Wednesday 30 May 2012

Arrianshah Akid bin Shah Indrawan - Nama Anak Sulung Tomok













Woooo.....sedapnya sebutan nama baby boy milik Tomok dan isteri. 'Arrianshah Akid '
Cantikkan nama tu ?



















Naluri CH : Siapa tahu makna bagi nama penuh anak Tomok ni ? CH tahu makna bagi Akid je iaitu 'Yang kuat,teguh dan tetap '  
'Arrianshah tu membawa maksud apa ya ??? 

Tuesday 29 May 2012

Tomok Telah Bergelar Seorang Ayah

Sekadar berkongsi maklumat yang CH jumpa di Twitter milik Tomok tomok_nb_oiam ) yang berkongsi satu berita gembira berkaitan statusnya kini.








Alhamdulillah,Tomok dan isteri telah selamat menimang cahaya mata sulung lelaki seberat 3.3 kg . Tahniah di ucapkan buat Tomok sekeluarga.Semoga selepas ini kebahagiaan akan lebih melimpah ruah hendaknya.


Jom,CH kasi korang jamu mata tengok foto anak sulung Tomok ..........  =)








Selamat melihat dunia,chak !  (^_^) 




Sumpah,giler comel anak Tomok ni.Tembam dan bulat !  ('',) 






Naluri CH : Anak adalah pengerat kasih sayang,kan ???? hehehehehehe..... 


Jom kahwin ...... !! 

Perkongsian Pagi :: Ciri-Ciri Pakaian Wanita Islam










Ciri - Ciri

Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam 

Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada. 
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki. 

Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit. 

Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh 
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj. 

Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah. 

Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. 

Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik. 

Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki. 

Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.







Macam ni,okay  =)  






Naluri CH : Sekadar berkongsi ilmu.Bukan nak cakap CH ni dah tiptop bab menutup aurat.Sebab kadangkala tu tergelincir jugak......
Tapi apa salahnya kita perbaiki segala kekurangan dari sehari ke sehari,kan lebih baik ? 
Berubah sedikit demi sedikit,asalkan ada niat untuk ke arah yang lebih baik.
Tapi jangan pasang niat tunggu itu ini........Takut-takut yang di tunggu tak sempat sampai,yang tak di jangka pulak yang datang menjemput kita,betul tak?
Bab-bab mati ni,mana kita boleh rancang........ 




'' Apa lagi,moh ler kita sama-sama berubah ke arah kebaikan.InsyaAllah,jika niat kita untuk menjadi baik,Allah akan hantarkan kepada kita orang-orang yang baik untuk berdamping dengan kita. ''

Monday 28 May 2012

Di Sebalik Lelaki,Wanita Penguatnya















Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan baying yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di
situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di
situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan
menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal
Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki
akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah
diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah
Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali
karamallahuwajhah






Jom support CH,






~ Tabung Ahmad Saufi,Hulurkan Bantuan ~





Terbaca di FB SantaiBenAshaari tentang entry terbarunya.Berkaitan seorang bayi yang mengalami masalah paru-paru yang kritikal sejak lahir.






Bayi : 
AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI






Pada anda yang ingin menghulurkan bantuan,boleh di salurkan ke dalam akaun seperti di bawah : 


BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201
Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

Semoga dengan bantuan kecil yang kita hulurkan,dapat menyelamtkan bayi ini dan membuka peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini,InsyaAllah ~~ 



P/S : Artikel lanjut,boleh baca di www.benashaari.com







Sunday 27 May 2012

Apa ada pada 24hb..... ???


















Naluri CH : Motif ???? Saja nak semakkan blog CH ........ Tapi best pulak bila baca..... huhuhuhuhuh......

Morning semua !  =)

Ucapkan Kata-Kata Cinta Anda ....














Mengenalmu adalah suatu anugerah
Menyakitimu adalah suatu larangan
Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan
Meninggalkanmu adalah suatu kebodohan


Persahabatan itu adalah seperti tangan dan mata,
Apbila tangan terluka,maka mata yang akan menangis,
Dan apabila mata menangis,maka tangan yang akan menghapuskan air mata itu.


Tanamlah sebatang pohon cinta
yang berdaun kesetian
berbunga ketulusan
berakar kejujuran
siramilah dengan kasih & sayang
pupuklah dengan kepercayaan


cinta itu seperti bunga-bunga,ia akan tumbuh di setiap hati yang ingin di mengerti di setiap hati yang rindu di dampingi,
cinta iu seperti seekor kupu-kupuyang indah dan tak mungkin di sentuh,tapi keindahanya dapat menjadikan sebuah taman yang menenangkan..



Cinta….Dengan sayap lembutnya ia akan membawamu terbang keawan dan sebagaimana Cinta menenggelamkanmu hingga kedasar laut yang paling dalam……..



dalam kamus ada kata, 
dalam kata ada makna, 
dalam makna ada cinta, dalam cinta ada hati, 
dan dalam hati ada yang tercinta…………
I LOVE U so much….!!!!!



Cinta itu….
ketika aku salah..
Dia selalu maafkan aku..
Ketika aku marah…
Dia selalu tersenyum untukku,
Ketika aku sakit,
Dia selalu berikan yang terbaik untukku…
Ketika aku pergi,
Dia masih dan akan selalu menungguku,
Dan ketika cinta itu tergantikan dengan yang lain…..
Cintanya masih dan akan selalu ada  untukku…
kerana….
Dia lah Cinta itu…….!!!!



Cinta ibarat menggenggam setangkai bunga mawar..semakin keras kita menggenggamnya akan semakin terasa duri yang menusuk tetapi semakin lemah kita menggenggamnya akan semakin mudah angin menerbangkannya










Cinta tidak memiliki apapun yang ingin kau dapatkan, tapi cinta memiliki semua yang ingin kau berikan



Segala hal itu akan indah jika kita mencintanya



Cinta adalah emosi yang dialami oleh banyak orang dan dinikmati oleh sedikit orang saja















Cinta adalah caraku bercerita tentang dirimu, caraku menatap kepergian mu dan caraku tersenyum, saat menatap indah wajahmu.



Pagi yang cerah ketika bersamamu, malam yang indah ketika mendengarkan suara mu , hati yang bahagia ketika memiliki mu selamanya.



Cinta adalah caraku bercerita tentang dirimu, caraku menatap kepergian mu dan caraku tersenyum, saat menatap indah wajahmu.




Aku tak pernah menyesal mencintai mu, yang aku sesali mengapa tidak sejak dulu mencintaimu.














Cinta sejati tak akan terpisah kerana jarak, tak akan berubah kerana waktu, dan tak akan hilang hanya kerana marah.













Bila 'si dia' Cemburu ...........




Malam ni,mata masih belum di sapa ngantuk.So,ber online lah dulu.Huhuhuhuhu,dah lama tak berjaga  lewat sampai macam ni........

Kalau korang nak tahu,waktu CH updated ini blog,'si dia' tak abis-abis asyik kacau CH saja.Sebab CH tak layan karenah dia,konon buat-buat tak nampak walaupuan 'si dia' ada depan mata,depan laptop ni....... hihihihihi :P

Korang nak tahu siapa 'si dia'  ???? 
Meh tengok bawah ni........... 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





'Dia' suka pandang cursor mouse tu......melilau mata dia ikut cursor......hahahahaha :P










SEE.... ???? Tangan dah tak reti dok diam,mula nak kacau broadband pulak !









'Dia' dah mula bosan ler tu.Itu yang jadi macm tu.Kucing sekor ni memang macam ni,pantang CH online,dia pun nak enterframe sekali.........huhuhuhuhu (Nasib baik dia tak tahu main FB,kan ???? ) kehkeh ! 









Peneman setia  CH  (^_^)







Ok,CH out dulu ........Nak cuba pejamkan mata,rehatkan minda.Esok kita sembang-sembang lagi,ok ? 
Owh,sebelum terlupa,kalau sudi,silalah LIKE fanpage CH ( Cerita Seorang Gadis ) 
Boleh jengah fanpage CH kat sini ------- >   CeRiTa SeOrAnG gAdiS

:: CINTA Itu Menyempurnakan Kita ::




Di antara kita,tiada siapapun yang sempurna dari segala sudut.Yang sempurna,hanya DIA.
Kerana itu,Allah menciptakan Adam dan Hawa,untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Di sebalik kekurangan yang kita miliki,akan di tutupi dengan kelebihan yang si dia punya,
Begitu jugalah sebaliknya.
Hidup jangan mencari yang terlalu sempurna,kerana ianya mustahil untuk kita peroleh.








'' Dalam cinta, berhenti mencari yang sempurna,
 kerana yang kamu perlukan adalah dia yang tahu akan

 ketidak-sempurnaanmu,akan tetapi dia tetap ingin

 bersamamu ''


 Naluri CH : Buat awak,saya memang tidak sesempurna mana.Kerana itu saya perlukan awak untuk melengkapkan saya.......Moga satu hari nanti,Allah akan mempertemukan kita dalam cinta terhadap-Nya,amin.

Saturday 26 May 2012

"Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie"










Bila dah malam,tak tahu nak buat apa..........BW ler jawabnya.Dah lama CH tak BW ni.Dulu tak ada masa yang terluang sangat untuk di habiskan masa bersama blog.Tapi,lately ada masa,BW ler puas-puas........ =)

Btw,terperasan komen di salah satu entry CH,ada yang mempelawa CH untuk join segmen.Ok,CH join... : )
Ye lah,orang tu terpaksa tempuh tiga hari tiga malam nak sampai blog CH,naik kuda pulak tu.......entah empayar mana ler dia duduk.....kehkehkeh ! 


Pada yang nak  join tu,pastikan follower anda adalah tidak lebih dari 350,okay......
Nah,boleh rujuk kat sini ----- > Blog FarizReza (FR)


Okay,babai.bantal dah panggil,mimpi pun dah siap-siap nak naik ke bintang~~~~ Jom lelapkan mata,Bismillah...... ('',)

:: ~ Hidup Itu Indah ~ ::





Perjalanan hidup kita di langkah pertama hingga ke saat ini telah membawa kita menjadi seseorang yang baru setiap hari.Semakin jauh kita mengembara,semakin kita mengenal erti hakikat hidup yang sebenar-benarnya.......


Kehidupan ini satu pengembaraan yang akan membawa kita untuk mempelajari apa yang seharusnya kita kena tahu.........Setiap inci langkah yang terbuka,kutiplah segala pengalaman yang menyapa nasib diri.Di situ,pelbagai tauladan yang akan menajdikan kita lebih matang dalam menguruskan perjalanan yang seterusnya.


Biarpun sering kali putus asa datang bertandang menghuni hati rapuh,jangan mengalah.Kuatkan semula semangat yang hilang dengan azam dan tekad.Juga dengan menyuburkan rasa kasih dan sayang terhadap-Nya........InsyaAllah,DIA akan meniupkan semangat baru untuk menjadi peneman dan penguat takkala kita ingin membukan langkah hidup yang baru


Berfikiran positif,sentiasa pandang ke hadapan dan jangan pula lupa untuk tunduk pula memandang ke bawah,pada langkah pertama kita bermula apabila kita telah berjaya.Kerana itu akan menjadikan kita sentiasa tahu diri dan sentiasa akan bersyukur dengan segala nikmat yang di kurniakan.


Mulakan pagi dengan senyuman,kerana ia adalah langkah pertama untuk berjaya............ =) 

Naluri CH : Moga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam,InsyaAllah ~~~ 




Nah,ambik sorang satu ......... Sila senyum,okay ~~~~  :) 

Thursday 24 May 2012

Beautiful Hijab - Jom Start Online Shopping !


Assalammualaikum buat semua......Malam ni CH nak upload gambar-gambar tudung untuk di jual . Stock semua baru sampai.Gambar tudung yang ada di dalam ni adalah ready stock.Kalau korang nak warna lain,sila komen di kotak komen atau e-mel CH di  gadisaqua87@gmail.com . Stock akan siap di ambil dari pembekal.
Jom,ramai-ramai kita cuci mata ya....... Hope u all enjoy ! =)


Harga : RM 30 untuk tudung kod [TK] dan RM 16 untuk tudung kod [TB] - Penghantaran percuma
Jika anda beli secara borong,akan di beri diskaun.Pada yang ingin menjadi pengedar juga,di alu-alukan.Sila hubungi CH untuk maklumat lanjut . 




[Kod : TK 001]






[Kod : TK 002]








[Kod : TK 003]








[Kod : TK 004]










[Kod : TK 005]









[Kod : TK  006]











[Kod : TB 001]







Pada yang berminat,boleh tinggalkan komen di kotak komen.Ataupun boleh e-mail CH di gadisaqua87@gmail.com.
Korang jugak di alu-alukan untuk mesej CH di FB ---- > Nurul Ain

Bila Kecewa : Ingatlah DIA


Dalam meniti kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran,setiap di antara kita membawa seberkas impian yang teruja untuk di gapai.







Pelbagai angan-angan yang kita sangkutkan pada niat di hati kita,seperti mahu menjadi pelajar yang cemerlang,mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,mempunyai pekerjaan yang menjamin masa depan,memiliki harta sendiri ( kereta,rumah dan aset lain ) dan juga impian terbesar adalah memiliki sebuah keluarga yang harmoni,mawaddah ( punya suami/isteri di tambah dengan kehadiran anak-anak penyeri hidup )

Bila kita punya angan-angan,pasti kita juga ada usaha untuk menggapainya.Berkobar-kobar rasa hati apabila memikirkan angan-angan tersebut bakal menjadi kenyataan.Di samping usaha,berdoa juga harus di panjatkan.Kerana kita kena tahu,setiap apa yang kita inginkan,perlukan restu dan keizinan dari-Nya.
Jika tanpa izin Allah,usahalah sekeras mana sekalipun,segigih mana jua,perkara yang kita harapkan itu tidak akan terjadi.







Mungkin adakalanya terdetik di hati kita kenapa walaupun kita telah berdoa,juga telah berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sehari ke sehari,namun bila kita inginkan sesuatu,tidak pula kita peroleh.Pernah ada persoalan seperti itu?

Satu yang ingin CH nyatakan,jangan ragu dengan kuasa Allah,apatah lagu berburuk sangka dengan segala takdir yang telah DIA ciptakan buat kita.Kerana apa  ? Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya sekalian . 


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik

 bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,

 padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
 
sedangkan kamu tidak mengetahui.''


 
(Al-Baqarah: 216)


Dan apabila kita tidak dapat mencapai apa yang kita hajati,pasti kecewa yang akan di rasai
 
oleh hati.Pelbagai persoalan timbul di lubuk hati : ''kenapa jadi begini?kenapa Allah tidak 

memperkenankan doa dan impianku?Adakah Allah tidak sayangkan aku?Apakah aku tidak 

layak untuk meminta,kerana dosaku yang terlalu banyak?''

Sabar.Sekali doa kita tidak di dengar oleh-Nya,jangan putus asa.Allah tidak suka pada 

hamba-Nya yang setiasa mahu berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.



'' Ingatlah, jika Allah cepat memakbulkan sesuatu doa hamba-Nya itu, bermakna Allah amat menyayanginya. Jika Allah lambat memakbulkan doa, maka itu adalah satu ujian buat hamba-Nya manakala jika Allah tidak memakbulkan doa seorang hamba-Nya maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. ''


Apapun,berbaik sangkalah pada Allah.Kita tidak tahu apa yang telah di rencanakan buat kita.Takdir kita,telah siap tertulis sejak azali.Tinggal kita sahaja lagi memilih sama ada untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik atau sebaliknya.











Naluri CH : Bila kecewa menghuni hati,janganlah sedih secara berterusan.La Tahzan.
Ambillah wudu' ,lakukan solat.Berdoalah sebanyak mungkin,kerana dengan hanya 'berbicara' dengan 'DIA' sahaja jiwa akan menjadi tenang.Dan jangan sesekali kita melakukan perkara-perkara bodoh yang hanya membawa kepada kemudaratan.Kelak siapa yang rugi kalau bukan diri sendiri.........



Cinta Itu Harus Di Pupuk,Suburkan Saban Detik





Menyintai dan di cintai . Itu adalah fitrah sebagai seorang manusia yang punya perasaan yang normal.Ingin diri di sayangi,di manjai,di beri perhatian dan sentiasa rasa di hargai.

Setiap orang punya impian untuk menghabiskan sisa hidup bersama dengan orang yang di cintai dan  di kasihinya,sementara masih di beri peluang untuk bernafas.

Lumrahnya dunia ini,kita dapat lihat rasa cinta berubah mengikut aliran usia,persekitaran dan keadaan.Contohnya,apabila kita semakin berumur,layanan kita terhadap pasangan semakin berkurangan,tiada lagi kata-kata romantis di tuturkan seperti ketika masih hangat menjejakkan kaki ke dalam alam rumah tangga.Alasan,barangkali kerana sudah tua,jadi tidak perlu lagi nak ber romantis bagai,malu katanya.......








Jika ingin di kaitkan dengan keadaan,barangkali dengan kehadiran cahaya mata anugerah Tuhan yang ramai menyempitkan ruang waktu untuk di habiskan bersama-sama pasangan.Dan pasangan pasti akan mula rasa di abaikan.Ataupun mungkin juga keadaan pasangan yang sibuk dengan tugasan pejabat,mesyuarat persatuan,makan malam bersama pelanggan,telah menghadkan waktu untuk kita bersama-sama dengan pasangan,meluahkan apa yang telah kita,juga dia lalui saban hari tersebut.
Jika keadaan seperti ini berlaku setiap hari,tidakkah ianya akan mencipta satu jarak antara kita dan pasangan kita?Tanpa kita sedari,perlahan-lahan kita akan kehilangan pasangan kita.

Sebenarnya,bila kita berfikir bahawa si dia menyayangi dan mencintai kita,bagi kita itu sudah cukup.Tapi,kita tak sedar bahawa rasa cinta dan kasih itu perlu sentiasa di kukuhkan dengan sentiasa memberi lebih banyak kasih sayang,yang mana akan bertambah dari sehari ke sehari.

Tidak perlulah melakukan sesuatu yang mahal untuk membuat si dia tersenyum bahagia.Cukup dengan perbuatan ringkas seperti melakukan tugasan di rumah bersama,bergurau senda,makan bersama,dan isteri  harus memastikan ada masa yang di peruntukkan untuk melayan suami ketika makan.Walaupun kita punya bibik yang membantu segala tugas-tugas merapikan rumah,namun dalam soal melayan anak-anak dan suami,itu tanggungjawab kita.Jangan nanti di belakang hari,kita menangis sendiri pula apabila bibik yang bakal menjadi madu kita.........

Pada CH,tak susah rasanya untuk sentiasa mengekalkan rasa cinta,seperti pertama kali kita rasai saat kita mengenali pasangan kita.Kerana kita saling menyayangi,juga menyintai........Dan di sinilah penting kreativiti.Mungkin kita boleh pelbagaikan cara kehidupan kita,asalkan ianya tidak melanggar peraturan hidup dalam Islam,sudahlah.Yalah,kalau kita asyik lakukan perkara yang sama,walaupun berdua,pasti bosan jugak,kan ?

Sesungguhnya,tiada alasan untuk kita sentiasa menyintai antara satu sama lain.Kalau ada alasan,maksudnya cinta kita telah beralih arah lah tu .






Naluri CH : Tetiba terasa nak tulis tentang perkara ni.Geram bila tertonton sebuah drama tadi,tentang isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya pada suami gara-gara sibuk berpesatuan.Mentang-mentanglah suami dia jenis baik,tak pernah nak terfikir cari lain.Tapi dah nama pun lelaki,lama-lama cair jugak dengan pembantu rumah yang di gajinya.Apa nak buat,masa suami lebih banyak bersama pembantu dari isteri sendiri........
Salah siapa?Sendiri mau ingatlah ye........ =) 

Assalammualaikum,selamat malam.Jom tidur.Bismillah......... :)

p/s : Esok ada sambungan tentang topik ni....... (^_^)

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik