Minggu lepas CH berpeluang menghabiskan masa cuti di kampung.Walau 3 hari sahaja di kampung,tapi moment bersama ahli keluarga itu yang besar ertinya....... tapi memang masih tak puas bercuti sebenarnya........
Btw, Ahad lepas CH berpeluang meluangkan sedikit masa bersama anak buah pergi lepak-lepak king di Taiping Central untuk menonton wayang .CH sebenarnya tak pernah pun ke sini sebelum ni sebab kalau balik ke kampung memang tak sempat untuk ke mana-mana.Waktu yang ada sangat terhad untuk berpoya-poya di situ......... huhuhuhu,abaikan...
Belek sana,belek sini,pandang dashboard berulang kali,at last kitaorang decide nak tengok filem Azura.Even CH dah pernah menonton filem Azura versi lama,tapi apa salahnya tengik versi baru,kan?Tambahan pula ada pelakon Shah Jazle sebagai heronya.........lagi lerr suka tersangat-sangat...... mood gatal giler time tu.....hahahahaha
Bagi CH yang dah menonton filem ni,apa yang CH boleh komen adalah filem ni memang kisah dasarnya sama,tetapi cara di olah,dan mungkin juga latar zaman yang berbeza membuatkan filem Azura versi 2012 ini kelihatan berbeza dari yang sebelumnya.Jika menonton filem ini dengan penuh penghayatan,pasti anda mampu mengambil beberapa pengajaran darinya.....Kalau CH,apa yang mampu di kutip dari filem ini ?
- Kita perlu merasai susah untuk menghargai kesenangan yang telah kita punya.Barulah kekayaan itu ada ertinya bagi kita.
- Perkahwinan bukanlah tempat untuk bereksperimen pada diri.Bukan pentas untuk kisah dongeng yang sekadar main-main.Mental perlu bersedia sejujurnya kerana tanggungjawab,bukan kerana rasa semata-mata.
- Ego seharusnya perlu dan ada pada setiap antara kita.Tapi letaklah ia secara bertempat.Kadangkala ego harus di runtuhkan demi kebaikan bersama.Jangan kerana secebis ego,musnah segala impian besar yang telah lama kita angan-angankan......
- Jangan memandang rendah pada orang lain walau pada hakikatnya anda adalah yang terbaik di kalangan yang lain.Setiap orang punya kelebihan yang tersendiri.So,jangan nak berlagak sangat....
Itu perspektif dari pandangan mata plus berfikir secara spontan CH.Pandangan anda yang dah menonton filem ni,macam mana?Ada komen?Kalau nak share pendapat,komen aje ya.
Pada yang belum berpeluang nak menonton filem Azura,jom layan sinopsis dan trailer filem tersebut....layaaannnnnnnnnnnnn......
Synopsis: Versi baru Azura 2011, Zack bukan mat motor tapi suka main paintball sebagai hobi, lalu dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Azura yang hanya bekerja sebagai petugas kaunter di sebuah pusat paintball bukan lagi pelajar sekolah menengah yang membantu ibu saudaranya di restoran. Kalau siapa pernah tengok filem Azura 1984 dulu, masa tu saya kecik lagi hehe.. Zack kahwin dengan Azura tapi tak direstui oleh bapa Zack, depa berdua duk rumah sewa kecil dan Zack kerja di stesen minyak dan kerja buruh kasar je. Azura pulak kerja di kedai butik. Tapi dalam versi 2011, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.
Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura.
Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura.
Naluri CH : Sampai sekarang still lagi dengan mood Shah Jazle.......hahahahaha
Dah giler bayang ke hape CH ni.........???? Aduhaaaiiiiiiiiiiii
best ke?? ada orang kata bosan hari tu..
ReplyDelete@Yana Libra : ye ke?tp bg CH,filem ni ok.ada pengajaran di sebalikna.yg penting ada shah jazle tu..... ^^
ReplyDeleteYana xnk g tgok ke??
urm! tgk dah version lame..dah lame dah..huhuu tp yg versi lame ni blm sempat lagi..stuju part ego tu :)
ReplyDeletebest ker? jgn cm ombak rindu dh..
ReplyDeletesori, nyue kaki wyg tp xenjoy dgn ombak rindu..thiller je best..
@Misyamissyou : pegi ler tgok....best je....... :)
ReplyDelete@N'yue : bg CH,filem ni ok....layan shah jazle tuuu... n cuba cari apa msg yg ingin di smpaikan....... ^^
ReplyDeletependapat masing2 berbeza,kan?
ahahah...mesti cahaya hidup minat shah jazle erk..nyue ok2 jer..tp apa2 shah jazle nyue suka lakonan dia dlm asmara je..he3
ReplyDelete@N'yue : dlm asmara je??? tp dlm Azura,dia kan mcm childish sikit...so nmpak cute di situ...... hihihihi...
ReplyDelete