Monday, 23 January 2012

:: Warung Cendol Pak Man :: KKB


"Macam-macam ada...........!!!!"
Itulah trademark bagi warung Pak Man yang terletak di Kuala Kubu Bharu.Orang-orang yang berada di sekitar sana pastinya sudah terbiasa menikmati keenakkan cendol yang di sediakan.Ada pelbagai jenis cendol yang di jual,antaranya cendol jagung,cendol  special dan cendol biasa.Jika anda yang ingin menuju ke arah utara,anda boleh mnggunakan laluan biasa untuk singgah di kedai ini.

Lokasi warung ini betul-betul di pinggir jalan besar.Amat mudah untuk di lihat oleh para pengguna jalan raya.Selain dari menjual pelbagai jenis cendol,terdapat juga beberapa menu lain seperti mee kari,mee rebus, rojak mee dan nasi ayam.

Walaupun warung ini berskala kecil,tetapi ianya tidak menghadkan orang yang lalu lalang untuk singgah.Sememangnya warung ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Cendol special





Rojak mee



Mee kari.......ada banyak ayam... =)


Naluri CH: Walaupun warung ni tak ada rupa,tapi di sebabkan menu yang di sediakan lazat serta perkhdmatan yang terbaik pada  pelanggan warung ini tetap mendapat perhatian.Begitulah juga dengan ber blog ni,kalau entry yang di tulis menarik,ada input InsyaAllah kita akan punya ramai pembaca setia.Walaupun rupa blog kita " yang ado" je.............

P/S :Masih dalam proses belajar bagaimana mahu menghasilkan entry yang berkualiti.Kawan-kawan blogger sekalian,silalah beri tunjuk ajar,ya.........



7 comments:

  1. buat org lapar tgok entry ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. @Syan_Neesa : alahai,lapar ye,gi ler makan....dh time dh ni pun..... :)

    ReplyDelete
  3. tiba-tiba rasa macam nak pergi terjah KKB. Hehe

    ReplyDelete
  4. @naurah alwani : sila2.bawak kaum kerabat semua singgah warung ni.... :)

    ReplyDelete
  5. wah nampak enak sangat.. mang feberet semua tu.. Hai CH.. kak citra alhamdulillah sihat2 je makin sihat lagi ado.. :)

    ReplyDelete
  6. @Citrananizam : hehee akk,semua fav ya....... ^^
    Alhamdulillah,semakin sihat.bagus lah tu... =)

    ReplyDelete
  7. baru last week ke sana,mmg sombong la.igt hala pegi aje sombong,hala blk pon singgah,same...

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik