Thursday, 27 October 2011

Sikap Profesional Harus Ada Pada Diri


Dalam hidup ni,macam-macam kita nak buat.Pelbagai perkara kita nak capai.Setiap hari,rutin hidup terlalu ketat hingga untuk mencari ruang untuk bersenang-senang juga agak terhad.

Ada yang belajar sambil bekerja secara part-time,ada yang sebaliknya.Walau apapun peranan yang kita pegang sekarang,sikap profesional itu harus ada mengikut profesyen apa yang sedang kita pegang.
Contohnya :

Jika anda seorang Pengurus Syarikat dan punya ahli keluarga/sahabat/isteri/teman wanita di bawah satu bumbung,anda harus bijak memainkan peranan anda.Harus tahu beza antara seorang ketua di pejabat dan seorang ketua di rumah.Kedua-dua punya perspektif yang berbeza.


Ketidakadaan sikap profesional ini akan menyebabkan kita akan di pandang sebagai seseorang yang tidak matang dalam menjalankan tugas.Jangan sesekali campur adukkan hal berkaitan kerja dengan hal-hal di rumah.Bercelaru hidup nanti.

Kebijaksanaan dalam menguruskan emosi / sikap amat penting.Jangan bawa sikap keanak-anakan seperti anda di rumah datang melarat ke pejabat.Mainkan peranan sebagai seorang ketua yang sebenarnya-Berdedikasi dan komited terhadap kerja.
Barulah kita akan di hormati kerana sikap profesional kita,bukan keranan takut akan kita .

p/s : Untuk pengguna Maxis/Hotlink Mobile -Klik

1 comment:

  1. the way of human think is very different..but what make it became one fitriah is..Islam..

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik