Kata yang sering di dengar : ''Cinta itu buta'' . Sebenarnya,apa yang BUTA ? Cinta ke,manusia?
Cinta itu INDAH sebenarnya andai di kuatkan dengan keIMANan,di kukuhkan dengan keSETIAan,di suburkan dengan keTAQWAan dan di kekalkan dengan penuh ISTIQAMAH.
Dan yang pasti,apa jua yang kita lakukan adalah Lillahi taala..........Kerana Allah Taala.
NIAT itu yang penting.........
Tapi jangan kita lupa,cinta juga boleh berubah menjadi derita atau mimpi ngeri sekiranya cinta yang di bina berdasarkan keinginan duniawi dan berlandaskan NAFSU semata-mata.Kepuasan mungkin kita mampu peroleh,nikmat juga mungkin kita dapat rasai,namun semua itu cuma sebentar cuma.Tidak kekal.
Hidup manusia berubah,mengikut takdir yang telah di tentukan........dan jangan lupa perjalanan kehidupan ini adalah sebuah putaran.Hari ini kita berdiri di sini,satu saat kita ada di sana.............dan satu ketika nanti pasti kita akan kembali berdiri di tempat kaki kita pernah berpijak.Ini bermaksud,setiap di antara kita akan mengalami dan melalui perkara yang sama,tetapi di BEZAkan dengan tempat,situasi,zaman dan sebab musababnya.
Kata orang,apa yang kita perbuat dan memberi pada orang lain,itulah juga yang bakal kita perolehi satu hari kelak.Baik yang kita beri,baik juga yang akan kita rasai.Jika kejahatan yang kita sumbangkan,buruk jugalah imbuhan yang bakal lalui.
Senario pada masa kini..............
Suami orang bermain cinta dengan perempuan lain di belakang isterinya.Begitu juga sebaliknya.
Isteri orang menggoda lelaki-lelaki separuh abad yang layak sebagai pangkat bapa.
Kepercayaan seratus peratus di tumpahkan pada sang kekasih,konon berpegang pada 'akur janji' yang telah tercipta,sehingga sanggup membuang keluarga,mengenepikan insan-insan penting dalam hidup kita.
MengHALALkan apa jua yang di gariskan HARAM dalam sesuatu jalinan perhubungan kerana rasa cinta yang menggunung.Maklumlah,perasaan tengah berbunga-bunga cinta.Mana nak nampak yang hodoh,buruk,jelik,kotor.Semuanya kelihatan baik-baik sahaja.
Kerana cinta,keimanan yang kita bina selama ini yang mampu kita pertahankan sekelip mata bisa hancur berkecai kerana cinta yang berlebih-lebihan kepada seorang hamba-Nya yang lain.Kenapa tak gunakan rasa cinta itu untuk lebih menjadi KUAT menCINTAi-Nya ? Kenapa perlu korbankan rasa kasih,cinta kita terhadap DIA semata-mata kerana rasa kasih kita yang semakin kuat kepada hamba-Nya?.............Kenapa ?
Bila cinta manusia menguasai hati dan perasaan,hilang segala kewarasan akal fikiran yang selama ini wujud.............entah hilang ke mana.Kita sudah tidak mampu berfikir,untuk membezakan yang mana BAIK,dan yang mana pula BURUKnya.
Kalau ada masa,cuba fikirkan ini sebelum kita mahu melakukan sesuatu yang kita sendiri ragu-ragu............ :
Atas dasar apa aku melakukan ini?Adakah ia membawa kebaikan kepadaku atau sebaliknya?Apa jika aku melakukannya,ia akan menambah rasa CINTA dan keIMANan aku terhadap DIA.............???
Tepuk dada,tanya KHABAR Iman masing-masing............
Selamat malam,assalammualaikum.