Sunday 12 February 2012

Runtuhkan EGO :: Binalah Kebahagiaan






EGO.Semua manusia mempunyainya.Ianya normal.Biasanya orang akan berkata ego seorang lelaki adalah lebih tinggi berbanding ego seorang perempuan.Ermmm,bagi anda itu adalah fakta atau auta?Fikir-fikirkan logiknya ya.....

Bagi sesetengah perkara,ego itu harus kita gunakan.Akan tetapi,gunalah ia secara bertempat.Jangan kerana hanya ingin mempertahankan ego yang sejemput,anda bakal hilang segerbang kebahagiaan .

Contoh : Kita pernah menyukai si dia.Akan tetapi si dia tidak pernah sedar akan kehadiran kita di sisinya,langsung tidak pernah menghargai perhatian serta kasih sayang yang kita berikan.........walaupun sedar yang ketika itu kita seolah-olah bertepuk sebelah tangan.Namun,jauh di sudut hati,kita mengharapkan agar suatu hari,si dia akan menyedari keikhlasan kita menyayanginya serta menyambut cinta yang kita hulurkan.

Di saat si dia bersetuju mengikat tali pertunangan dengan kita,kitalah orang yang paling bahagia sekali di dunia.Seolah-olah kita telah mampu menggenggam seluruh pelusuk alam maya ini.Namun,di tengah-tengah perjalanan menuju penghujung cinta,si dia memutuskan untuk tidak lagi meneruskan agenda melangkah ke gerbang perkahwinan.Dalam situasi tersebut,apa lagi yang mampu kita rasakan selain sakitnya hati,hancur berderai di hempuk oleh ego si dia yang sanggup meninggalkan kita untuk pergi kepada insan lain yang di cintai sepenuh hati sedangkan si dia tidak tahu yang insan tersebut  hanya mahu mempermainkannya sahaja.




Kita???? Melangkah longlai meneruskan hidup tanpa nafsu.Angan-angan yang di anyam terlerai tanpa sempat membentuk sebidang cinta yang utuh di hati.Bertahun  lamanya kita sendiri,di baluti rasa sepi,tanpa si dia.....orang yang kita sayangi sedari kecil.

Dan di saat kita sudah mampu berdiri walau tidak sekukuh seperti dulu,tiba-tiba si dia hadir kembali dalam lembaran hidup kita, menagih cinta yang  pernah  ada dalam hati kita untuk dirinya dahulu.Kita???Memang perasaan tidak pernah berubah walau sedikitpun kasih sayang dan rasa cinta buat dirinya.Malah,saban hari seakan rasa sayang itu semakin menebal membaluti hati yang remuk.Melihat si dia bersuungguh-sungguh mahu kembali ke pangkuan kita,hati kita menerima kembali si dia dalam keadaan fizikal yang seakan tidak rela,walaupun di dalam hati bunga-bunga cinta semakin mekar.Fizikal dan mental kita ketika itu tidak lagi seiring.Kerana adanya ego yang menghalang untuk kita mengekspresikan apa yang hati kita sedang rasakan.




Si dia bersabar dengan  tingkah laku kita yang dingin terhadapnya.Kerana si dia sedar barangkali itu adalah hukum karma buat dirinya.Namun,sebagai manusia,sabar itu ada batasnya.Menunggu dan terus menunggu respon dari kita,si dia sudah tidak sanggup lagi.Akhirnya,''memutuskan hubungan '' yang telah halal untuk di gauli yang di pinta si dia dari kita??? So,apa respon kita saat itu????Sanggupkah kita kehilangan si dia buat kali yang kedua?Sanggup?????  Fikir-fikirkan keputusannya.................

Naluri CH  : Pada CH,bila kita yang terlebih dahulu menagih kasih dan cinta dari seseorang,kita harus mempersiapkan diri untuk menerima segala kemungkinan yang mendatang.Bersedia untuk di remukkan hati,juga gagahkan diri saat di tinggalkan.Jika di hati kita masih ada rasa cinta yang  mana kita sendiri masih belum mampu untuk melenyapkannya,sambutlah dengan hati yang jujur di saat si dia kembali ke pangkuan kita.Jangan kerana EGO,kita kehilangan si dia buat kali kedua sedangkan kita punya peluang untuk membina mahligai bahagia bersama si dia,insan yang pernah kita dambakan cinta darinya...........ANDA ????


12 comments:

  1. ego pun biarlh kena ada tempatnya. Kena berpada-padalh. kalu x ada ego pun bhy juga sbb kadang ego ni bile kita salurkan kearah yg betul ia akan membawa kebaikan kpd kita.

    ReplyDelete
  2. @Azek zk : mmg ego perlu ada.tapi kenalah di letakkan di tempat yg betul....... =)

    ReplyDelete
  3. sabar tu lg elok..tp btul jgk sabar pun ade tahapnye..^^

    ReplyDelete
  4. @Princess Nusy : Tahu xpe..... >.<
    SABAR. tapi kita cuma manusia biasa....yg sentiasa dalam kekhilafan....

    ReplyDelete
  5. Harap2 dijauhkan la dari sifat ego yang melampau tu~~

    ReplyDelete
  6. @Yana Libra : kita cuma manusia biasa.penuh dgn kekhilafan.... hanya mampu berusaha untk tidak terlalu ego,kan?

    ReplyDelete
  7. Betul setiap org ada ego msg2..
    Suka kata-kata CH....

    SAlam kenal;)

    ReplyDelete
  8. Nyue pon ego gak..ngaku terus la..
    tp tgk gak dgn sape/situasi/
    he3...

    ReplyDelete
  9. @Aine Ainun : kalau ada EGO,ertinya manusia tu normal...... :)

    ReplyDelete
  10. @Nyue:baik ngaku je.... kalau x ego ler tu....... >.<

    ReplyDelete
  11. jangn la ego tu tinggi sangt.. xego un xleh juga.. tapi biarlah berpada2 kan?? hu8.. jgn kerana ego smuanya hilang... :D

    ReplyDelete
  12. @ Aisya Lieza : maksudnya,ego biar bertempat,kan?? ^_^

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik