guru bertauliah(cuma tenaga pengajar di pusat tusyen),sungguh saya dapat merasai bagaimana beratnya beban untuk mengajar ni.Nak2 lagi bila kita terangkan pada mereka dalam keadaan yang cukup tenang,cukup sabar,serendah-rendah emosi kita letak tapi last2 bila kita tanya balik pada mereka,mereka boleh pulak balas dengan muka selamba"teacher,saya tak fahamlah...... Aduhhhh,jatuh semangat saya sebentar......Tak tahu dah macam mana nak terangkan lagi pada mereka tentang ilmu yang ingin saya sampaikan.
Bila jadi macam ni,tau apa saya buat??? Saya senyum,diam sekejap.Saya break sebentar utnuk rehatkan minda.Tenangkan hati.Then, baru saya akan sambung balik proses pembelajaran tadi.Satu aje cara yang saya gunakan untuk rasa dekat dengan student2 saya,iaitu saya layan mereka macam mana saya layan kawan2.Buat perangai macam mereka.So,dengan cara tu,senang nak masuk dan faham mereka.Tapi masih ada batas-batasnya antara guru-pelajar.Nak2 lagi,bila dapat student2 level kindergarthen yang bila kita suruh dia buat yang ini,yang itu jugak yg dia nak buat.(Almaklum,pusat tusyen tempat saya buat part-time ni mcm2 level ada-dari umur 4 thn sampai form 5)So,faham2 lah kerenah yang nak di layan...... adeehhhhh.... :(
Bila rasa down,baru saya fikir balik:Oh,macam ni rupanya cikgu aku rasa bila aku dengan kawan2 x faham apa yg dia ajar.Tapi saya tengok semua cikgu saya steady and cool ajew.... ( ada sesetengah je yg kurang sabar sikit)Bukan senang rupanya nak mengajar ni.Ingat potpet potpet kat depan,lepas tu blah bila habis kelas.Hujung bulan dapat elaun dan gaji~~~~ best tuuuu.....
So,pada para pendidik sekalian,pikullah tanggungjawab yang sangat mulia ini dengan seikhlas hati.Banyak pahala yang akan kita peroleh.Betulkan niat kita kenapa kita pilih bidang pendidikan sebagai kerjaya(bukan sebab title,pangkat,gaji,hadiah berlonggok-longgok dari pelajar sempena hari guru atau untuk "jasamu ku kenang) tapi niat kerana ALLAH...... Pasti di hujungnnya kita akan merasai kemanisan sebagai seorang yang bernama pendidik.Percayalah cakap saya,kalau kita berniat lain,pasti hati kita tak akan tenang.Jadi,sila check balik niat anda ya...... ^_^
Saya pun kadang-kadang hilang sabar jugak.Nak2 bila dalam keadaan tengah berserabut(banyak benda yg nak kena fikir dalam satu2 masa).Maklum,saya juga hamba-Nya yang kekurangan serba-serbi.Tapi selalu saya pujuk diri sendiri dengan kata macam ni: Sabar Ain..... sabar ya ..... dugaan tu.Rileks2 sekejap,fikir dalam keadaan yang tenang,pasti kita akan rasa semua beban berat tadi beransur-ansur hilang.Percayalah.. :)
Di kesempatan ini,saya ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru(yang pernah atau tidak pernah mengajar saya) di Sekolah Kebangsaan Tebuk Pancur,Sekolah Menengah Gunung Semanggol,Sekolah Menengah Mudzaffar Shah,IT Base,Kolej Mega Cerah (MLVK)-terima kasih semua sebab segala ilmu yang curahkan pada saya amat berguna hingga ke akhir hayat.Tiada apa yang dapat membalas jasa2 anda semua kecuali balasan dari ALLAH...... (mungkin di tahun2 hadapan akan bertambah lagi sekolah2 saya-insyaALLAH andai DIA memurahkan rezeki saya untuk menuntut ilmu setinggi mungkin-)Itu impian saya..... doa2kan saya untuk mencapai KEJAYAAN yang saya idam2kan.....
No comments:
Post a Comment