Friday, 20 January 2012

Nurfarahin-Ally Iskandar :: Selamat Di Ijabkabulkan.




Alhamdulillah,akhirnya tanggal 20 Januari Ally Iskandar telah menamatkan zaman bujangnya bersama Nurfarahin Romli dengan mas kahwin RM 250.Majlis pernikahan di jalankan di Masjid Kristal,Taman Tamadun Islam,Terengganu.

CH ucapkan semoga perkahwinan yang di bina akan kekal hingga ke syurga,InsyaAllah.Bila hidup sudah berdua,tanggungjawab juga turut bertambah.Apapun,keserasian,kesefahaman dan toleransi perlu ada dalam sesebuah hubungan itu.

Foto mereka juga kelihatannya masih malu-malu.Itulah indahnya bila memulakan cinta setelah berkahwin.Nikmatnya akan Allah hadirkan di saat kita melewati bahtera alam rumah tangga.

Naluri CH : Perkahwinan yang di bina berdasarkan akhlak dan agamanya adalah pilihan yang paling tepat.Kerana akhlak mencerminkan siapa sebenarnya kita.Rupa paras bukanlah segalanya.Di akhirnya,akan pudar juga kecantikannya.Namun kecantikan akhlak yang terpamer akan tetap kekal selagi kita masih berpegang teguh pada ajaran agama,InsyaAllah.

P/S : Jika di takdirkan anda bertemu jodoh dengan insan yang :
  • "Cantik / kacak rupanya tapi tidak pada akhlaknya"
  • "Sederhana sahaja kecantikan / kekacakkan namun peribadinya yang indah"
Mana  satu yang bakal menjadi pilihan hati? 


Jom baca di sini Sebab di katakan JODOH itu misteri

8 comments:

  1. tahniah kpd mereka berdua..
    moga kekal hingga ke syurga..amin

    ReplyDelete
  2. @haifa : Amin juga.... nampak mereka pasangan yg secocok.wajah pun seiras jg....... :)

    ReplyDelete
  3. sepadan sgt..sem0ga berbahagia hingga akhir hayat.. :)

    ReplyDelete
  4. @ aIshah : errmm,mmg sepadan.indah kan aturan tuhan dan takdir yg di tentukan buat kita semua.......??
    =)

    ReplyDelete
  5. @ A'IM : aaammmiiinnnnnn....... CH panjangkan sikit. errmmm,en aim bila lg ek? kehkehkeh..... :P

    ReplyDelete
  6. yes..aturan tuhan memang indah.. :)

    ReplyDelete
  7. @aIsyah : itulah sebabnye jodoh itu di rahsiakan...... :)

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik