Tuesday, 9 August 2011

Pengemis Itu Adalah ....... Ayahnya


Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

" Syurga di bawah telapak kaki ibu " . Itu yang selalu kita dengari . Bagaimana pula dengan seorang bapa ? Jika di teliti pada Hadis di atas , ternyata bapa adalah orang yang paling layak untuk di buat baik selepas seorang ibu . Kerana tanpa kewujudan salah satu ini , mana mungkin kita mampu di lahir kan ke dunia ini , bukan ?

Malam ini saya mahu kongsikan satu kisah berkaitan seorang anak yang telah menyebabkan hati seorang ayah begitu terasa . Sehinggakan di saat kematian anak nya juga si bapa amat sukar untuk meredhakan segala perbuatan si anak kepada diri nya  . Moga dengan kisah ini , semua yang membaca dapat mengutip iktibar dari nya buat panduan hidup kita di masa hadapan , Insyaallah .

Kisah ini  bermula bila mana seorang hamba Allah yang hidupnya sudah berjaya dalam perniagaan yang di usahakan bersama - sama isteri tersayang . Sifatnya amat baik untuk di contohi : Baik , selalu membantu rakan - rakan di dalam kesusahan . Pendek kata , dia adalah seseorang yang amat di senangi semua orang .

Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan kepada seorang rakan hamba Allah ini . Rakannya yang sering bertandang ke kedai makan hamba Allah ini sering kali melihat kelibat seorang pengemis yang setia berkunjung ke kedai makan hamba Allah itu . Tujuannya adalah untuk menagih simpati pemilik kedai makan tersebut ( hamba Allah )  . Rakannya ini sering kali melihat kalau hamba Allah itu sering kali memberi makan pengemis tersebut di   bahagiaan belakang kedai .  Kelakuan ini jika di lihat amatlah baik kerana membantu pengemis tersebut mendapatkan rezekinya . Akan tetapi , rakannya yang terlihat dengan tidak sengaja sedikit terkejut tak kala melihat cara hamba Allah itu melayan si pengemis tersebut .

Tidak ubah seperti melayan seekor kucing atau anjing ketika menyuakan makanan di hadapan pengemis tersebut . Di sua nya pinggan nasi itu buat si pengemis menggunakan kaki dan terdengar juga herdikan yang amat tajam bunyinya . Hiba sekali saat saya sendiri membacanya . Pada saya , biarpun dia seorang pengemis , namun dia masih hamba Allah yang punya harga diri . Siapa kita mahu memandang hina kepadanya sedangkan taraf kita di mata Allah adalah sama iaitu seorang HAMBA ?

Okey , berbalik kepada kisah tadi . Nak di jadikan cerita , rakan hamba Allah ini tadi bertandang ke kedai makan tersebut setelah hampir 2 minggu tidak memunculkan diri kerana perlu bertugas di luar kawasan . Rupa - rupanya kedatangan kali ini membawanya kepada perkhabaran bahawa hamba Allah ( pemilik kedai makan ) itu terlantar sakit di rumah . Rakannya lantas berniat untuk berziarah .

Lantas , sebaik melihat keadaan hamba Allah itu , keadaannya sudah nazak . Namun yang anehnya , mulut hamba Allah itu tidak henti - henti menyebut " maafkan saya , ayah " . Isterinya pula menyatakan bahawa kedua ibu bapa suaminya sudah tiada apabila di tanya oleh seorang ustaz . Namun , tiba - tiba sahaja hamba Allah itu mendapat kekuatan untuk bersuara " Tolong carikan pengemis yang selalu datang ke kedai makan saya ...... Kerana dia adalah ayah saya "

Terpana rakannya dan hadirin lain yang mendengar . Di pendekkan cerita , pengemis itu akhirnya berjaya di temui dan di bawa berjumpa hamba Allah yang semakin menghampiri saat - saat sakaratulmaut . Si pengemis melafazkan dia memafkan segala perbuatan zalim anaknya itu terhadap dirinya selama ini setelah di minta oleh ustaz bagi memudahkan si hamba Allah itu pergi menghadap Ilahi .

Namun , sebaik hamba Allah itu meninggal dunia , keanehan mula melanda . Jenazahnya sukar untuk di keluarkan dari rumah . Ianya seakan pintu rumah itu mengecil takkala cubaan mengeluarkan jenazah untuk di bawa ke kubur . Akhirnya , semua bersepakat mahu menanggalkan bumbung rumah dan jenazah di angkat menggunakan kren . Alhamdulillah , akhirnya jenzah berjaya di keluarkan dari rumahnya .

Adakah anda tertanya - tanya mengapa mayat hamba Allah itu sukar untuk di keluarkan ? Jawapannya : Si ayah tadi hanya meredhai perbuatan anak nya itu sekadar di bibir sahaja , sedangkan di dalam hati , belum mampu si pengemis itu melupakan segala perbuatan anak nya yang sanggup menyuruh dirinya menjadi seorang pengemis untuk menyara hidup . Si pengemis berkata lagi bahawa anaknya itu lebih sayangkan duit ( harta ) dari dirinya sendiri .

Nah , lihatlah ! Pembalasan dari DIA itu serta merta di tunaikan di dunia lagi . Tidak perlu untuk menunggu hingga kita di akhirat kelak . Sesungguhnya , janganlah sesekali kita menzalimi kedua orang tua kita bagaimana sekalipun keadaannya . Ingat !! , tanpa mereka ( ibu bapa ) siapalah kita di muka bumi ini .......

Semoga dengan kisah yang serba ringkas ini dapat kita berfikir sejenak apa betul layanan yang sudah kita berikan kepada ibu bapa kita ? Semak kembali apa pernah kita menyinggung perasaan mereka dalam diam ? Harapan saya , agar semua antara kita tidak tergolong dalam anak derhaka yang menzalimi orang tua yang bertungkus lumus membesarkan kita serta mendidik untuk menjadikan kita seorang yang namanya MANUSIA ..... Wallah huallam . Untuk akhirnya , mari sama - sama kita baca dan renungkan petikan terjemahan surah :

" Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain DIA , dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik - baiknya . Jika salah seorang di antara keduanya sampai berumur lanjut di dalam peliharaanmu , dan janganlah sekali - kali kamu mengatakan kepada kedua - duanya dengan perkataan ( ah ) dan janganlah kamu membentak mereka . Ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia . Dan rendahkanlaah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang serta ucapkanlah : Wahai Tuhanku , kasihlah mereka keduanya , sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil "
 ( Surah Al - Isra' - 23:24 )

1 comment:

  1. perkongsian yg baik,utk sma2 kita renungkan..zaman sekrg,rakan dan kerjaya diutamakan..sedangkan kedua org tuanya diabaikan..

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik