Sunday, 30 October 2011

Seputih Kapas,Sebersih Kain Putih





Itulah yang selalu di ibaratkan untuk anak-anak,kan?Di ibaratkan sebagai kain putih,dan pewarnanya ialah ibu bapa.Bagaimana corak pendidikan yang di berikan,cara layanan yang di berikan terhadap anak-anak,serta sikap yang di amalkan sepanjang kita membesarkan mereka menjadi titik tolak kualiti hasil pada anak-anak kita.

Dunia masa kini,corak didikan semakin berubah.Sesuai dengan arus kehidupan alaf baru masa kini.Cara pemikiran ibu bapa yang semakin terbuka serta lebih suka membiarkan anak-anak yang membuat keputusan.Tambahan pula,zaman milenium ini sudah kurang para ibu yang mahu menjadi suri rumah sepenuh masa-Tumpuan banyak di curahkan pada keluarga.Masing-masing,sama ada ibu atau bapa sibuk dengan urusan kerja mereka.Pergi bersama kegelapan pagi,pulang pula bersambut bulan dan bintang.Anak-anak,bagaimana?

Bilamana kurangnya pemerhatian ibu bapa terhadap anak,mereka akan mudah menjadi liar.Teman-teman sekeliling adalah pengaruh utama dalam mencorak kehidupan terkini anak,bukan lagi ibu bapa.Ibu bapa pula hanya berperanan memberi kemewahan dan kehidupan anak-anak.Di curahkan sebanyak mungkin wang pada anak-anak sebagai penebus masa yang sudah semakin suntuk untuk di habiskan dengan anak-anak.


Bila  diminta,orang tua menghulur tanpa banyak soal.Sampai satu tahap,anak-anak sudah tidak tahu nilai sebenarnya wang itu,bagaimana susahnya mencari rezeki itu.Juga lama-kelamaan sikap mereka  akan menjadi keterlaluan.Tiap kali di minta,ibu bapa pasti menghulur.Tapi bila satu ketika mereka sudah tidak mampu untuk memberi lagi,bagaimana dengan anak  itu? Memberontak?Berlaku kasar pada orang?

Saat itu,siapa yang harus di persalahkan?Jari mahu di tuding ke arah mana?Kata pepatah lama "melentur buluh biarlah dari rebungnya'' sesuai sekali di gunakan dalam membesarkan anak-anak.Waktu mereka masih kecil lah masa yang sesuai sekali untuk mendidik mereka tentang kehidupan,kerana ketika itu mereka masih belum tercemar dengan dunia luar.Dunia mereka ketika itu hanya ibu bapa.Ibu bapa sebagai pelindung,juga guru untuk mengajar erti kehidupan yang sebenarnya pada anak-anak.

Tapi kalau di lihat hari ini,semakin ramai anak-anak terbiar di jalanan,bersidai di tempat umum terutama sekali pelajar sekolah.Bukan itu saja,anak-anak kecil juga sudah pandai memerintah ibu bapa mereka sendiri.Kerana apa? Mungkin kerana cara didikan yang salah,pengaruh media massa,juga persekitaran sekeliling barangkali.Fikir-fikirkanlah.


Hakikatnya,semua orang mahukan kehidupan yang sempurna dan bahagia.Bukan setakat di dunia,tapi biarlah berlarutan hingga alam akhirat.Didikan ilmu agama harus di pupuk dalam diri anak-anak semenjak mereka masih kecil lagi.Kerana hanya dengan agama sahaja dapat menyelamatkan kehidupan  dari kehidupan yang gelap.
Wallahhuallam.

Klik SINI untuk dapatkan talian internet yang superb...!!!  juga SINI untuk peminat kereta Volkswagen

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik