Friday, 21 October 2011

Apa Yang Ada Sebelum ALLAH..... ?

Suatu pagi,Imam Abu Hanifah (ketika itu masih lagi kanak-kanak) mendapati tuan gurunya berada dalam keadaan yang sugul dan berdukacita.Lalu,beliau pun bertanyakan khabar sebab mengapa tuan gurunya itu bersedih sebegitu rupa.

Lalu tuan guru itupun menjawab : "Aku telah bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas terhias indah.Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah.Kemudian,muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buahan serta dedaunan pohon tersebut sehingga habis.Yang tinggal hanyalah batang pohon sahaja.Kemudian,muncul pula seekor harimau dari umbi pokok tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah yang setia mendengar lantas menjawab : " ALLAH telah mengajarkan saya ilmu tafsir mimpi.Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita.Jika tuan guru izikan,boleh saya membantu mentafsir mimpi tersebut.

Jawab tuan gurunya lagi : " tafsirkanlah mimipi itu......

Imam Abu Hanifah menyambung lagi : " Dusun luas yang terhidang itu adalah Agama Islam.Pohon kayu yang berbuah itu ialah Para Ulama.Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri.Babi yang muncul itu pula ialah si ateis itu,manakala harimau yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri.

Lalu Tuan Guru itu bertanya lagi : " Bagaimana pula kalau orang bertanya siapa kamu? "

Imam Abu Hanifah menjawab : " Katakan saja saya adalah budak pembawa kasut tuan.Berangkatlah tuan dulu,saya akan turut menemani tuan guru.Dengan berkat hikmat tuan guru,dan dengan berkat hadrat tuan guru,saya akan patahkan segala hujahnya."

Tuan guru gembira mendengar jawapan Imam Abu Hanifah itu.Lalu mereka pun bertolak bersama-sama ke Masjid Jami'.Apabila mereka sampai,sudah ramai  orang berkumpul.

Si aties itu datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya : "Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?
Lantas Imam Abu Hanifah menjawab:"Nyatakan saja soalan kamu.Orang yang tahu akan menjawabnya nanti."

Antara tiga soalan yang di debatkan adalah :
  1. Apa yang ada sebelum ALLAH ?
  2. Kemanakah ALLAH sedang mengadap sekarang?
  3. Apakah yang sedang ALLAH lakukan sekarang?
Apa yang di jawab oleh Imam Abu Hanifah? Ini jawapan yang di berikan terhadap soalan yang di kemukakan tadi.

Apa yang ada sebelum ALLAH?
Jawapan Imam Abu Hanifah : " Tiada sesuatu sebelum ALLAH.Buktinya ada pada anggota badanmu.Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu.Begitu jugalah dengan ALLAH s.w.t,tiada sesuatu yang sebelum-Nya dan tiada sesuatu juga selepas-Nya.

Ke arah manakah ALLAH sekarang menghadapkan wajahnya?
Jawapan Imam Abu Hanifah:"Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam malam gelap,ke arah manakah sinar lampu itu menghadap? Imam Abu Hanifah menyoal si aties.
Lantas si aties itu menjawab:"Sinarnya menghadap ke arah seluruh penjuru..... "

Lantas Imam Abu Hanifah menyambung kembali hujahnya:"Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu,bagaimana dengan ALLAH Taala,Pencipta langit dan bumi sebab DIAlah NUR cahaya langit dan bumi!

Apakah yang di laukan oleh ALLAH sekarang?
Lalu Imam Abu Hanifah menjawab soalan terkahir yang di berikan:"Cara engkau itu tidak betul.Sepatutnya orang yang menjawab mensti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah.Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah.Ujar Imam Abu Hanifah lagi.Lalu si aties itupun bersetuju seraya turun dari mimbar dan Imam Abu Hanifah pula yang naik berdiri di atas mimbar.

Lalu Imam Abu Hanifah menyambung hujahnya:"Inilah yang ALLAH Taala sedang lakukan sekarang.DIA menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.

sumber : Mastika isu 845

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik