Tuesday, 31 January 2012

Kisah Cinta :: Anda & Si Dia



Pasti korang ada "Love Story" yang paling indah untuk di kenang,kan?Saat-saat berdua,di samping si dia yang tersayang........Memori yang sentiasa akan tersemat di ingatan.



Kali ini radio tempatan,Hot fm telah mengadakan satu pertandingan menulis kisah cinta anda bersama si dia.Anda juga boleh menghantar penyertaan kisah cinta bagi pihak orang lain seperti ibu bapa,atau adik-beradik dan juga rakan-rakan terdekat anda........ 

Antara salah satu syarat penyertaan adalah anda harus mencipta sebuah cerita ''kisah cinta'' dan menyelitkan beberapa baris lirik dari lagu ''Love Story'' nyanyian Melly Goeslow feat Irwansyah.

Lirik lagu Love Story : 

bila cinta endapkan semua harapan 

jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga 
bila cinta seribu tahun akan ku tunggu 
walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu 




reff: 
love story let’s make a history 
sejarah kisah cinta kita menguasai bumi 
mengalahkan semua yang paling terindah

love story let’s make a history 

biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita 
namun cinta kita tetap akan utuh

love story
bila cinta (bila cinta) seribu tahun akan ku tunggu 

walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu (menggapaimu)

repeat reff
meremukkan tubuh kita namun cinta kita tetap akan utuh 

love story, love story, love story




Untuk maklumat lajut,anda boleh klik SINI .

Naluri CH : Belum pernah bercinta,makna di sebalik cinta juga masih samar-samar.Namun di satu sudut yang lain,hati ini begitu merindui cinta darinya,yang entah di mana sekarang.........Jodohku.

Monday, 30 January 2012

:: Kerana DIA Maha Penyayang ::

Bayangkan di kala kita sedang di limpahi dengan kemewahan hidup di dunia.Punya wang yang banyak,kerjaya yang mantap,keluarga yang bahagia.Adakah kita masih mampu menjadi seorang hamba-Nya yang tawaddu' ?Ataupun sudah mula lupa diri?

Sedarkah kita bahawa bukan kesusahan sahaja yang di anggap ujian,bahkan kesenangan juga adalah salah satu ujian yang di beri oleh Allah swt untuk menduga sejauh mana rasa rendah diri itu terpupuk dalam hati kita.Kerana kebanyakannya mudah hanyut apabila diri di selimuti dengan kekayaan duniawi.

Ramai di antara kita apabila di anugerahkan kemurahan rezeki,terus kita membangga diri,tersenyum sombong,bermegah dengan apa yang kita mampu punya.Mulut juga sudah mula ringan mengungkap kata-kata nista,menyindir tajam pada yang lain,yang nasibnya tidak sebaik kita.Padahal,saat itu kita lupa bahawa Allah sedang memerhati tingkah laku kita.

Di waktu kita senang,Allah kita lupakan.Kerana kita sedang sibuk dengan urusan mengejar harta duniawi,memenuhi tanggungjawab sesama manusia.......berjanji sana sini,jemputan ke majlis-majlis mewah tanpa henti............. Yang penuh di ingatan hanya urusan mengejar kebendaan semata-mata.Waktu untuk bersujud pada-Nya,bagaimana?

Tapi kita lupa satu perkara bahawa saat itu kita sedang di uji sebenarnya.Di uji keimanan kita terhadap-Nya.Apabila di lihat kita sudah mula lupa diri,lalai untuk menundukkan wajah bersujud pada-Nya,semakin lama semakin menjauh dari pangkuan Sang Pencipta,takkala itulah Allah akan memberi ujian lain buat kita.

Akibat dari sifat yang tidak tahu untuk bersyukur,Allah menarik kembali segala nikmat yang di pinjamkan buat kita.Segala kekayaan,kemewahan hidup hilang sekelip mata tanpa di sangka.Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)







Bila keadaan kembali pada asal,diri sudah tidak lagi penuh dengan kuasa di tangan,barulah kita terduduk mengenang nasib yang di timpa kesusahan.Barulah saat itu timbulnya penyesalan atas perbuatan yang lalu.Barulah kita sedar bahawasanya hanya Allah yang lebih berkuasa.

Dan di saat pintu hati terbuka semula untuk kembali sujud pada-Nya,itulah hakikatnya bahawa DIA itu Maha Penyayang.Tidak sesekali Allah membiarkan kita terus hanyut dengan kelalaian dunia yang hanya sementara.Sesungguhnya sesuatu musibah yang menimpa kita itu bukanlah sesuatu yang sia-sia di takdirkan baut diri kita,melainkan mahu menyedarkan kita bahawa tidak ada yang lebih berkuasa melainkan DIA,yang satu.

Naluri CH : Biar beribu kali kita melanggar arahan Allah,DIA tetap memperkenankan segala apa yang kita ingini.Walaupun kita seringkali melupakan-Nya,akan tetapi Allah tidak pernah sekalipun melupakan hamba-hamba-Nya.Saban saat,DIA akan memerhatikan kita.........baiknya Allah itu bukan?Semoga kita mampu menjadi hamba-Nya yang tahu mengucapkan Alhamdulillah di atas segala nikmat yang di beri percuma.........Dan semoga cinta kita terhadap-Nya akan terus mekar hingga saat kita bertemu dengan-Nya kelak........

Friday, 27 January 2012

:: Hiduplah Dalam Istiqamah ::





Allah swt menciptakan kesemua hamba-Nya adalah sama.Sikit pun tidak di beza-bezakan.Itulah sebabnya Allah itu Maha Adil,kan?Kita di lahirkan dalam keadaan yang suci bersih dari sebarang noda.Apabila hari berganti bulan,terus berganti tahun,kita juga semakin meningkat dewasa.

Justeru,siapa kita pada hari ini?Hidupnya kita di atas bumi-Nya ini sebagai apa?
Majistret,doktor,pendidik,mahupun sekadar bekerja yang biasa-biasa sahaja?Bagaimana pula kita memperoleh semua yang telah kita miliki saat ini? Pastinya atas usaha diri sendiri di sertai dengan doa,seterusnya keizinan dari-Nya.

Kita mungkin kelihatan berbeza di mata manusia saat ini.Berbeza di sebabkan taraf kehidupan,pangkat yang di sandang serta anugerah dunia yang di capai .Tapi,itu semua tidak seharusnya kita jadikan sebagai benteng atau dinding pemisah antara diri kita dengan yang lain.Semuanya itu sekadar pinjmana semata-mata.Sementara Allah masih memberi izin buat kita untuk merasa gah dengan pangkat besar yang di sandang,selesa  apabila mampu memiliki rumah agam untuk di diami.

Orang yang merasai susah,akan merasai detik kesenangan suatu ketika kelak.Begitulah juga sebaliknya.Apa salahnya di saat kita sedang di limpahi dengan kemewahan hidup di dunia,sedikit dari rezeki yang kita perolehi itu kita berikan pada yang hak?Jangan di lupa ya,dalam kesemua rezeki yang kita peroleh itu,tetap ada bahagian untuk orang lain,walaupun rezeki yang kita punya itu adalah sepenuhnya datang dari usaha kita sendiri.Itulah sebabnya kita di suruh membayar zakat.Pernah anda dengar mengeluarkan zakat itu bisa membuatkan kita menjadi papa kedana?Pernah ke?

Naluri CH : Walau siapa pun kita saat ini,kita tetap sama pada pandangan mata Allah swt.Yang membezakan kita nanti hanya amal yang kita punya.Bukan yang lain.Justeru,hormat-menghormatilah kita antara satu sama lain.Jangan kerana dia seorang yang miskin,kita yang hidup serba mewah ini sikit pun tidak memandang mereka.Ingat,balasan dari Allah pada zaman ini di bayar tunai......di dunia lagi sudah terasa seksaannya.

Monday, 23 January 2012

:: Warung Cendol Pak Man :: KKB


"Macam-macam ada...........!!!!"
Itulah trademark bagi warung Pak Man yang terletak di Kuala Kubu Bharu.Orang-orang yang berada di sekitar sana pastinya sudah terbiasa menikmati keenakkan cendol yang di sediakan.Ada pelbagai jenis cendol yang di jual,antaranya cendol jagung,cendol  special dan cendol biasa.Jika anda yang ingin menuju ke arah utara,anda boleh mnggunakan laluan biasa untuk singgah di kedai ini.

Lokasi warung ini betul-betul di pinggir jalan besar.Amat mudah untuk di lihat oleh para pengguna jalan raya.Selain dari menjual pelbagai jenis cendol,terdapat juga beberapa menu lain seperti mee kari,mee rebus, rojak mee dan nasi ayam.

Walaupun warung ini berskala kecil,tetapi ianya tidak menghadkan orang yang lalu lalang untuk singgah.Sememangnya warung ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Cendol special





Rojak mee



Mee kari.......ada banyak ayam... =)


Naluri CH: Walaupun warung ni tak ada rupa,tapi di sebabkan menu yang di sediakan lazat serta perkhdmatan yang terbaik pada  pelanggan warung ini tetap mendapat perhatian.Begitulah juga dengan ber blog ni,kalau entry yang di tulis menarik,ada input InsyaAllah kita akan punya ramai pembaca setia.Walaupun rupa blog kita " yang ado" je.............

P/S :Masih dalam proses belajar bagaimana mahu menghasilkan entry yang berkualiti.Kawan-kawan blogger sekalian,silalah beri tunjuk ajar,ya.........



Saturday, 21 January 2012

:: Senang Setelah Susah,Itulah NIKMAT ::




Tiba-tiba CH terfikir,alangkah baiknya kalau Doraemon ni wujud,kan?Bila duduk seorang diri,dengan perasaan dah terasa bosan sebab tak tahu nak buat apa sebenarnya petang ni.Rata-rata orang semunya sibuk nak balik kampung,CH masih di sini.Mungkin esok akan merencana sesuatu untuk di lakukan.Maklumlah,ada 3 hari lagi baki cuti,kan? #memang mati kebosanan kalau 4 hari cuti asyik dok bertapa dalam bilik.

Tapi kan,kalaulah CH mampu dapatkan Doraemon ni sekor pun jadilah.Taknak banyak-banyak.#untung Nobita tu,kan?hehehehe
Dan dalam banyak-banyak alat ajaib yang ada dalam poket dia tu kan,CH nak satu je..............
Nak tahu tak CH nak apa????



















Tadaaaaaa...........!!!!!
Inilah bendanya.Pintu serbaguna tu.Mana-mana nak pergi,cakap je,then bukak pintu.












Eh,dah sampai kampung rupanya......................Best,kan?Mudah,pantas dan  yang paling penting.......BEBAS dari kesesakan lalu lintas...............!!!!  #kehkehkeh,keje nak mudah aje,kan?

Naluri CH : Percaya atau tidak,di sebalik kesusahan dan keperitan kita untuk mendapatkan sesuatu,Allah akan hadirkan suatu rasa kenikmatan apabila kita berjaya memperolehinya.Dan dari situ,akan timbulnya sifat "menghargai" .Kerana bukan mudah untuk kita dapatkan sesuatu itu tanpa usaha dan pengorbanan.Allah hanya menguji sedikit sahaja dari Iman kita,DIA ingin lihat sejauh mana kita mampu bertahan menghadapi kesusahan yang di beri sebelum kita mampu untuk mencapai sesuatu kesenangan itu.Jika dengan mudah kita dapat memperolehi semua  yang kita mahukan,pasti kita tidak akan dapat merasai sebarang kenikmatannya....Tidak bermakna apabila Allah selalu menguji kita dengan kesusahan,Allah bencikan kita,dan begitulah sebaliknya.Allah memberi kita UJIAN kerana Allah sayangkan kita.Sesungguhnya DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang........

P/S : Kartun di atas hanya sebagai simbol.Lagipun,Doraemon tu dah menjadi teman CH semenjak kecil hingga ke hari ini.Kagum dengan segala alat-alat ajaibnya............... =)
# Eh,eh......korang pun tengah layan Doraemon jugak ya....... :P


:: Kumpul Point Untuk Tebus Hadiah::




Korang pernah dengar laman sosial Octove.com tak?Mungkin laman sosial ini tidaklah se popular laman sosial yang lain seperti Facebook , Twitter,MySpace,Yahoo Massenger,Skype dan lain-lain lagi.Tetapi ini adalah produk hasil dari Malaysia sebenarnya.Kalau kita boleh menyokong segala produk dari luar,apa salahnya kita tunjukkan sokongan pada produk tempatan,kan?

Dan apa yang lebih menarik lagi adalah pada bulan Januari ini,pihak Octove.com telah mengadakan satu PERADUAN yang menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan iaitu : 

  • Percutian 3 hari 2 malam di Berjaya Times Square Hotel
  • Blackberry Pearl


Selain daripada itu,pihak Octove jugak telah  terpilih untuk pencalonan bagi kategori "Social Media Champion of The Year".

Dan bagi anda yang ingin memenangi hadiah-hadiah lumayan yang di tawarkan serta mahu turut serta mengundi Octove.com,anda haruslah sign-up di SINI 

Naluri CH : Ada satu keistimewaan bila anda join Octove.com ini.Sambil-sambil anda ber online,anda juga boleh mengumpul point sebagai mata ganjaran untuk menebus pelbagai cenderamata menarik hanya di Octove.com.So,tunggu apa lagi,jom sign  up di SINI

P/S : Perkara baik untuk di kongsi,apa salahnya,kan?Jangan lupa juga untuk mengajak rakan-rakan yang lain menyertainya.Ianya tidak terhad,lagi ramai,lagi BESSTTTTT..... barulah gempak,kan??
Kita jumpa di Octove.com nanti,ya....... =)
Hanya  klik di SINI


"Jom Tambah Geng Blogger"




Okay,ada GA lagi.Tadi CH terserempak di Blog Siti Nadia tentang GA ni.Tuan blog tu kata ada beberapa syarat yang perlu di ikuti dan yang paling penting,hadiahnya agak menarik.Nak tahu?Ada kat bawah ni.....

Syarat-Syarat Penyertaan :
1. Wajib follow Belog Siti Nadia..
 2. Buat entry bertajuk "Jom Tambah Geng Blogger"..
3. Paste Banner yang tak berapa nak banner ni dalam entry itu..
4. Tinggalkan link belog and id fb dekat komen entri nie..
 
Hadiah-Hadiah Penyertaan :
Tempat 1st : Wang Tunai RM50 + Hadiah Sampingan..
Tempat 2nd : Wang Tunai RM40 + Hadiah Sampingan..
Tempat 3rd : Wang Tunai RM30 + Hadiah Sampingan..
Tempat 4th : Wang Tunai RM20 + Hadiah Sampingan..
Tempat 5th : Wang Tunai RM10 + Hadiah Sampingan..
Tempat Saguhati : Wang Tunai RM5 + 5 Hadiah Sampingan..
Apa lagi,jom kita sama-sama support GA ni.Untung-untung dapat menang hadiah,kan???? =)

SIKAP Kita Mencerminkan Siapa Kita


Pertanyaan : Setiap kali musim perayaan , pasti ada kemalangan. Jumlahnya kematian bukan kecil kan ? Berdasarkan pengalaman korang , mengapakah ini terjadi dan bagaimanakah cara untuk memperbaikinya ?

Ini yang CH dapat apabila berkunjung ke blog mr blogger Benashaari.Pada CH ini adalah masa yang tepat untuk kita sama-sama membincangkan topik ini memandangkan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) akan menjelma minggu hadapan.Bermakna,orang ramai akan mula menyesakkan seluruh jalan raya Malaysia,tidak kira samada jalan lama mahupun highway.




Jika di sebut berkaitan "kemalangan jalan raya",tidak akan pernah padam berita mengenainya.Bukannya susah untuk mendengar kes berkaitan kemalangan zaman ini,hari-hari boleh di tatap di semua akhbar harian.

Apa sebenarnya masalah rakyat Malaysia sebenarnya sehingga kita belum mampu untuk menurunkan kadar kemalangan di jalan raya?Langkah-langkah pencegahan bukannya tidak di jalankan oleh pihak yang berkuasa,malah sudah banyak rasanya.Apa lagi yang kurang?



  • Ops Sikap - Kerap kali di adakan
  • Peningkatan kualiti jalan - Sentiasa di updated
  • Kemudahan di sepanjang jalan - Sentiasa di pertingkatkan.
  • Road block - Lagi lerr selalu.
Rasanya,semua perkara di atas,sudah di jalankan.Tapi kadar kemalangan tak juga turun-turun.Semakin meningkat,adalah....!!


Walaupaun CH tiada pengalaman berkaitan kemalangan ni (alhamdulillah) , tapi bagi CH SEBAB utama kadar kemalangan sentiasa meningkat adalah kerana SIKAP manusia.


Cuba kita fikirkan,biarlah selebar mana pun jalan,selancar mana pun keadaan jalan tu,kalau kerja manusia asyik nak bawa laju mengalahkan pelumba kereta negara je,apa impak yang akan terjadi?Mungkin yang bawa kereta dengan tahap yang laju tu,seorang saja.Tapi kesannya akan terkena pada orang lain.Kesian pada pemandu yang dah cuba sedaya upaya memandu secara berhemah,tapi at last tetap terlibat dengan kemalangan juga.Itulah dia,sendiri buat pun kena,orang lain buat pun barangkali kita boleh kena tempiasnya juga.

Then,sikap kita yang lalai untuk memastikan bahawa kereta yang ingin di pandu berada dalam tahap yang selamat.Enjin perlu di servis,tayar jangan di lupa.Break tu pastikan berada dalam keadaan yang tip top.So,bila semua perkara ini telah kita lakukan,tak adalah lagi kes kereta terbabas berpunca dari break yang gagal berfungsi,ataupun kereta terlanggar penghadang jalan akibat dari tayar yang kurang angin........

Kalau CH kata ramai yang punya sikap degil,setuju tak?Mana taknya,diri sendiri dah tahu mengantuk tapi buat-buat macam segar memanjang.Di suruh berhenti rehat dulu,taknak.Takut terlewat pulak sampai ke destinasi.Ermmm,boleh tak kalau sesekali guna sikit pepatah " biar lambat,asalkan selamat"?Apa salahnya kalau kita gunakan segala perkhidmatan yang sudah di sediakan di sepanjang jalan raya yang di bina?Rasanya,semua kelengkapan cukup.Dengan stesen minyaknya,R&R lengkap dengan tempat makan,pondok rehat juga surau.Bukan itu sahaja,pihak yang berkenaan juga seringkali mengadakan acara memberikan minuman percuma di stesen-stesen terpilih terutamanya ketika musim perayaan.Sebab apa?Sebab nak hilangkan ngantuk kita semualah,juga untuk memberikan ruang bagi pemandu semua berehat.........

So,konklusi yang CH boleh katakan adalah SIKAP.Apapun tak akan berubah jika sikap kita masih di tahap yang sama.Siapa yang mampu merubah kita,kalau bukan diri sendiri.Kalau di tanya pendapat,ada je yang sokong bahawa SIKAP itu yang memainkan peranan yang utama.Tapi,pernah tak kita semak apakah sikap kita tu betul atau tidak?Apa-apapun,pandang dan perbetulkanlah diri sendiri dahulu supaya nanti tidak di kata "bagai ketam yang mengajar si anak berjalan betul".

Naluri CH : Kita seringkali menuding jari pada pihak yang lain.Semua kesalahan di letakkan pada orang lain,seolah-olah diri sendiri sentiasa betul.Kadang-kala,tanpa sedar,kita sebenarnya yang banyak melakukan kesalahan.Jangan terlalu sibukkan diri melihat kelemahan orang lain sebelum memandang terlebih dahulu keburukan yang ada pada diri sendiri.Bak kata pepatah lama : "Kuman di seberang laut nampak,tapi gajah di depan mata tak nampak) #mana yang lebih besar sebenarnya,KUMAN ke,GAJAH????

Al-Fatihah Buat Arwah Izwan Pilus





Berita ini CH dengar petang semalam,lebih kurang jam 6.50 petang  di radio Hot fm.Khabar yang menyatakan penyanyi, Izwan Pilus telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang semalam adalah di sebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan organ dalaman sukar untuk berfungsi.

Penyanyi ini yang popular dengan lagu dendangannya,Kembali Senyum menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU),Hospital Ampang.
Salam takziah CH ucapkan buat seluruh keluarga.Semoga tabah menghadapi pemergian insan tersayang.Apa yang mampu kita lakukan hanya menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah.Semoga  rohnya tenang ketika bertemu Yang Maha Pencipta,dan semoga di cucuri rahmat-Nya,amin.

Naluri CH : "Yang hidup pastinya akan mati".Itulah janji dari-Nya.Hari ini seorang lagi anak adam di panggil mengadap-Nya.Agak-agaknya,bila pula giliran kita yang masih celik,mampu menyedut dan menghembus nafas setiap detik ini?Hanya DIA yang tahu.Siapa pula yang akan di panggil sesaat yang akan datang???Sama-samalah kita bersedia menanti giliran.Bersedia atau tidak,berani atau takut,itulah hakikat kehidupan,ada pengakhirannya.

P/S : Bila mendengar khabar kematian,barulah hati terasa gerun dan terasa seakan-akan maut sudah semakin hampir pula dengan diri.Tapi,lama kelamaan,perasaan itu akan kembali hilang bilamana kita leka di hanyutkan dengan kehidupan yang penuh dengan pura-pura.Rasa takut pada kematian hanya akan hadir semula takkala ada lagi anak adam di panggil untuk menemui-Nya........ Sungguh!! Kematian tidak mengenal sesiapa.Setiap yang berlaku hanya SEBAB sahaja.Hakikatnya,memang sudah tertulis sejak azali bila tarikh kematian kita.Semoga kita semua bersedia untuk menjadi yang seterusnya.......
Dan semoga kita tidak tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang lalai,amin.




Friday, 20 January 2012

Nurfarahin-Ally Iskandar :: Selamat Di Ijabkabulkan.




Alhamdulillah,akhirnya tanggal 20 Januari Ally Iskandar telah menamatkan zaman bujangnya bersama Nurfarahin Romli dengan mas kahwin RM 250.Majlis pernikahan di jalankan di Masjid Kristal,Taman Tamadun Islam,Terengganu.

CH ucapkan semoga perkahwinan yang di bina akan kekal hingga ke syurga,InsyaAllah.Bila hidup sudah berdua,tanggungjawab juga turut bertambah.Apapun,keserasian,kesefahaman dan toleransi perlu ada dalam sesebuah hubungan itu.

Foto mereka juga kelihatannya masih malu-malu.Itulah indahnya bila memulakan cinta setelah berkahwin.Nikmatnya akan Allah hadirkan di saat kita melewati bahtera alam rumah tangga.

Naluri CH : Perkahwinan yang di bina berdasarkan akhlak dan agamanya adalah pilihan yang paling tepat.Kerana akhlak mencerminkan siapa sebenarnya kita.Rupa paras bukanlah segalanya.Di akhirnya,akan pudar juga kecantikannya.Namun kecantikan akhlak yang terpamer akan tetap kekal selagi kita masih berpegang teguh pada ajaran agama,InsyaAllah.

P/S : Jika di takdirkan anda bertemu jodoh dengan insan yang :
  • "Cantik / kacak rupanya tapi tidak pada akhlaknya"
  • "Sederhana sahaja kecantikan / kekacakkan namun peribadinya yang indah"
Mana  satu yang bakal menjadi pilihan hati? 


Jom baca di sini Sebab di katakan JODOH itu misteri

Thursday, 19 January 2012

Filem Sumpahan Kum Kum :: Keseraman Yang Di Rasai





Semalam CH berpeluang menonton tayangan perdana filem Sumpahan Kum Kum jemputan dari mr blogger , Bro Ujang . Terima kasih bebanyak ya sebab sudi memberi peluang pada CH untuk merasai pengalaman baru seperti ini. *Kalau ada lagi,roger-roger je Ain,bro.....hehehehe

Tayangan perdana yang diadakan di MBO Subang Parade bermula pada jam 8.30 sehingga 11 malam.Kerjasama yang baik di berikan oleh semua pihak.Layanan terhadap  hadirin yang hadir juga amat CH puji sekali.

Filem seram arahan Ismail Bob Hasim ini menampilkan Fezrul Khan sebagai watak utama di samping beberapa orang pelakon baru seperti Shima Anuar dan Wawa Zainal.Ternyata watak yang di mainkan oleh setiap dari mereka amat berkesan sehingga meninggalkan rasa yang mendalam terhadap hadirin yang menonton.

Serba ringkas sinopsis mengenai filem ini dimana ianya mengisahkan Mila (Shima Anuar) yang mempunyai kulit wajah yang hodoh dan sering sahaja menerima ejekan dari orang sekeliling.Lantas,dengan bantuana dari Mak Tom (Lydiawaty),dia berjaya mendapatkan wajah yang cantik yang di idamkannya.Namun,Mila harus mengikut pantang larang agar tidak melihat wajahnya di cermin selama 44 hari.Akibat dari rasa tidak sabar mahu menatap wajahnya di cermin,Mila akhirnya nekad untuk menatap wajahnyaa sebelum habis tempoh pantang yang diberi.Terus,apa yang terjadi selepas itu?Mengapa pula adik Adi (Fezrul Khan) iaitu Shima (Wawa Zainal) mati dalam keadaan yang ngeri?Dan apa sebenarnya yang menyebabkan Mak Tom tidak membenarkan cucunya iaitu Tini ( Farisya Fatin) pulang ke kampung?Semunya bakal terjawab bilamana anda menonton filem seram ini yang akan di tayangkan pada 26 Januari ini.

Ulasan CH : Filem ini memang mampu membuatkan para penonton menjerit ketakutan kesan dari lakonan yang mantap dari semua  barisan pelakon.Sememangnya filem terbitan Metrowealth (MIG) tidak pernah menghampakan peminat-peminat filem tanah air.Moga selepas ini,MIG akan terus sukses dalam menerbitkan lebih banyak lagi filem yang bermutu.

P/S : Bila ada pihak yang bertanya,berapa bintang yang dapat di beri untuk filem ini??? Kawan CH boleh jawab "bintang kejora saya kasi"................ *Hehehehehe
Jom layan thriller kat bawah ni..........





Sunday, 15 January 2012

Misteri Jodoh


JODOH.
Inilah yang sering kali berlegar dalam benak fikiran manusia yang masih menanti siapa pasangan hidupnya di dunia ini.
Jodoh itu di tangan Tuhan.Tiada sedikitpun kuasa dari tangan manusia untuk menetapkan siapa yang bakal kita kahwini kelak.

Barangkali ramai yang menyangka bahawasanya jodoh itu mampu di rancang mengikut kebahagiaan diri sendiri,namun kenyataannya adalah tidak.Jodoh itu merupakan ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.

Bila sudah punya kekasih hati yang cantik/kacak,jangan terlalu takbur.Usah kita berlagak seolah-olah kita memang tahu orang yang kita cintai selama beberapa tahun itu adalah jodoh yang terbaik buat kita.Maksudnya,apabila kita jatuh cinta dan cinta kita berbalas,usah berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah jodoh kita,kerana jodoh itu adalah salah satu dari rahsia Allah.

Zaman ini,sudah berapa banyak kes manusia yang bercinta bertahun lamanya,seakan sudah yakin mengenali antara satu sama lain tapi pengakhirannya cinta mereka putus di tengah jalan.Justeru,cinta yang di anyam selama ini atas dasar apa? 
Kerana rupa?Harta?Nafsu?
Kerana itu hati masing-masing mula berubah?

Ada yang beranggapan bahawa bercinta dahulu sebelum bernikah itu penting kerana mahu mengenali terlebih dahulu hati budi seseorang yang bakal kita habiskan sisa-sisa umur bersamanya.
Dari situ akan bermulanya istilah 'couple' - dating setiap hari,bermadah cinta setiap detik.
Dan bila sampai waktunya untuk akad nikah,sudah hilang rasa keterujaan,perasaan berdebar-debar terhadap pasangan.Kerana apa? Kerana kita sudah biasa lakukannya sebelum bernikah.Barangkali perasaan bosan juga mula menguasai diri.

Maka,tidak hairanlah kalau ada pasangan yang baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga sudah mula menampakkan diri di mahkamah syariah.Sudah lali fenomena tersebut pada masa kini.

Pernikahan yang di dirikan atas dasar nafsu dan cinta semata-mata tidak akan kekal.Perasaan cinta itu akan ada pasang surutnya.Nafsu juga akan pudar.Justeru,andai kedua-duanya sudah hilang,apa lagi yang tinggal untuk mengukuhkan institusi rumah tangga?



Bernikahlah kerana Allah Taala.Jadikan gerbang perkahwinan itu sebagai satu ibadah.Kerana dalam dunia rumah tangga itu,masing-masing punya tanggungjawab yang perlu di tunaikan.Alangkah indahnya jika di saat si suami mengimamkan solat,isteri dan anak-anak turut serta menjadi makmum di belakang serta mengaminkan segala doa yang di panjatkan.Itulah nikmat yang bakal di perolehi andai semua yang kita lakukan kerana Allah.

Naluri CH : Kita perlu bersyukur kerana Allah merahsiakan jodoh kita.Kesannya,kesucian jodoh itu akan tetap terpelihara.Misteri jodoh itu akan membuatkan kita terpesona takkala akad nikah di lafazkan.


Saturday, 14 January 2012

Penghijrahan........



Kita mampu menakluki dunia.......!!!
Kehidupan.......
Ada pasang surutnya.Manusia selalu mengibaratkan hidup itu umpama roda.Di saat kita berada di atas,jangan lupa satu saat kita bakal turun ke bawah juga akhirnya.Itulah di namakan putaran kehidupan.

Hidup ini tidak seharusnya statik semata-mata.Corak kehidupan perlu di ubah.Peningkatan dalam memajukan diri perlu di lakukan.Mungkin kita merasakan hidup kita sudah cukup sempurna serba serbi.Namun sampai bila kita harus berada di takuk lama?Anjakan perlu di lakukan...........Transformasi kehidupan perlu di jalankan........!!

Kesempurnaan dalam kehidupan mungkin berbeza pada pandangan setiap manusia.Ada yang berpendapat bahawa andai sudah punya pendapatan bulanan,makan pakai terjaga,sedikit harta asas,sudah memadai.Tapi mungkin ada ideologi lain yang berpendapat bahawa kesempurnaan hidup itu adalah bilamana  kita mampu mendapatkan apa sahaja yang di inginkan dalam dunia ini,atau lebih tepat lagi kebendaan dalam hidup.

Pendapatan bulanan yang di peroleh barangkali sudah cukup untuk menampung kehidupan,namun jika kita mampu mendapatkan lebih,apa salahnya,kan?Seharusnya kita tidak boleh begitu cepat selesa dengan apa yang telah kita punya sekarang.Jika ada yang berpegang pada moto "sekadar cukup makan" atau "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" , sampai bila mahu maju?Bila kehidupan akan berubah?

Hidup ini sebenarnya memerlukan penghijrahan.Fasa-fasa kehidupan perlu di wujudkan mengikut kesesuaian  seiring dengan peningkatan umur,zaman dan persekitaran.Dan dari situ akan lahirnya kejayaan dan kemajuan dalam diri.Sebab itu,matlamat dan sasaran dalam kehidupan adalah perlu.Itulah pentingnya azam yang di cipta,matlamat yang di reka serta cita-cita yang di angan-angankan sejak kecil.

Naluri CH : Kehidupan yang statik di takuk yang lama pasti membosankan.Strategi yang hebat perlu di cipta supaya kita mampu merancang perjalanan kehidupan yang baik.Walaupun segalanya di tentukan oleh Yang Esa,tapi tak salahkan kalau kita merancang?
Kerana jika kita gagal merancang,ertinya kita sedang menuju kepada kegagalan.
Fikir-fikirkanya............ CH 

About


Blog Perjalanan Hidup-Ku,adalah blog persendirian milik Cahaya Hidup (CH) . Mula berceloteh di dalam blog ini buat pertama kalinya pada 16 May 2011.Sebab ber blog hanya sekadar suka-suka.Sekadar wadah buat mencurahkan apa yang terpendam di hati,juga bagi berdiskusi sesuatu yang membawa manfaat.Segala maklumat yang berguna di dalam blog ini adalah untuk di kongsi bersama.

Blog ini bergenre umum.Apa yang terlintas di hati,kemusykilan yang bersarang di fikiran akan di luahkan  di dalam blog ini mengikut kesesuaian.Blog ini tidak sehebat mana,malah pemiliknya sendiri masih buta serta cetek dalam ilmu ber blogging.

Jika ada yang sudi mengajar,terima kasih CH ucapkan.Jika ada kesalahan,ataupun penulisan CH telah menyentuh sensitiviti sesiapa yang membaca,teguran anda amat CH hargai.Sesungguhnya,tegur menegur antara satu sama lain mampu membawa kepada kebaikan,InsyaAllah.

Semoga dengan segala perkongsian ini,kita semua dapat membina satu ukhwah yang padu.Walau mungkin kita semua tidak pernah bersua muka,mahupun berbicara mata bertentang mata,cukup di sini andai ikhlas,Allah akan permudahkan segalanya.

Akhir kata,ikhlas dari Cahaya Hidup,selamat ber blogging buat semua.SALAM UKHWAH.

Friday, 13 January 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia ( SARA 1Malaysia )


Kerajaan telah melancarkan satu skim SARA 1Malaysia yang mana ianya adalah untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM 3000 sebulan.Permohonan hanya akan bermula pada 30 Januari ini dan di buka selama setahun.

Melalui Skim SARA 1Malaysia ini,para pelabur akan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 134 (bagi pelabur yang menggunakan simpanan sendiri) atau RM 50 sebulan bagi pelabur yang melakukan pinjaman.Dan setiap bulan RM 84 akan di potong  sebagai bayaran balik pinjaman.

Skim ini di wujudkan adalah bagi menggalakkan lagi orang ramai menabung.Di katakan juga bahawa skim ini merupakan satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang di gabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SUMBER : SINI

P/S : Tadi time baca tentang artikel ni,telinga ni dah dengar kalau ada rombongan yang nak di buat ke Maybank nanti.CH??? Join sekali kot......... :)
Korang,join tak?

Thursday, 12 January 2012

Adakah si dia untukku........ ??




Rasanya semua orang pernah mengalaminya.Di saat mata memandang,hati mula merasa alangkah indah dan bahagia jika si dia menjadi milik kita.Saban detik,setiap saat menganyam angan-angan untuk melayari hidup  bersama si dia.Walau sekadar angan-angan,tapi ianya sudah mampu membuatkan hati berbungan bahagia bila memikirkan apa sahaja berkaitan  si dia.

Diri ini sedar kalau kelihatan mustahil untuk memiliki si dia.Siapalah diri ini yang serba kekurangan,sedangkan si dia mampu untuk mendapatkan pasangan hidup yang jauh lebih sempurna dari diri ini.

Seringkali juga rasa putus asa menerjah dalam hati.Bila melihat si dia seolah-olah bahagia bersama yang lain.Tapi,diri ini selalu jugak berjaya memujuk diri sendiri dengan menyatakan bahawa ''Jodoh itu datangnya dari Tuhan.Andai sudah tertulis si dia adalah milik kita di dunia ini,itu hakikat yang bakal terjadi'' . 

Justeru,doa dan usaha adalah cara terbaik yang diri ini lakukan.Berdoa agar Tuhan membukakan hatinya untuk menerima diri ini apa adanya.Berharap juga agar pengakhiran pada hubungan ini adalah 'happy ending'.

Untuk terlalu mengharap,diri ini takut.Takut andai satu saat di kala si dia melangkah pergi meninggalkan diri ini untuk bersama yang lain,diri ini tidak lagi mampu untuk berdiri sekuat dulu.Bohonglah kalau tiada sekelumit pun rasa sedih mahupun sakit yang menyinggah di hati ini,tetapi biarlah begini.Biar masa yang menentukan segala-galanya.

Apa yang mampu di lakukan saat ini,hanya berusaha tanpa tahu erti lelah dan jemu.Kerana dari mula mengenali si dia hingga ke saat ini,tiada istilah jemu untuk di perkatakan.

Tapi,di akhir cerita,diri ini mengharap agar Tuhan mendengar doa agar menjadikan si dia sebagai takdir terindah buat diri ini,amin.

P/S : Berkawan  dengan si dia,kena punya daya kekuatan yang tinggi dari segala sudut.Sebab ramai yang minat.Sedangkan kawan CH sendiri pun cuba potong line.Apapun,terpulang pada si 
dia.untuk memilih.

Ulang Bulan?


Tadi masa CH online,entah macam mana boleh termasuk dalam wall FB blogger terkenal Zackzukhairi .Bila tengok pada status ZZ yang lepas,nampaknya ZZ sudah di miliki hatinya.Alhamdulillah,semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Apa yang membuatkan CH tersenyum sendiri adalah bila tiba-tiba mata ni tertangkap satu status dari cinta hati ZZ agaknya .Status berkaitan sambutan anniversary @ ulang tahun.Tapi yang uniknya,dorang sambut ulang bulan.....Mean,every month akan ada wish.

Part tu yang buat CH tersenyum sendiri.Nak tahu sebab apa?Sebab CH pun pernah buat benda yang sama......Every month akan wish ulang bulan.bila ingat je sebenarnyaGilerrr ar.....


Time tu CH fikir nak buat macam tu sebab at least di masa depan ada juga kenangan yang tinggal kalau si dia dah tak sudi nak wujud dalam hari-hari mendatang.But , so far dia masih ada.Even just kawan saja,tapi sudah cukup buat hati rasa happy.Tapi wish ajelah,takde nak celebrate nye........

Sekarang,dah jarang pulak nak wish ulang bulan ni.Sebab selalu terlupa..........Hehehehehe
Tapi takpe,next month sure ingat,sebab 27 Februari 2012 adalah ulang tahun pertama perkenalan.  ;)
Harap-harap sangat sempat ler sampai ke tarikh tu...........InsyaAllah. CH harap CH tak lupa bila tarikh tu tiba nanti.

Buat kamu,tiada harapan yang saya sandarkan pada hubungan ini.Cukup mengenali sebagai seorang teman.Detik mengenali kamu,adalah satu moment yang cukup indah untuk di kenang,dan pastinya sukar untuk diluputkan dari ingatan....... Semoga perkenalan ini akan kekal hingga ke hujung nafas yang terakhir.Tidak kira dalam jenis apa jua bentuk hubungan yang bakal berlaku,saya tak mahu perkenalan ini terkubur begitu sahaja.Moga kita akan tetap kekal dengan imej teman berteman.......

P/S : Sebenarnya entry ni dah 2-3 hari dok jadi draf aje.Nak sambung asyik tak sempat.But luckly today got a chance to updated.
#CH tak mengharap 'dia' baca.so,entry ni open......tak mention sesiapa.So,tak akan ada kontroversi atau persoalan.CH just nak cakap,taklah nampak pelik sangat bila sambut 'ulang bulan' tu kan......... ???
Korang pernah buat macam ni tak? Atau cara lain yang korang rasa sweet je untuk di kenang bersama...??


Tuesday, 3 January 2012

Permulaan Untuk Tahun Baru.....

Assalammualaikum.

Selamat Tahun Baru buat semua kawan-kawan-jauh atau dekat,kenal ataupun tidak,kita masih kawan di sini.Walaupun terlewat untuk hasilkan entry ini,tapi CH tetap nak create jugak.


Permulaan tahun baru CH mulakan bersama rakan -rakan blogger yang baru di kenali.Thanks pada Blogger 
Perak (BP) yang sudi invited untuk gathering kali ni.Even CH tak kenal sesiapa (cuma sorang dua je kot yg CH jumpa untuk kali ke-2 ) ,CH join jugak.Untuk dapatkan pengalaman baru serta mengenali lebih dekat lagi kisah warga BP ni.

Walaupun last minit ada pertukaran tempat dan aktiviti,tapi gathering tetap di teruskan.Thanks a lot pada Cik Reena Tan sebab selalu update segala aktiviti yang di adakan.Tak pernah lupa untuk ajak CH bersama join sekali.



Mengenali kamu semua,pengalaman baru yang bermakna buat diri ini.Kemesraan yang terjalin antara ahli kelihatan manis pada pandangan mata.

CH sendiri,bagaimana? Inilah CH @ Nurul Ain.Seorang yang perlukan masa untuk bermesra dengan orang baru di kenali.Bukan berlagak atau menyombong diri,cuma perlu masa untuk 'masuk'  dengan cara korang semua.

Mungkin masa gathering  dua hari lepas,bukanlah satu tempoh masa yang cukup untuk mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain, jadi kita teruskan ukhwah persahabatan di sini.Apa yang ada,kita gunakan.Facebook Twitter Octove , Skype mahupun YM dan pelbagai saluran lain.

Pada yang sudah sedia maklum mengenali diri ini,teruskan berhubung.Pada yang baru menjadi rakan dan yang sudi ADD ''Nurul Ain'' , thanks CH ucapkan.Moga dengan terjalinnya tali persahabatan ini,kita akan lebih merasa dekat walaupun jauh terpisah dari pandangan mata,InsyaAllah.Rajin-rajinlah bertegur sapa sesama kita,barulah terasa kemesraannya,kan?

Walaupun CH jarang masuk ke group BP untuk membalas komen mahupun sekadar berborak sesama teman ahli, itu tak bermakna CH  sombong.Setiap hari CH akan jengah group BP.  Cuma mungkin tidak aktif untuk berbalas  komen di situ. (^ ^ )

Btw, gathering pembuka untuk tahun 2012 merupakan pengalaman pertama CH . Nak mention as a blogger,segan gilerrr.Sebab blog pun takde lah best mana pun.Ber blog pun sekadar suka-suka.
Dan untuk group Blogger Perak,teruskan usaha korang semua untuk lebih aktif di masa hadapan dengan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.InsyaAllah,panjang umur,jika masih di izinkan untuk bertemu,pasti kita semua akan bersua muka lagi.

P/S : Jangan serik untuk jemput CH @ Nurul Ain untuk next aktiviti,ya.......... ;) PEACE 

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik