Tuesday, 22 May 2012

:: Kelebihan Bulan Rejab ::






Assalammualaikum,

Alhamdulillah,syukur pada Allah s.w.t kerana masih menghidupkan CH untuk merasai bulan Rejab pula.
Hari ini dah masuk 1 Rejab,hari yang di sunatkan untuk berpuasa.Tahniah CH ucapkan pada muslim,muslimah yang menunaikan ibada puasa hari ini.Semoga puasa kita akan terpelihara dari perkara-perkara yang mengurangkan pahala,InsyaAllah.

Hari ini CH nak berkongsi serba sedikit berkaitan bulan Rejab.Sambil-sambil CH cari ilmu  yang berkaitan,CH nak juga kongsi dengan kawan-kawan alam maya .





Baik,sebenarnya kenapa bulan ini di panggil bulan Rejab dan apa maknanya ?
Sebenarnya Rejab mulia  mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan   tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.
Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan antara kelebihan dan fadhilat yang terkandung dalam bulan Rejab ini adalah : 

 ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhunya yang tertentu dan banyak berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya. Pad bulan rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat ganda keampunan dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari allah, diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat darjat yang tinggi didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.

Selain itu, bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Bulan yang diperintah banuak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang-sembahyang sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat allah, berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa bersedekah, dan segala rupa kebaikkan dan kebajikan yang diperintah Allah dan rasulNya. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar palu anugerah balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian allah dan banyak pula hambaNya lumba-lumba memenuhi amalnya - banyak Allah memberi kebajikan dan banyak pula banyak pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah dekat hambaNya dengan Tuhannya dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan hambaNya. Betapa besar keredhaan allah terhadap hambaNya dan betapa besar pula keredhaan hambaNya terhadap Allah.

Dan untuk perkongsian ilmu juga,sebenarnya dalam bulan Rejab ini,banyak sekali terjadinya peristiwa besar dalam sejarah Islam.Antaranya seperti 

  • Hijrah pertama dalam Islam
  • Isyrak dan Mikraj
  • Peperangan Tabuk
  • Pembebasan Baitul Maqdis
  • Lahirnya Imam Syafie RH

Naluri CH : Sebaiknya perbanyakkanlah puasa kita di bulan Rejab.Kerana berpuasa dalam bulan ini seperti : 

  •       Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
  •       Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
  •       Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.









Lagi pula,apa salahnya berpuasa,kan?Teruskan bermula dari Rejab,Sya'ban dan seterusnya Ramadhan . InsyaAllah,jika betul niat di hati kita,Pahala lah sebagai ganjarannya =) 

Jadi,CH ucapkan selamat berpuasa buat semua.Moga ibadah yang kita lakukan akan di terima oleh Allah s.w.t hendaknya,amin .

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik