Wednesday, 10 August 2011

Mengesan Jejak di FB

Salam Ukhwah buat semua kawan-kawan yang barangkali sudah hampir 7 tahun tidak bersama.Masing-masing punya cita-cita dan halatuju yang tersendiri.Syabas buat semua kawan-kawan kerana kini kita sudah dewasa.Semakin maju dalam hidup,bersemangat mengorak langkah ke arah kejayaan yang di idam-idamkan.

Apa pekerjaan kita sekarang?Sudah berubahkah status kita kini?Kalau dahulu,wajah keanak-anakkan jelas terpamer pada setiap dari kita.Zaman sekolah yang hanya sekali di tempuh.Ada suka untuk di kenang.Tak kurang pengalaman yang tidak begitu ingin kita pahatkan di benak fikiran,barangkali dapat menjadi sempadan panduan hidup di masa hadapan.

Pada yang sudah berjaya mencapai cita-cita yang di impikan,setinggi ucapan tahniah di ucapkan.Dan pada yang masih mencari-cari hala tuju kehidupan,atau masih lagi berusaha mendaki tangga kejayaan,teruskan usaha anda.Insyaallah,dengan usaha yang tidak pernah kenal erti penat lelah,pasti kejayaan yang di impikan menanti di penghujungnya.

Hidup jangan terlalu membandingkan antara satu sama lain.Sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki serta bahagian masing-masing.Andai sudah di takdirkan bahawa sesuatu itu milik kita,cepat atau lambat pasti kita tetap akan memilikinya.

Juga jangan pernah ada rasa rendah diri tak kala memandang diri yang masih dalam serba kekurangan berbanding kawan-kawan yang lain.Percayalah,DIA telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita.

Pada kawan-kawan yang sudah mendapat gelaran suami/isteri/ayah/ibu-tahniah juga di ucapkan.Moga anda semua mampu untuk menjadi pemimpin keluarga yang terbaik.Berusaha membina kerukunan dalam rumah tangga serta menjadikan keluarga anda keluarga yang sakinah-keluarga yang di redhai oleh-Nya.Untuk empunya diri yang menulis,hati belum terdetik untuk meninggalkan title 'bujang' . Diri belum bersedia untuk memikul punya komitmen lain.Sampai masanya,Insyaallah,akan di jemput semua ........

Jutaan terima kasih juga pada admin yang menubuhkan kelab "SMKGS 2004 " . Barangkali dulu,ketika di zaman sekolah,ada di antara kita yang tidak rapat,jangan segan untuk turut serta dalam kelab ini.Moga dengan cara ini kita dapat mengukuhkan kembali ukhwah sesama kita.Mudah-mudahan juga silaturahim antara kita tidak akan pernah terputus walau terpisah berjuta batu jauhnya. Peganglah pada kata "Biar jauh di mata,namun akan tetap dekat di hati "





Semoga kita akan tetap terus berhubung walau tidak bersua,namun kita semua masih tetap merasa dekat dengan cara ini .......
Ikhlas dari CH @ Nurul Ain -ex SMKGS 2004


P /S : Ada cadangan mahu buat reunion untuk hari raya?



No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik