Thursday 23 February 2012

Putus cinta : Perlukah jiwa merana


Rasa cinta yang lahir dari hati adalah rasa yang datang dari naluri seseorang.Rasa itu adalah suatu ‘perasaan’ indah,yang mana mampu membuatkan bibir mengukir senyuman tanpa sebab,sentiasa rasa bahagia dan senang,sehinggakan hari-hari yang di lewati terasa begitu pantas dan tidak di sedari ianya telah pun berlalu.Seakan akan kelopak bunga berguguran di sekeliling kita berlatarkan alunan muzik indah yang menenangkanBahagiakan kan saat-saat tersebut?













Apa tidaknya,di saat kita murung,ada si dia sebagai tempat mengadu untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di hati,saat gembira,si dialah orang pertama yang ingin kita hubungi untuk berkongsi kebahagiaan tersebut,di saat kita sedang memerlukan kata-kata semangat sebagai pendorong,juga motivasi pada diri takkala lunturnya semangat,si dia rela  meminjamkan bahu untuk berpaut.Rumusannya,setiap detik yang kita lalui,setiap saat waktu berlalu,hanya ada si dia.Situ,sini,sana…………..semua dia.Dengar lagu,ingat dia.Ternampak sesuatu yang pernah menjadi kegemaran si dia,fikiran terus melayang pada si dia………Pendek kata,semua kenangan dan waktu yang di lewati bersama adalah detik-detik terindah dalam hidup.Seakan kalau bisa,mahu sahaja kita menghentikan detik terindah itu agar ianya tidak berlalu di makan waktu.Begitulah indahnya gambaran ‘rasa’ itu.

Apabila kita sudah mula membuka hati  yang rapuh ini untuk menerima cinta dari si dia,pastinya di penghujung ‘jalan cinta’ kita mengharapkan agar dapat di satukan dalam ikatan ‘halal’ ,iaitu ijabkabul.Rasanya,semua orang yang bercinta mengharapkan perkara yang sama,’bercinta,bernikah dan menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi ini bersama orang yang sama.Ibarat kata,’kaulah yang pertama dan akan menjadi yang terakhir juga untukku’.

Namun,itu hanya angan-angan dam impian yang mana belum tentu untuk kita menggapainya.Kerana semua itu terletak pada ketentuan-Nya.Ya,mungkin kita mampu merancang perjalanan hidup,tapi penentunya adalah dari Allah swt.


Pernah dengar kata-kata ''mencintai seseorang tidak bererti kita akan memilikinya'' .Siapa yang setuju dengan kata-kata tersebut?Pada CH,kata-kata itu kejam untuk di terima,sebab insan yang mencintai yang bakal merasai betapa sakitnya saat cintanya di tolak oleh insan yang di cintai.Memang CH tak boleh terima kata-kata itu pada mulanya.Tapi bila di fikir semula,Perasaan mana boleh di paksa-paksa,kan?Kalau mampu pun di paksa,adakah bahagia di hujung ceritanya?


Apa-apapun,kita kena berbalik pada ''jodoh itu ketentuan dari Tuhan''.Kita yang berstatus hamba ini sedikit pun tidak punya kuasa untuk menidakkannya....... Percayalah,jika memang si dia itulah takdir yang akan menjadi pendamping,peneman setia kita mengharungi kembara hidup di dunia sementara ini,












Justeru, di saat cinta kita tidak berbalas,janganlah di anggap bahawa kita adalah insan yang tidak layak untuk menerima bahagia.Tapi fikirkan makna di sebaliknya.Barangkali insan yang kita cintai itu bukan yang terbaik buat diri kita,atau sebaliknya.Dan mungkin juga cinta yang terjalin antara kita dan si dia hanya mampu membuatkan kita alpa pada keasyikkan dunia,lantas melupakan cinta dari DIA.....


Naluri CH : Apabila kita gagal memiliki cinta si dia,kembalilah kita pada Allah.Jangan lupa bahawa Allah sentiasa menanti kita dengan cinta-Nya.DIA sentiasa sayang dan cintakan hamba-hambanya.Cuma kita yang sering lupa pada-Nya.Memang tak sedar diri betul kita,kan?Jangan lupa,pesan juga pada diri bahawa dengan sujudlah saban saat pada diri-Nya,tanpa rasa jemu.Bukan dengan mengambil jalan mudah seperti bunuh diri,bermuram durja seakan hilang cinta dunia,maka hilanglah segala-galanya di dalam dunia.
Ingat.......!!!! Allah swt sentiasa ada untuk kita.Di saat kita lupa pada-Nya,dan setelah itu kembali pulang ke  pangkuan-Nya, DIA tetap sentiasa menanti kita.............                                            

Wednesday 15 February 2012

Sepi Sekeping Hati :: Baru Ku Tahu



CH rasa ramai di kalangan kita yang punya adik beradik,kan?Dan barangkali sebilangannya ialah anak tunggal.Lumrah,bila kita ada adik beradik,naluri teringin pula untuk merasa menjadi anak tunggal.Kalau jadi anak tunggal,kita tak perlu nak kongsi-kongsi barang,tak bising,tumpuan mak-abah sepenuhnya pada kita seorang saja.Giler tamak kita,kan?Semua nak bolot seorang diri.Tapi naluri itu mungkin tak sama pada insan yang berseorangan tanpa adik beradik lain.

Dulu,time kecil CH pun ada kenangan dengan adik lelaki CH.satu-satunya adik yang CH punya.Memandangkan jarak usia CH dengan kakak dan abang tersangatlah jauh berbeza,maka CH rapat dengan adik ajelah.Mana-mana pun kitaorang berdua.Time ok,kitaorang nampak macam belangkas.Mana ada CH, situ ada adik.Tak berpisah.Kalah belangkas,tau.........

Even kitaorang rapat,tak bermakna kitaorang tak pernah gaduh.Bohonglah tu,kan?Dan bila bergaduh je,for sure mak akan selalu menangkan adik.Alasan mak : ''sebab kamu tu kakak.Jadi kena beralah dengan adik'' .Kata mak.Cehhhh,time tu memang tak puas hati giler-giler sebab tak dapat nak tengok adik kena marah.Sebab yang kena marah tu ialah CH sendiri........ *sedih

Bila tengah down,rasa jahat selalu mengetuk-ngetuk pintu hati.''Kenapa CH di takdirkan ada adik?Kalau tak ada adik,tak adalah CH asyik kena marah je.Eeeiiii,benci giler time tu kat adik bila tengok dia senyum-senyum mengalahkan kerang busuk kat tepi pantai tu.......... Eiiiiii,time tu,kalau dapat cubit-cubit + tarik-tarik telinga + sekeh kepala dia,pun dah kira puas hati  *giler kejam kakak yang sorang ni ..... -_-

Tapi ada juga time kitaorang akan bersatu.Time bila dua-dua kena marah,tak kira dengan mak ataupun abah.Bajet cuma nak selamatkan diri saja.Macam-macam agenda kitaorang buat.Ada satu hari tu,kitaorang dah buat satu silap besar pada mak.Mak memang marah giler time tu kat kitaorang.Sikit pun mak tak layan apa yang kitaorang cakapkan.Adalah lebih kurang dalam beberapa hari.At last,kitaorang discuss dan akhirnya kitaorang pecahkan tabung untuk beli something buat mak.Hujung minggu tu,kitaorang naik bas pegi pekan cari tudung labuh untuk mak.Hadiah tu kitaorang kasi time birthday mak beberapa hari selepas tu.


Sekadar hiasan


Dan misi untuk memujuk mak kali tu berjaya.Mak tersentuh hati bila tengok usaha kitaorang yang sanggup pecahkan tabung,pegi pekan naik bas lagi memandangkan time tu CH baru berumur 14 tahun dan adik pulak 9 tahun.Gigih giler,kan? *ok,itu semua dah jadi satu kenangan

CH akui,CH bukanlah seorang kakak yang baik dan penyayang sangat.Selalu bebel kat sepasang telinga adik,mengalahkan mak,nenek,abah dan tokwan.CH memang garang dengan dia.Mana-mana je adik nak pergi,CH harus dan wajib kena tahu.Kalau tak,memang nak kenalah tuuuuuu ....

Ok,itu kisah kenangan lima tahun lepas.Anda agak-agak,sekarang ni macam mana hubungan antara CH dan adik?Kalau anda semua kata yang kitaorang still macam dulu,memang anda-anda dah silap besar.Sebabnya??


























Sekadar hiasan


Dia dah tak ada lagi di dunia ni.Dia dah tinggalkan CH buat selama-lamanya pada tanggal 16 Jun 2007.Time tu dia berumur 15 tahun.So,yang tinggal hanyalah kenangan yang tak mampu di beli dimana-mana.Tak ada ganti.........

Bila dia dah tak ada,baru CH rasa persis kehilangan sesuatu.CH tercari-cari suara yang selalu mengusik,ketawa,dan menangis kerana CH........sampai sekarang,CH sendiri tanpa kawan untuk di buat gaduh,tanpa lawan untuk bertengkar,tanpa sahabat untuk berkongis dan tanpa adik untuk membebel lagi..... not anymore....

 Naluri CH : Kita sebenarnya tidak akan pernah tahu apa itu erti ''menghargai'' sehinggalah ''sesuatu'' itu hilang dari hidup kita.Justeru,hargailah setiap detik yang terindah bersama orang-orang tersayang.Limpahkan kasih sayang kepada mereka,tidak kira siapa dan bagaimana pun mereka.Kerana mereke-mereka itu tidak akan ada buat kali yang kedua.
*Al-Fatihah buat Mohd Fauzi 


 

Tuesday 14 February 2012

"AWESOME GIVEAWAY by Farez Shah"







Ok,GA lagi.Kali ni CH di tag oleh azza . Kemain lagi tag nama betul kita.... terlebih excited ler tu !! *hahahahahaaha
Pada yang lain,kalau rasa nak join this GA,korang boleh klik di SINI

Antara syarat-syarat untuk sertai GA ni adalah :
- Mempunyai alamat di Malaysia.
- Buat 1 entri bertajuk "AWESOME GIVEAWAY by Farez Shah", copy banner giveaway kat atas dan linkkan ke entri ni.
-follow blog farez shah dan like fanpage di sini!
- Letak link sponsor dalam entri:


Dan ini adalah para sponsor yang akan sponsor hadiah yang bakal CH dan kawan-kawan lain menangi :



Best jugak hadiah-hadiah yang di tawarkan.So apa lagi,jom lah kita join ramai-ramai ,okay.... =) 
Siapa pulak yang CH nak tag kali ni??? hurrmmmmmm ......

2- Zraa

Good luck to all .........!!!!  ^_^

Kenangan Terindah :: Ku Dan Lagu







Sepanjang kita meniti kehidupan ini,mesti telah banyak perkara yang kita sudah lalui,kan?
Hari ni CH nak kita berkongsi tentang sesuatu.
Ya,sesuatu yang mampu membuatkan anda mengukir senyuman takkala duduk seorang diri,fikiran melayang entah ke mana.
Anda ada tak lagu yang mana walau seberapa banyak kali pun anda repeat,anda tak akan pernah rasa bosan.Ada???
Kongsikan dengan CH,okay.........  =)

Biar CH mulakan dulu.Sebelum CH kasi tau apa lagu tu,biar CH story sikit kenapa CH sukakan lagu ni.*For this moment lah................
Sebenarnya,lirik lagu ni  bagi CH ''sweet'' , tambahan pula bila di nyanyikan oleh sepasang suami isteri.Terasa macam ada background kelopak-kelopak bunga gugur di sekeliling CH bila layan lagu ni.*hahahahahaha,giler berangan aku nihhhhhhhhhh..... -_-
Dan CH harap suatu hari nanti ada yang sudi nyanyikan lagu tu untukk CH setiap malam sebelum tidur.....  =) *okay,sila stop berangan.......   ~_*

Tapi bak kata "takdir dan ketentuan semua di tangan tuhan" ,siapa sangka satu malam tu ada seseorang yang sudi nyanyikan lagu tu kat sepasang telinga ni.........*sila jangan jeles~~
Dan part chorus tu yang paling CH suka dengar.Anda semua nak tahu tak lagu apa tu ??? Cuba tengok betul-betul lirik lagu kat bawah ni.......... 








Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu






Dah tahu dah lagu apa ??? Itulah lagu ''Penghujung Cintaku'' nyanyian Pasha (Ungu) dan pasangannya,Adele.Sweet kan diaorang??? *agak-agak,bila CH dapat rasa moment macam tu eyh??  errmmmmmmmm






Naluri CH :  Sebelum dia nyanyikan lagu tu, dia ada tanya nak nanyi lagu yang mana?Lagu ''Ku pinang Kau Dengan Bismillah ke?CH jawab,''Penghujung Cintaku" dulu, next song baru lagu tu....... =) 
Rindukan saat-saat manis bersama 'dia'. Sekarang dah jarang dapat moment  yang sweet macam tu.Entah bila lagi ,kan?? Tapi kitaorang kawan,je...... tak kisah pun....huhuhuhuhuhu *ok,itu tipu..... -_-

P/S - Sekarang,turn korang pulak ....... sharing is caring,am i right???
Cer citer...cer citer....
*hehehehehe


Monday 13 February 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU








Kali ni CH berpeluang untuk join segmen dari mr.blogger, BEN ASHAARI.
Untuk join,perlu penuhi syarat ''kenapa'' anda anda semua perlu baca blog CH ?
Okay,sebelum tu CH nak beritahu yang blog CH ni adalah jenis blog yang santai,entry berkisar tentang perkara sehari- hari yang kita semua sedang dan telah lalui.

CH create entry yang boleh di jadikan sebagai satu topik untuk di bincangkan antara kita.Dari situ,kita boleh berkongsi  atau bertukar pendapat .Sekurang-kurangnya kita mampu menjana pemikiran agar sentiasa aktif untuk berfikir.Blog CH bukanlah blog yang khusus terhadap sesuatu perkara,tetapi Blog ini adalah blog umum.Apa yang terlintas di fikiran,atau CH terasa untuk berkongsi tentang rasa hati,akan CH coretkan di dalam blog ini .

Satu entry menarik??? CH rasa anda semua boleh baca entry yang ini iaitu ''Tak Kenal Maka Tak Cinta :: Kalau Dah Kenal ?? ''
Entry yang CH baru create semalam.CH nak juga tahu apa pandangan anda  semua.

Pada teman-teman blogger yang baru,salam kenal CH ucapkan.CH masih maru dalam dunia blogging ni.Tunjuk ajar dari anda anda yang berpengetahuan amat CH hargai.Salam sayang buat semua.......... =) 

Sunday 12 February 2012

Runtuhkan EGO :: Binalah Kebahagiaan






EGO.Semua manusia mempunyainya.Ianya normal.Biasanya orang akan berkata ego seorang lelaki adalah lebih tinggi berbanding ego seorang perempuan.Ermmm,bagi anda itu adalah fakta atau auta?Fikir-fikirkan logiknya ya.....

Bagi sesetengah perkara,ego itu harus kita gunakan.Akan tetapi,gunalah ia secara bertempat.Jangan kerana hanya ingin mempertahankan ego yang sejemput,anda bakal hilang segerbang kebahagiaan .

Contoh : Kita pernah menyukai si dia.Akan tetapi si dia tidak pernah sedar akan kehadiran kita di sisinya,langsung tidak pernah menghargai perhatian serta kasih sayang yang kita berikan.........walaupun sedar yang ketika itu kita seolah-olah bertepuk sebelah tangan.Namun,jauh di sudut hati,kita mengharapkan agar suatu hari,si dia akan menyedari keikhlasan kita menyayanginya serta menyambut cinta yang kita hulurkan.

Di saat si dia bersetuju mengikat tali pertunangan dengan kita,kitalah orang yang paling bahagia sekali di dunia.Seolah-olah kita telah mampu menggenggam seluruh pelusuk alam maya ini.Namun,di tengah-tengah perjalanan menuju penghujung cinta,si dia memutuskan untuk tidak lagi meneruskan agenda melangkah ke gerbang perkahwinan.Dalam situasi tersebut,apa lagi yang mampu kita rasakan selain sakitnya hati,hancur berderai di hempuk oleh ego si dia yang sanggup meninggalkan kita untuk pergi kepada insan lain yang di cintai sepenuh hati sedangkan si dia tidak tahu yang insan tersebut  hanya mahu mempermainkannya sahaja.




Kita???? Melangkah longlai meneruskan hidup tanpa nafsu.Angan-angan yang di anyam terlerai tanpa sempat membentuk sebidang cinta yang utuh di hati.Bertahun  lamanya kita sendiri,di baluti rasa sepi,tanpa si dia.....orang yang kita sayangi sedari kecil.

Dan di saat kita sudah mampu berdiri walau tidak sekukuh seperti dulu,tiba-tiba si dia hadir kembali dalam lembaran hidup kita, menagih cinta yang  pernah  ada dalam hati kita untuk dirinya dahulu.Kita???Memang perasaan tidak pernah berubah walau sedikitpun kasih sayang dan rasa cinta buat dirinya.Malah,saban hari seakan rasa sayang itu semakin menebal membaluti hati yang remuk.Melihat si dia bersuungguh-sungguh mahu kembali ke pangkuan kita,hati kita menerima kembali si dia dalam keadaan fizikal yang seakan tidak rela,walaupun di dalam hati bunga-bunga cinta semakin mekar.Fizikal dan mental kita ketika itu tidak lagi seiring.Kerana adanya ego yang menghalang untuk kita mengekspresikan apa yang hati kita sedang rasakan.




Si dia bersabar dengan  tingkah laku kita yang dingin terhadapnya.Kerana si dia sedar barangkali itu adalah hukum karma buat dirinya.Namun,sebagai manusia,sabar itu ada batasnya.Menunggu dan terus menunggu respon dari kita,si dia sudah tidak sanggup lagi.Akhirnya,''memutuskan hubungan '' yang telah halal untuk di gauli yang di pinta si dia dari kita??? So,apa respon kita saat itu????Sanggupkah kita kehilangan si dia buat kali yang kedua?Sanggup?????  Fikir-fikirkan keputusannya.................

Naluri CH  : Pada CH,bila kita yang terlebih dahulu menagih kasih dan cinta dari seseorang,kita harus mempersiapkan diri untuk menerima segala kemungkinan yang mendatang.Bersedia untuk di remukkan hati,juga gagahkan diri saat di tinggalkan.Jika di hati kita masih ada rasa cinta yang  mana kita sendiri masih belum mampu untuk melenyapkannya,sambutlah dengan hati yang jujur di saat si dia kembali ke pangkuan kita.Jangan kerana EGO,kita kehilangan si dia buat kali kedua sedangkan kita punya peluang untuk membina mahligai bahagia bersama si dia,insan yang pernah kita dambakan cinta darinya...........ANDA ????


Yaya's First Give Away.........






Lama sudah CH tak join mana-mana GA.Dan untuk hari ini CH join GA  selepas nama di tag oleh Nyue pagi tadi.Thanks ya ms.blogger.
GA kali ini ialah dari pemilik blog INI. Antara syarat untuk menyertai GA ini adalah dengan menjadi follower kepada ms.blogger,Yaya serta create entry berkaitan blognya.Dan anda juga perlu tag kan nama dua orang blogger lain untuk turut sama memeriahkan GA ini.Mudah bukan.........???

Bila terbaca tadi tentang hadiah yang bakal di peroleh adalah barangan vintage,CH ada rasa sedikit teruja.Mahu tak,barangan vintage kan cantik-cantik belaka.Serius...........!!

CH sebenarnya pertama kali masuk ke blog Yaya tu.CH suka kan headernya yang ada kartun gadis comel tu.Irama muzik pada blog juga menenangkan.Dulu,sebelum CH mempunyai blog sendiri,CH selalu lepak di satu blog kegemaran.Sehingga kini juga masih menjadi kegemaran walaupun sudah punya blog sendiri.Tuan blog tu rajin tukar-tukar muzik di blognya.Pada CH,bila blog di pasang muzik,tidak kira instument mahupun lagu,kita lebih mendapat 'feel' untuk menjiwai sesuatu entry yang di baca.

Time ada visitors datang bising-bising kat shout box mr blogger tu supaya buang muzik di blog,CH tetap katakan pada mr blogger tu biarkan muzik terus berada di blog tersebut.Baru 'layan' waktu baca entrynya.
Tapi bila CH dah ada blog sendiri,baru CH dapat rasakan kenapa ramai yang tak sukakan blog yang di pasang muzik.Dan sekarang,mr blogger tu pun dah tak pasang muzik lagi di blognya.Semua itu menjadi  kenangan dalam dunia blogging CH......... =)

Blog Yaya juga simple,so tak perlulah nak loading je memanjang.Paling bosan kalau terpaksa menunggu page loading.Rumusannya,CH sukakan enviroment dalam blog ms.blogger Yaya............

Ermmm,siapa yang CH nak tag ni?  CH tag Cik Kay Jue  dan Kecikeqa  ya..........
CH harap adalah 'tuah' untuk memenangi GA kali ni.......   =) 

Tak Kenal Maka Tak Cinta :: ''Kalau Dah Kenal ?? ''






Kata orang,aspek luaran menggambarkan sebahagian dari dalaman sifat kita.Jadi,pepatah ''don't judge a book by it's cover'' adalah frasa yang tepat sekali untuk di guna pakai di sini.Siapa kata aspek luaran tidak memainkan peranan?Cuma,yang perlu di tekankan di sini adalah sifat luaran yang mampu di lihat itu bukanlah menggambarkan keseluruhan attitude si pemilik tubuh.Hanya sebahagian sahaja.

Contoh : Ada gula-gula yang terbuka sedikit pembalutnya.So,apa yang ada didalam fikiran kita sekarang?Pastinya andaian pertama adalah gula-gula itu telah rosak,betul?Tapi bila di belek-belek kembali,ternyata gula-gula itu berada dalam keadaan baik tanpa sebarang pencemaran.Jadi selamatlah untuk di makan,bukan?Conclusion : Tidak semua yang terdedah itu rosak dan tercemar .........





Okay,kes lain.Anda terjumpa sebiji gula-gula yang masih rapi bungkusannya,cantik sekali.Apa persepsi pertama anda?Pastinya dalam hati berkata : gula-gula ini masih dalam kondisi yang baik untuk di makan.Namun,bila di buka anda mendapati gula-gula itu telah rosak sebahagiannya di jamah semut-semut kecil.
Conclusion : Tidak semua yang tertutup rapi itu dalamannya juga baik dan cantik.......

Jadi,begitu jugalah dengan manusia.Tidak semestinya apabila anda melihat personaliti seseorang itu tidak mengikut kriteria yang anda inginkan,anda sudah tolak mentah-mentah.Itu namanya menghukum sebelum mengadili. Cara seperti itu tidak adil buat semua pihak.Kerana dalam hidup ini jangan terlalu pentingkan diri sendiri.Itu namanya selfish.Perlu di fikirkan juga perasaan bagi pihak yang lain.

Satu fakta yang harus ada ketahui adalah keperibadian yang cantik itu mampu mengekalkan hubungan baik antara kita dengan yang lain berbanding personalitinya semata-mata.Contohnya,anda menyanjung tinggi seseorang yang baru anda kenali kerana penampilannya yang sofistikated,kacak/cantik dan punya karisma dalam menonjolkan diri.Namun,beberapa minit mengenali,barulah ada tahu kalau si dia punya habit buruk seperti bercakap dalam nada suara yang tinggi,menutur kata menggunakan bahasa-bahasa kesat dan lain-lain lagi.So,apa perasaan anda saat itu?Adakah respect anda terhadap si dia semakin tinggi atau sebaliknya?Fikir-fikirkan ya..............

Satu kes yang lain : Anda di takdirkan bertemu dengan seseorang yang personalitinya biasa-biasa sahaja.Tidak terlalu mewah dan tidak pula terlalu selekeh.Sekadar cukup untuk menyedapkan mata memandang.Senang cerita,penampilan yang sekadar biasa-biasa sahaja.Raut wajah pun tidaklah semenggah mana.Jadi,apa yang terdetik dalam hati anda untuk perspektif yang pertama?Pasti anda akan berkata : ''Ermmm,biasa-biasa saja........not my taste ''
Tapi,beberapa minit berbual,ketika duduk semeja bersama anda dapat mengesan sesuatu yang berjaya menarik perhatian anda sebagai seorang jejaka/gadis.Dari tutur katanya yang lemah lembut,bicaranya yang sopan dan  tersusun kata dari bibirnya,apa pula yang terlintas di fikiran anda buat kali yang kedua?
Itu untuk anda fikir-fikirkan sekali lagi...............




So,konklusinya adalah jangan mudah mengadili seseorang itu begitu sahaja tanpa sebarang fakta mahupun pemerhatian.Kerana jika melihat dengan mata kita mampu tertipu,tetapi jika kita melihat melalui hati,InsyaAllah  pertimbangan yang di lakukan  pasti terbaik.....

Naluri CH : Rumah besar yang mewah tak semestinya di penuhi dengan kebahagiaan dan kegembiraan.Namun jangan pula melihat pondok usang itu dengan pandangan penuh derita,kerana tanpa sedar,pondok itu kaya dengan kasih sayang dan itu yang lebih bernilai sebenarnya.......






Saturday 11 February 2012

Sahabat Baik Berlainan Jantina :: Mustahil ??




Hari ini rasanya semua dalam mood ''kuch kuch hota hai''.Al-maklumlah,bahang valentine day tinggal tiga hari sahaja lagi.So,banyaklah rancangan di televisyen yang memaparkan kisah-kisah berkaitan cinta.Dan kebanyakan teman-teman di alam maya juga updated status yang hampir sama,berkaitan filem tersebut.Nampaknya,aura filem hindi tersebut masih belum hilang dan punya keistimewaan yang tersendiri berbanding filem hindi masa kini.CH akui itu.Kerana CH juga hanya akan menonton filem-filem hindi ketika era Shah Rukh Khan,Kajol,Salman Khan dan yang seangkatan dengannya.Filem yang sekarang ni macam dah tak best untuk di layan.Entahlah.Mungkin sebab CH bukan peminat hindustan kot......

Dalam banyak-banyak status teman-teman CH tertarik dengan status mengenai sahabat baik yang berlainan jantina itu memang tak akan berlaku.Maksudnya di sini,hubungan sebagai rakan antara seorang perempuan dan seorang lelaki adalah mustahil untuk berdiri sebagai ''rakan biasa '' sahaja.Kebanyakan hubungan seperti ini akan berakhir dengan sesuatu yang istimewa.Setakat ini,apa yang berlaku di sekeliling CH,tidak kira yang di lihat secara realiti atau rekaan semata-mata,hubungan seperti ini tidak akan kekal sebagai rakan biasa hingga ke akhirnya.

Allah menciptakan kita berpasangan,iaitu lelaki-perempuan.Dan bukannya berpasangan sesama jenis (Nabi tak mengaku umat).Justeru,apabila kita menjalinkan hubungan dengan rakan berlainan jantina dengan kita,pasti akan lahir suatu perasaan yang istimewa,bukan sekadar biasa sahaja.Kerana apa?
Kerana cara layanan kawan lelaki dan perempuan itu berbeza.Biarpun kita cuba menafikan perasaan itu,tapi ianya akan tetap hadir.

Kita ambil contoh dari drama di TV3-BFF (teman tapi mesra).Di sini CH letakkan secebis dari sinopsis cerita tersebut : 

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar. 

Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.





Tak pun,kalau anda tengah layan drama ''Ijam Non Yankee''  di TV3 tu,cuba perhatikan bagaimana si Ijam terpaksa memujuk Lin yang merajuk sampai masuk ke bawah rak dah...!!!!  Kemain nak kena pujuk-pujuk dengan lemah lembut lagi,sampai kena panggil 'sayang' bagai.Nampak tak perbezaan kawan biasa antara sesama jantina dan berlainan jantina?

Okay,itu sekadar contoh.Tapi,dalam realiti kehidupan CH juga ada berlaku kes seperti itu.Ini kisah teman sekerja CH.Kononnya mereka hanya declare sebagai ''kawan baik'' ,kira cover line lah tu.But dalam jangkamasa kurang dari setahun,terdengar khabar si teruna mula merisik si dara.......

CH dan kawan-kawan yang lain tak terkejut pun kerana dari awal dah nampak mereka memang rapat,tetapi mereka tetap menegaskan mereka cuma ''teman tapi mesra''.

Realitinya,penerimaan layanan seorang kawan lelaki kepada kawan perempuan adalah berbeza berbanding layanan sesama jenis.CH juga harus mengakui hal itu.Tiada istilah ''kawan biasa'' antara lelaki dan perempuan.Pasti ada sesuatu yang istimewa terjadi di penghujungnya...... 

Naluri CH : Pada CH,perubahan perasaan itu adalah biasa.Normal.Tapi bukan untuk yang sama jantinalah.Yang berbeza jantina sahaja,okay...!!!
Mungkin pada mulanya,biasa saja.Tapi,lama kelamaan pasti kita akan merasai satu rasa yang berbeza menular dalam hati.Percayalah.............Korang setuju atau tak dengan pandangan CH? Kasi pendapat sikit......... =)
Okay,jom sambung layan kat TV 3 tu.... 



Masalah :: Sahabat Manusia

Dalam mengharungi arus kehidupan ini, pastinya ada ranjau dan rintangan yang perlu di lalui.Segala onak,liku dan dugaan harus di tempuhi satu persatu sebelum sampai di penghujung cinta yang di impikan.

Dalam aspek kehidupan,semua itu tidak mampu di pisahkan dari realiti.Ianya seakan rencah yang mengenakkan lagi rasa dalam melayari kehidupan ini sebelum segalanya berakhir.Jika hidup tiada dugaan,ibarat bagai makanan yang tiada rasa.Hambar,tawar,tiada warna.Begitu juga dengan hidup.Pasti akan kaku,malah membosankan tanpa sebarang nikmat.

Ibarat kata,seperti bayang-bayang dan diri sendiri.Kehadiran cahaya di perlukan bagi menghasilkan bayang-bayang,bukan?Tanpa cahaya,bagaimana bayang-bayang mampu menjelma di sebalik diri sendiri?

Begitu juga halnya dengan kejayaan yang ingin di raih.Ianya bakal muncul di sebalik usaha kita mengharungi segala cabaran yang tidak putus-putus mahu menduga kita.Diri dan dugaan saling melengkapi bagi melahirkan kejayaan yang di idam-idamkan.





Justeru,bilamana diri di sergah oleh masalah,di lilit oleh pelbagai kekusutan sehingga mampu merunsingkan diri,bawa bertenang.Rileks.Kerana setiap masalah,ada jalan penyelesaiannya.Cuma ianya perlu di cari,bukan menghambur kemarahan atau mengeluh tanpa henti.Jika begitu cara yang di lakukan,nampaknya anda hanya menambah masalah,bukan meleraikannya.

''Allah tidak akan menguji hambaNya dengan 
sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya."

Naluri CH : Setiap dari kita pasti punya masalah.Selagi masih bernyawa masalah akan sentiasa singgah dalam hidup kita.Tiada beza di situ.Namun apa yang membezakan di antara kita adalah bagaimana cara kita menghadapi masalah tersebut serta langkah yang bagaimana perlu kita ambil untuk menyelesaikannya.Ada sesiapa yang tidak punya masalah selama dia hidup setakat hari ini?Itu pastinya mustahil............ 










Friday 10 February 2012

Cubaan Terjun Bangunan :: Puja ''Ulik Mayang''





Terbaca kisah di akhbar tempatan berkaitan dengan seorang penuntut IPTA di Alor Gajah,Melaka yang membuat cubaan terjun bangunan ketika di serang histeria.

Penuntut lelaki itu yang mengambil jurusan dalam bidang Pentadbiran Awam sebelum ini ada melakukan pemujaan melalui muzik Ulik Mayang yang di katakan mistik.AJK kolej juga menyatakan bahawa pelajar itu sering memainkan muzik tersebut pada tengah malam sambil menari dengan alasan untuk menyembuhkan penyakit yang ada pada dirinya.

Tindakan pelajar yang cuba untuk terjun dari bangunan berjaya di tahan oleh beberapa teman yang lain.Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku pada diri pelajar itu tetapi sudah masuk kali yang ke lima.

Menurut seorang pengamal perubatan  islam,Mohd Zamri Bashir.'rasuk' adalah suatu keadaan di mana ada suatu kuasa ghaib yang diserap melalui jin atau syaitan yang mana akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri seperti menjerit dan meronta-ronta.

Berita lanjut : SINI

Naluri CH : Dulu CH ada buat entry berkaitan Ulik Mayang.Hati meronta ingin tahu misteri di sebalik tarian tradisional tersebut.Sebab depan mata CH sendiri terjadinya hal yang sebegini pada salah seorang dari pelajar di kolej tempat CH bekerja.Memang mampu meremangkan seluruh tubuh......... 
Boleh baca di sini : ''Misteri Ulik Mayang''

Tuesday 7 February 2012

Filem Azura :: Erti Kehidupan........


Minggu lepas CH berpeluang menghabiskan masa cuti di kampung.Walau 3 hari sahaja di kampung,tapi moment bersama ahli keluarga itu yang besar ertinya....... tapi memang masih tak puas bercuti sebenarnya........

Btw, Ahad lepas CH berpeluang meluangkan sedikit masa bersama anak buah pergi lepak-lepak king di Taiping Central untuk menonton wayang .CH sebenarnya tak pernah pun ke sini sebelum ni sebab kalau balik ke kampung memang tak sempat untuk ke mana-mana.Waktu yang ada sangat terhad untuk berpoya-poya di situ......... huhuhuhu,abaikan...



Belek sana,belek sini,pandang dashboard berulang kali,at last kitaorang decide nak tengok filem Azura.Even CH dah pernah menonton filem Azura versi lama,tapi apa salahnya tengik versi baru,kan?Tambahan pula ada pelakon Shah Jazle sebagai heronya.........lagi lerr suka tersangat-sangat...... mood gatal giler time tu.....hahahahaha



Bagi CH yang dah menonton filem ni,apa yang CH boleh komen adalah filem ni memang kisah dasarnya sama,tetapi cara di olah,dan mungkin juga latar zaman yang berbeza membuatkan filem Azura versi 2012 ini kelihatan berbeza dari yang sebelumnya.Jika menonton filem ini dengan penuh penghayatan,pasti anda mampu mengambil beberapa pengajaran darinya.....Kalau CH,apa yang mampu di kutip dari filem ini ?



  • Kita perlu merasai susah untuk menghargai kesenangan yang telah kita punya.Barulah kekayaan itu ada ertinya bagi kita.
  • Perkahwinan bukanlah tempat untuk bereksperimen pada diri.Bukan pentas untuk  kisah dongeng yang sekadar main-main.Mental perlu bersedia sejujurnya kerana tanggungjawab,bukan kerana rasa semata-mata.
  • Ego seharusnya perlu dan ada pada setiap antara kita.Tapi letaklah ia secara bertempat.Kadangkala ego harus di runtuhkan demi kebaikan bersama.Jangan kerana secebis ego,musnah segala impian besar yang telah lama kita angan-angankan......
  • Jangan memandang rendah pada orang lain walau pada hakikatnya anda adalah yang terbaik di kalangan yang lain.Setiap orang punya kelebihan yang tersendiri.So,jangan nak berlagak sangat....
Itu perspektif dari pandangan mata plus berfikir secara spontan CH.Pandangan anda yang dah menonton filem ni,macam mana?Ada komen?Kalau nak share pendapat,komen aje ya.
Pada yang belum berpeluang nak menonton filem Azura,jom layan sinopsis dan trailer filem tersebut....layaaannnnnnnnnnnnn......


Synopsis: Versi baru Azura 2011, Zack bukan mat motor tapi suka main paintball sebagai hobi, lalu dia jatuh cinta pandang pertama terhadap Azura yang hanya bekerja sebagai petugas kaunter di sebuah pusat paintball bukan lagi pelajar sekolah menengah yang membantu ibu saudaranya di restoran. Kalau siapa pernah tengok filem Azura 1984 dulu, masa tu saya kecik lagi hehe.. Zack kahwin dengan Azura tapi tak direstui oleh bapa Zack, depa berdua duk rumah sewa kecil dan Zack kerja di stesen minyak dan kerja buruh kasar je. Azura pulak kerja di kedai butik. Tapi dalam versi 2011, Zack bawa Azura bertemu bapanya di Paris, namun niatnya untuk mengahwini Azura ditentang bapanya dengan alasan Zack masih mentah dan belum mampu berdikari. Namun, dengan bantuan nenek Zack (lakonan Afida S), Zack dan Azura kahwin lari ke London.
Sejurus selepas perkahwinan yang tidak mendapat restu itu, bapa Zack menghentikan segala bantuan kewangan terhadapnya, lalu dia pulang ke Malaysia dan belajar hidup berdikari di sisi Azura.

Naluri CH :  Sampai sekarang still lagi dengan mood Shah Jazle.......hahahahaha
Dah giler bayang ke hape CH ni.........???? Aduhaaaiiiiiiiiiiii

Monday 6 February 2012

Telekung Buat Mama :: Perspektif Fikiran Kanak-Kanak

Salam Maulidur Rasul buat semua.Saat ini CH berada di kampung menghabiskan masa cuti di sisi keluarga.Tiada aktiviti yang khusus di lakukan,cuma perkara biasa.Namun,berada di samping keluarga,semua yang di lakukan terasa istimewa.


Seperti biasa,jika hari cuti bersempena dengan perayaan ataupun cuti peristiwa,pastinya kita akan di sajikan dengan pelbagai rancangan menarik untuk tontonan di televisyen.Tidak terlepas juga untuk cuti peristiwa Maulidur Rasul ini.Banyak drama tempatan yang di tayangkan saban waktu,yang mana pastinya mengandungi pengajaran yang mampu menginsafkan hati kita yang keras dengan dosa ini,walaupun insafnya cuma sebentar.


Sekadar hiasan


Dan malam ini,jam 9 malam giliran drama ''Telekung buat Mama'' pula mengambil tempat untuk di tonton.Walaupun belum di siarkan,tapi rasanya kita mampu meneka bagaimana jalan ceritanya,bukan?Drama melayu................... hampir semua plot kisahnya sama sahaja.

Tapi apa yang CH mahu bicarakan bukanlah berkaitan jalan kisah drama tersebut tetapi tentang tajuknya iaitu ''Telekung Buat Mama" .
Apa yang mampu anda semua tafsirkan tentang tajuk drama tersebut?Bagi kita yang sudah dewasa,tajuk itu kelihatannya biasa.Pemahaman kita adalah  " Telekung Untuk Mama '' ,kan?

Tapi,bagi penerimaan anak-anak kecil lingkungan umur tiga ke lima tahun,apa yang mampu mereka fahami? Sebenarnya idea ini datangnya dari anak buah CH yang sedang menonton iklan drama tersebut.Si kecil yang bernama Siti Aisyah tiba-tiba mempersoalkan tentang tajuk drama tersebut.Dia bertanya kepada seisi yang ada dengan soalan yang lebih kurang begini : ''Mak,telekung tu ada tangan ke?'' Tanya si kecil. Kami berpandangan.Hairan mengapa soalan seperti itu yang keluar dari mulut anak kecil berusia 3 tahun itu.''Lalu CH bertanya,kenapa Aisyah tanya macam tu?'' Soal CH kembali padanya.

''Yelah, telekung buat mama.Telekung tu ada tangan ke sampai dia nak buat mama??" Soal si kecil lagi........ Ok.CH faham sekarang.Penerimaan kita sebagai seorang yang dewasa dengan apa yang di fikirkan oleh anak-anak kecil yang mana mindanya masih suci,bersih adalah jauh berbeza sama sekali.

Si anak kecil yang masih mentah untuk tahu tentang erti kehidupan akan menerima sesuatu itu secara bulat-bulat dan lurus.Bukan seperti kita yang sudah dewasa,kata-kata penuh dengan muslihat dan tipu daya.Anak-anak kecil ibarat kain putih yang bersih dan suci,apa yang di ajar,di lihat.........itulah penerimaan mereka.

Oleh itu,sebagai seorang yang dewasa,kita perlu tunjukkan contoh dan teladan yang betul untuk anak-anak.Jangan fikir mereka tidak faham apa yang kita bicara serta lakukan.Malah,pemikiran dan ingatan kanak-kanak ini jauh lebih baik dari kita yang dewasa,menginjak ke peringkat tua.........

Naluri CH : Ermmmm,ada betulnya juga apa yang di soalkan oleh anak buah CH tu. Kenapa telekung tu nak buat mama,kan?Hehehehehehe
Pemikiran mereka kreatif.Tidak seperti kita yang tidak mampu untuk berfikir maksud yang di sebaliknya.
Rasanya tajuk drama tu perlu di tukar kepada  ''Telekung Untuk Mama " .

Saturday 4 February 2012

Karenah Si Dia............



Kisah dua hari lepas,masa tu CH baru balik dari office.Dalam meniti satu persatu anak tangga untuk naik ke rumah tu,tetiba mata dapat tangkap ada sesekor anak kucing yang comel dok menikus tepi tangga.Takut dengan orang sekeliling agaknya.

CH stop kejap,sambil-sambil tangan mengusap lembut kepalanya.Dia akur je. Hehehehehehe
Lima minit.CH teruskan mendaki anak tangga.Habis kisah pasal anak kucing.









*************************************************

Keesokkannya............Jam 7.40 pagi,keluar bilik untuk ke office.Tetiba ada sesuatu yang menangkap kaki CH.
Kepala di dongak ke bawah..................... aik,anak kucing semalamlah.......!!!!!  
Macam mana boleh masuk dalam rumah pulak ni???
Tersentuh hati bila tengok kucing tu asyik ''meow meow'' je.........lapar kot.Tapi mana ada makanan nak kasi kat dia.At last,CH tanya kat Along nak halau keluar ke kucing ni ataupun biarkan aje jaga rumah. Along kata:"Biarlah dia dok dalam rumah"
Ok,fine........................







Petang tu,sebelum balik office,CH dengan semangat pegi kedai beli makanan kucing.Dalam kepala asyik ingat kat kucing tu di tinggal dalam keadaan yang lapar pagi tadi.Happy giler CH tengok kucing tu makan dengan berselera sekali.Hati pun rasa puas sebab dapat kenyangkan perut dia............... =) 

Kesian bila tengok dia kelaparan 



Pagi-pagi memang aktif bermain


Stop main.....Posing jap


Aktiviti sampingan........online FB .banyak peminat yg perlu di  layan.


Naluri CH : Bila dia dah take over laptop tu,alamatnya memang tak boleh nak online lah time tu.Dia dah mula tunjukkan ciri-ciri  ''melawan tuan'' ni .Atas sebab itu,harus di beri denda,
Malam ni sila tidur di luar bilik......

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik