Sunday, 7 August 2011

Kerana Gila Judi



Baru habis layan cerekarama kat TV 3 nun . Entah apa tajuk nya , lupa lah pulak . Tapi memang betul2 tragis kisah keluarga dorang tu . Semua nya   berpunca gara - gara seorang ayah yang gila judi.
Sampai sanggup si ayah kata " kalau kerana judi , bunuh anak pun sanggup " ....... Tengoklah impak judi ke atas kehidupan seseorang yang terlalu ketagih berjudi .

Dan kerana judi jugalah si ayah tergamak menjual anak gadisnya kerana ingin melangsaikan hutang judi  sehingga melahirkan anak luar nikah .

Dan ending drama tersebut juga menghayat hati bila mana anak yang pernah di jual oleh bapanya mati di tangan  bapa yang tidak bertanggungjawab itu . Manakala anak luar nikah yang di bela oleh neneknya juga menemui ajal di samping ibunya . Ayahnya yang durjana itu.... ? Turut mati dalam kebakaran setelah selesai bermain judi . Allahhuakbar , betapa hinanya keadaan di saat kematiannya . Kesian sungguh bila mengenangkan hanya tinggal si ibu yang sakit seorang diri meratap pemergian cucu dan anak yang di bencinya kerana tidak tahu perkara yang sebenarnya . Benar - benar menginsafkan  kisah tersebut di samping terdapat pengajaran yang boleh kita kutip dari kisah yang di paparkan .

Lihat lah , hanya kerana judi , hilang sifat kewarasan  manusia . Sia - sia Allah itu mengurniakan akal yang mana ianya membezakan antara kita dengan kejadian Allah yang lain . Sebab judi juga , hilang sifat malu atau takut pada Sang Pencipta .

Sanggup merampas wang simpanan  anak yang tidak seberapa untuk berjudi sedangkan si anak mahu membawa ibunya melakukan rawatan doktor . Mana perginya rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua rumah tangga ? Dan juga kenapa hal ini boleh terjadi ?

Apapun , kita harus berbalik kepada agama . Jika pegangan agama kita kuat , Insyaallah kita mampu meredah segala cubaan hidup yang di berikan . Sentiasa mantap kan iman di hati agar tidak mudah goyah dengan segala godaan di muka bumi ini .



Mereka bertanya kepadamu tentang khamar(arak) dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya- (Al-Baqarah 2:219)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya- (al-Maidah 5:90).

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik