Tuesday, 29 May 2012

Perkongsian Pagi :: Ciri-Ciri Pakaian Wanita Islam










Ciri - Ciri

Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam 

Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada. 
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki. 

Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit. 

Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh 
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj. 

Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah. 

Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. 

Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik. 

Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki. 

Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.







Macam ni,okay  =)  






Naluri CH : Sekadar berkongsi ilmu.Bukan nak cakap CH ni dah tiptop bab menutup aurat.Sebab kadangkala tu tergelincir jugak......
Tapi apa salahnya kita perbaiki segala kekurangan dari sehari ke sehari,kan lebih baik ? 
Berubah sedikit demi sedikit,asalkan ada niat untuk ke arah yang lebih baik.
Tapi jangan pasang niat tunggu itu ini........Takut-takut yang di tunggu tak sempat sampai,yang tak di jangka pulak yang datang menjemput kita,betul tak?
Bab-bab mati ni,mana kita boleh rancang........ 




'' Apa lagi,moh ler kita sama-sama berubah ke arah kebaikan.InsyaAllah,jika niat kita untuk menjadi baik,Allah akan hantarkan kepada kita orang-orang yang baik untuk berdamping dengan kita. ''

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik