Monday, 30 January 2012

:: Kerana DIA Maha Penyayang ::

Bayangkan di kala kita sedang di limpahi dengan kemewahan hidup di dunia.Punya wang yang banyak,kerjaya yang mantap,keluarga yang bahagia.Adakah kita masih mampu menjadi seorang hamba-Nya yang tawaddu' ?Ataupun sudah mula lupa diri?

Sedarkah kita bahawa bukan kesusahan sahaja yang di anggap ujian,bahkan kesenangan juga adalah salah satu ujian yang di beri oleh Allah swt untuk menduga sejauh mana rasa rendah diri itu terpupuk dalam hati kita.Kerana kebanyakannya mudah hanyut apabila diri di selimuti dengan kekayaan duniawi.

Ramai di antara kita apabila di anugerahkan kemurahan rezeki,terus kita membangga diri,tersenyum sombong,bermegah dengan apa yang kita mampu punya.Mulut juga sudah mula ringan mengungkap kata-kata nista,menyindir tajam pada yang lain,yang nasibnya tidak sebaik kita.Padahal,saat itu kita lupa bahawa Allah sedang memerhati tingkah laku kita.

Di waktu kita senang,Allah kita lupakan.Kerana kita sedang sibuk dengan urusan mengejar harta duniawi,memenuhi tanggungjawab sesama manusia.......berjanji sana sini,jemputan ke majlis-majlis mewah tanpa henti............. Yang penuh di ingatan hanya urusan mengejar kebendaan semata-mata.Waktu untuk bersujud pada-Nya,bagaimana?

Tapi kita lupa satu perkara bahawa saat itu kita sedang di uji sebenarnya.Di uji keimanan kita terhadap-Nya.Apabila di lihat kita sudah mula lupa diri,lalai untuk menundukkan wajah bersujud pada-Nya,semakin lama semakin menjauh dari pangkuan Sang Pencipta,takkala itulah Allah akan memberi ujian lain buat kita.

Akibat dari sifat yang tidak tahu untuk bersyukur,Allah menarik kembali segala nikmat yang di pinjamkan buat kita.Segala kekayaan,kemewahan hidup hilang sekelip mata tanpa di sangka.Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)







Bila keadaan kembali pada asal,diri sudah tidak lagi penuh dengan kuasa di tangan,barulah kita terduduk mengenang nasib yang di timpa kesusahan.Barulah saat itu timbulnya penyesalan atas perbuatan yang lalu.Barulah kita sedar bahawasanya hanya Allah yang lebih berkuasa.

Dan di saat pintu hati terbuka semula untuk kembali sujud pada-Nya,itulah hakikatnya bahawa DIA itu Maha Penyayang.Tidak sesekali Allah membiarkan kita terus hanyut dengan kelalaian dunia yang hanya sementara.Sesungguhnya sesuatu musibah yang menimpa kita itu bukanlah sesuatu yang sia-sia di takdirkan baut diri kita,melainkan mahu menyedarkan kita bahawa tidak ada yang lebih berkuasa melainkan DIA,yang satu.

Naluri CH : Biar beribu kali kita melanggar arahan Allah,DIA tetap memperkenankan segala apa yang kita ingini.Walaupun kita seringkali melupakan-Nya,akan tetapi Allah tidak pernah sekalipun melupakan hamba-hamba-Nya.Saban saat,DIA akan memerhatikan kita.........baiknya Allah itu bukan?Semoga kita mampu menjadi hamba-Nya yang tahu mengucapkan Alhamdulillah di atas segala nikmat yang di beri percuma.........Dan semoga cinta kita terhadap-Nya akan terus mekar hingga saat kita bertemu dengan-Nya kelak........

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik