Saturday, 22 October 2011

Bagaimana Cara Menghadapi Sesuatu Tekanan?






Tekanan?Stress?
Semua manusia pernah merasai/melalui dan menghadapinya,bukan? Itulah yang di katakan lumrah hidup.Lately,memang sepasang telinga CH asyik terima banyak sangat aduan/luahan dari teman-teman terdekat CH.*agak-agaknya lepas ni dah boleh tukar profesion jadi pakar kaunseling pulak lepas ni.....Heheheee..... #Terutama sekali di tempat kerja.Biasalah,bak kata pepatah melayu,sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan pulak hubungan antara rakan sekerja atau bahasa mudahnya hubungan antara seorang manusia dengan manusia yang lain.Mesti akan ada sengketa yang terjadi,juga pasang surutnya sesuatu hubungan.

Diri kita,tiada sesiapa yang dapat memahami dengan cara terbaik sekali melainkan diri kita sendiri.Kita tahu diri kita,kemampuan yang ada pada diri dan hanya diri sendiri yang faham diri sendiri,bukan orang lain.*Boleh faham ke ayat ni???
Kata mudahnya,hanya diri sendiri tahu apa kehendak/keinginan yang di mahukan.



So,bila sedang menghadapi sesuatu tekanan,tidak kira sama ada tekanan yang melibatkan tugasan kerja,hubungan persahabatan,sengketa dengan teman sekerja, apa cara atau langkah terbaik yang harus kita ambil? Ingat ya,bahaya jika di biarkan terus diri kita di belenggu tekanan.Takut-takut boleh jadi gila nanti.

Di sini CH cuba untuk memberi sedikit tips bagaimana cara untuk hilangkan ataupun at least dapat kurangkan sedikit tekanan yang di hadapi.Maklumlah,CH bukannya pakar kaunseling ataupun motivator yang layak mengkaunselor orang.Ini cuma pandangan CH saja.Maybe korang boleh try,and hope ada impak terhadap diri korang.*ini juga cara yang CH gunakan bila tekanan menyerang diri


Rileks,jangan terburu-buru mengambil tindakan.

Boleh ke rileks bila  tekanan depan mata? *Entah,tanya pada diri korang masing-masing.Macam ni,bila korang sedang menghadapi tekanan,biarkan otak korang berputar ligat merangka sesuatu yang boleh di anggap genius.Jangan sesekali bertindak melulu mengikut emosi.Jangan bertelagah berlawan kata sesama sendiri.Sebab bila bertekak time dalam suasana tertekan,lebih banyak kata-kata  yang keluar dari mulut hanya ikut emosi,bukan lagi berlandaskan akal fikiran.Suasana dah macam masing-masing nak menang.Boleh settle ke masalah macam tu?Of course taklah,kan? Jangan nanti "Kerana pulut santan binasa,kerana mulut,badan binasa" ataupun " Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata,badan yang binasa" .

So,cara terbaik,biarkan lawan kita hamburkan apa yang dia nak luah sampai dia puas.And then bila dia dah abis kata,dah penat pot pet pot pet,barulah kita mulakan hujah kita yang bernas.Jangan guna nada suara yang terlalu tinggi,cukup sekadar menunjukkan ketegasan dan keyakinan diri.Cuba beri fakta-fakta yang positif yang mampu membuat orang berfikir berulang kali.Ingat,jangan menunjukkan kebodohan kita,tetapi bertindaklah secara bijaksana.Berdiam diri itu pengecut?? Tidak juga.Cuma mungkin belum sampai masa untuk bersuara.Jangan sesekali fikir orang yang banyak berdiam diri itu seorang yang bodoh ,suka di tindas ataupun lemah.Tetapi dia lebih menggunakan akal yang di berikan oleh Tuhan untuk berfikir apa rasionalnya sesuatu itu.

Bersikap bersahaja,jangan terlalu sensitif

That's right. Bila berhadapan dengan tekanan terutama sekali dengan rakan sekerja,jangan sesekali tunjukkan diri yang sedang tertekan dengan masalah yang di beri olehnya.Kerana ini hanya akan membuat lawan kita itu rasa tersangatlah suka/gembira kerana telah berjaya membuat korang rasa tertekan sehingga menjejaskan emosi sendiri.....*biasanya menangis ajelah,kan?
Jadi,berlagaklah seperti biasa seolah-olah korang sikit pun tak rasa apa-apa dengan tindakannya itu.Walaupun dalam hati,hanya diri sendiri dan Tuhan saja yang tahu......Huhuhuhu

Fikir secara positif

Walau apa jua jenis tekanan yang sedang di hadapi saat ini,setkan di minda untuk sentiasa berfikiran positif.Kadang-kala tekanan yang hadir ini mampu menjadikan diri lebih kebal/kuat serta dapat menjadikan ia sebagai satu pengalaman.Supaya di masa akan datang,kita sudah tahu apa langkah terbaik yang dapat di ambil apabila berlaku sesuatu tekanan seperti yang sudah di hadapi.Satu je nak ingatkan,hidup jangan selalu nak salahkan orang lain.Sentiasalah tuding jari pada diri sendiri dulu.Maybe ada sebab kenapa kita yang di pilih untuk menghadapi semua tekanan tersebut.So,duduk diam-diam buat sejenak,cool down, dan fikir balik apa yang sudah pernah anda buat.Mungkin ada sikap/tingkah laku yang kurang senang di mata orang lain, who knows.....???

Luahkan pada seseorang yang anda percayai.

Memendam perasaan tidak akan menyelesaikan masalah.Semakin berserabut,barangkali ada.So,kalau dah rasa tertekan sangat-sangat,carilah seseorang yang korang rasa boleh di percayai (yang bukan jenis bawak mulut menjaja cerita pada orang lain).At least dengan cara seperti ini,sekurang-kurangnya beban yang di rasai dapat di kurangkan,takpun barangkali ada  nasihat yang dapat kita peroleh.

Ambil masa untuk bersendiri

Bila rasa tertekan,minda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul.Yang ada dalam fikiran,hanyalah menginginkan suatu tempat yang damai/tenang untuk mensurutkan rasa yang semakin bergelora akibat menahan tekanan.Ambil masa sebanyak mungkin untuk kembali meredakan perasaan,stabilkan kembali emosi diri,kemudian barulah berdepan semula dengan pemberi tekanan tersebut.Saat itu,kita akan menjadi lebih kuat dari sebelumnya.

Menangis

Ya,menangis.Lepaskan semua rasa yang terbuku dan bersarang dalam hati.Menangislah sepuas-puasnya sehingga korang rasa kembali ok,sampai kehabisan air mata.Dengan menangis sebenarnya menunjukkan kekuatan seseorang itu,bukan kelemahannya.Kerana setelah selesai menangis,pasti akan hadir satu perasaan/lahirnya kekuatan baru dalam diri.So,lepas ni jangan malu-malu untuk menangis di hadapan teman kamu.Kalau perlu,pinjamkan bahu korang sebagai tempat dia berpaut.Jangan tahan rasa untuk menangis itu.




Bicara CH :  Ingat,kita cuma manusia biasa.MANUSIA BIASA. Of course semua lumrah kehidupan akan kita lalui.Sedih,gembira,derita,bahagia,murung,pergaduhan-semua itu hanya rencah yang  memberi lebih banyak warna pada perjalanan hidup kita di muka bumi ini.Cuba jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.Mungkin kita tak dapat nak puaskan hati semua orang,tapi setidak-tidaknya kita mencuba untuk menjadi yang terbaik buat semua.So,CH harap lepas ni kita semua dapat melalui hidup dalam keadaan yang lebih tenang dan penuh makna,InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik