K.A.W.A.N / R.A.K.A.N
Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan.
Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya,
hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan
sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan
seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan,
rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan
sebagainya.
Pendek kata,semakin besar langkah kaki kita melangkah,semakin luas pemandangan kita lewati,maka semakin bertambahlah kawan-kawan kita.
Kata orang,mencari kawan di kala senang,amatlah senang.Tak payah di cari pun,tetiba saja akan muncul.Tapi untuk mendapatkan kawan di kala kita memerlukan bantuannya,amatlah susah,biarpun seorang yang kita perlukan.
Kenapa kita tidak menjadi seperti seseorang yang kita inginkan?Kenapa??
Maksudnya,apabila kita mengharapkan akan ada kawan yang datang menghulurkan bantuan di kala kita lagi memerlukan,adakah pernah kita lakukannya pada orang lain?
Jika kita mengangankan akan ada insan bernama kawan ,tetap berada setia di sisi,tidak kira di kala senang,apatah lagi susah,adakah kita pernah lakukan sedemikian sebelum ini pada kawan-kawan kita???Pernah??
Sebenarnya,untuk mendapatkan sesuatu yang baik,harus di mulakan dengan dengan diri kita sendiri.Jangan salahkan orang lain jika kawan-kawan yang ada tak dapat membantu di kala senang,apatah lagi susah menghampiri diri.
Semak kembali pada diri.Tanyakan,''adakah aku ada di saat kawan aku perlukan bantuanku?Adakah aku prihatin pada permasalahan yang di tanggung oleh kawan-kawanku?''
Mudah-mudahan,ianya akan terjawab dengan jujur.Sungguh,apa yang kita buat pada orang lain,kita akan dapat semula sebagai balasannya.Sebab itu pepatah ada berbunyi,''buat baik itu berpada-pada,tapi buat jahat jangan sekali-kali''.
Naluri CH : Bukan nak puji diri sendiri,tapi CH jenis yang mudah orangnya.Kalau CH buat pada seseorang tu,ertinya CH tak kisah kalau orang tu nak buat perkara yang sama pada CH.
Tapi kalau CH tak pernah buat sesuatu tu pada orang lain,tandanya CH juga tak suka orang lain buat benda yang sama pada CH.Tu je nak cakap.
Hidup jangan tahu cakap saja.Tapi buatnya.........tak pernah !
kna pndai cri kwn
ReplyDeletekna pndai cri + pilih kwn sbb kdg2 kwn neh pon ada mcm2 jenis wlopn kita dh kenal lm dia...
ReplyDeletealhamdulillah kak,.eykin masih jmpe lagi kwn yg berada dgn eykin wktu senang dan susah,,kdg2 tu memang susah tp alhamdulillah eykin syukur sgt2...
ReplyDeleteCari kwn tak susah...
ReplyDeleteNk cari yg ada semangat setia kwn ni yg payah sikit :)
kawan oh kawan ;)
ReplyDelete