Thursday, 24 May 2012

Cinta Itu Harus Di Pupuk,Suburkan Saban Detik





Menyintai dan di cintai . Itu adalah fitrah sebagai seorang manusia yang punya perasaan yang normal.Ingin diri di sayangi,di manjai,di beri perhatian dan sentiasa rasa di hargai.

Setiap orang punya impian untuk menghabiskan sisa hidup bersama dengan orang yang di cintai dan  di kasihinya,sementara masih di beri peluang untuk bernafas.

Lumrahnya dunia ini,kita dapat lihat rasa cinta berubah mengikut aliran usia,persekitaran dan keadaan.Contohnya,apabila kita semakin berumur,layanan kita terhadap pasangan semakin berkurangan,tiada lagi kata-kata romantis di tuturkan seperti ketika masih hangat menjejakkan kaki ke dalam alam rumah tangga.Alasan,barangkali kerana sudah tua,jadi tidak perlu lagi nak ber romantis bagai,malu katanya.......








Jika ingin di kaitkan dengan keadaan,barangkali dengan kehadiran cahaya mata anugerah Tuhan yang ramai menyempitkan ruang waktu untuk di habiskan bersama-sama pasangan.Dan pasangan pasti akan mula rasa di abaikan.Ataupun mungkin juga keadaan pasangan yang sibuk dengan tugasan pejabat,mesyuarat persatuan,makan malam bersama pelanggan,telah menghadkan waktu untuk kita bersama-sama dengan pasangan,meluahkan apa yang telah kita,juga dia lalui saban hari tersebut.
Jika keadaan seperti ini berlaku setiap hari,tidakkah ianya akan mencipta satu jarak antara kita dan pasangan kita?Tanpa kita sedari,perlahan-lahan kita akan kehilangan pasangan kita.

Sebenarnya,bila kita berfikir bahawa si dia menyayangi dan mencintai kita,bagi kita itu sudah cukup.Tapi,kita tak sedar bahawa rasa cinta dan kasih itu perlu sentiasa di kukuhkan dengan sentiasa memberi lebih banyak kasih sayang,yang mana akan bertambah dari sehari ke sehari.

Tidak perlulah melakukan sesuatu yang mahal untuk membuat si dia tersenyum bahagia.Cukup dengan perbuatan ringkas seperti melakukan tugasan di rumah bersama,bergurau senda,makan bersama,dan isteri  harus memastikan ada masa yang di peruntukkan untuk melayan suami ketika makan.Walaupun kita punya bibik yang membantu segala tugas-tugas merapikan rumah,namun dalam soal melayan anak-anak dan suami,itu tanggungjawab kita.Jangan nanti di belakang hari,kita menangis sendiri pula apabila bibik yang bakal menjadi madu kita.........

Pada CH,tak susah rasanya untuk sentiasa mengekalkan rasa cinta,seperti pertama kali kita rasai saat kita mengenali pasangan kita.Kerana kita saling menyayangi,juga menyintai........Dan di sinilah penting kreativiti.Mungkin kita boleh pelbagaikan cara kehidupan kita,asalkan ianya tidak melanggar peraturan hidup dalam Islam,sudahlah.Yalah,kalau kita asyik lakukan perkara yang sama,walaupun berdua,pasti bosan jugak,kan ?

Sesungguhnya,tiada alasan untuk kita sentiasa menyintai antara satu sama lain.Kalau ada alasan,maksudnya cinta kita telah beralih arah lah tu .






Naluri CH : Tetiba terasa nak tulis tentang perkara ni.Geram bila tertonton sebuah drama tadi,tentang isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya pada suami gara-gara sibuk berpesatuan.Mentang-mentanglah suami dia jenis baik,tak pernah nak terfikir cari lain.Tapi dah nama pun lelaki,lama-lama cair jugak dengan pembantu rumah yang di gajinya.Apa nak buat,masa suami lebih banyak bersama pembantu dari isteri sendiri........
Salah siapa?Sendiri mau ingatlah ye........ =) 

Assalammualaikum,selamat malam.Jom tidur.Bismillah......... :)

p/s : Esok ada sambungan tentang topik ni....... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik