Saturday, 22 October 2011

Jangan Pernah tAKUT Untuk Merasai Kegagalan





Sekali gagal,tak bermakna selamanya kita akan tetap akan gagal.Itu semua pengalaman yang dapat menjadikan kita tahu apa ertinya susah,apa ertinya senang.

Resepi  USAHA + USAHA + USAHA + TAWAKAL + BERDOA = KEJAYAAN

Yang penting,lipatgandakan usaha.Pasti kejayaan dapat di genggam.
Tapi tak mustahil juga sekali gagal,akan tetap gagal buat selama-lamanya.
Sebab apa??? Sebab perangai tak pernah nak berubah.Usaha memang tak ada.Tapi still mengharapkan kejayaan.Boleh dapat ke macam tu?? *renung-renung sendirilah pada diri

Setiap hari,kita kena motivasikan diri sendiri.Cari sesuatu sebagai pengisian supaya kita akan tetap bersemangat untuk teruskan cita-cita yang dah lama kita impikan.Sebagai manusia biasa yang normal,of course kita akan ada rasa putus asa,penat untuk teruskan langkah perjuangan,tapi tolonglah jangan hanya melangkah separuh jalan.Jangan mudah berputus asa.



Sebab semua kejayaan tu untuk siapa??? Diri sendiri jugak,kan?
Fikirkan masa depan,dalam jangka masa yang panjang.
Fikirkan,siapa aku 20 tahun akan datang?Di mana aku saat itu?
Dan apa yang aku dah punya???

So,perbaharui semangat anda setiap hari.Pastikan anda semua sentiasa punya semangat baru untuk menempuh lembaran baru di hari-hari yang akan datang. Semoga kita dapat menjadi seorang JUARA.






Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik