Friday, 21 October 2011

Tujuh Perkara Tak Boleh Di Ubah Dalam Hidup

  • Jenis Kelamin Dan Jantina
Walaupun pembedahan boleh di lakukan untuk mengubah jantina seseorang,namun ianya tidak mampu untuk mengubah roh (spirit) seseorang itu.Justeru sebagai manusia,terimalah diri apa adanya yang sudah di siptakan oleh-Nya,tidak kira sama ada lelaki atau wanita.

  • Orang Tua
Siapapun orang tua (ibu bapa) kita,sikap hormat tetap perlu ada pada mereka.Walaupun ibu bapa kita seorang pemabuk,kaki judi,pelacur,sikap hormat seorang anak tetap perlu ada buat kedua ibu bapanya.Jika tidak,situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak.Nasihat dan teguran tidak boleh berhenti.

  • Hari Kelahiran
Hal yang satu ini sudah di tetapkan oleh ALLAH,sebelum dunia di jadikan lagi kita memang tidak boleh memilih hari/tarikh untuk kita di lahirkan.Semuanya atas ketentuannya.Dan jangan pula kita sebagai hamba-Nya menyesali atas apa yang sudah di takdirkan ke atas diri kita.

  • Bentuk Fizikal
ALLAH menciptakan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian.Jika anda mempunyai rambut kerinting,hidung yang kurang menarik,kulit sawo matang atau pun kening yang tidak menarik,terima sahajalah.Biarpun kita cuba untuk mengubah kejadian ALLAH itu,percayalah,kita akan tetap kelihatan aneh dan tidak semulajadi rupa tersebut.

  • Masa Lalu
Ini juga sudah di tentukan oleh ALLAH.Jangan pernah menyesali masa lalu yang sudah pernah kita jalani.Setiap orang punya cerita/kisah masa silam masing-masing.Sama ada pengalaman hidup yang sedih,gembira,sengsara,itu semuanya ada hikmah.Semuanya boleh di jadikan sebagai pengalaman/panduan hidup di masa hadapan.

  • Kedudukan Dalam Keluarga
Jangan pernah mempersoalkan mengapa kita tidak di lahirkan sebagai anak bongsu dalam keluarga.Dan jangan rasa terbeban andai kita di lahirkan sebagai anak sulung yang biasanya sudah terbiasa di bebani tugasan sebagai ketua pada adik-beradik yang lain.

  • Suku Bangsa
Tidak perlu menyesali diri jika memang sudah di lahirkan sebagai orang melayu-Islam.Setiap yang terjadi atas diri kita,ada sebab musabab yang  mana Maha Pencipta lebih mengetahui.

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik