Wednesday, 10 August 2011

Ketenangan :Hati ini merinduinya......



Salam Ramadhan yang ke 10 untuk hari ini .

Semakin lama di rasakan semakin cepat masa berputar. Tanpa sedar,umur juga semakin meningkat.Persekitaran juga turut sama mengalami perubahannya.Melihat kepada diri sendiri , apa yang sudah berjaya di kecapi sepanjang hidup ini?Adakah memberi kepuasan atau sekadar hidup begitu sahaja tanpa ada ertinya?



 
Kadang kala,diri juga perlu masa untuk bersendiri.Bukan cuba mengasingkan diri dari dunia luar apatah lagi mahu menyombong atau meninggi diri.Diri sendiri,hanya sendiri yang dapat memahami.Bukan orang lain.Biarpun ada yang bilang kalau mereka mampu membaca reaksi kita,tidak akan sama dengan apa yang diri sendiri rasakan. Kerana bukan semua yang di zahirkan itu sama dengan apa yang tersirat di dalam hati.Cuma mungkin buat menyedapkan mata yang lagi sedang memandang.

Sesekali apabila memerlukan ruang untuk menyendiri,hormatilah.Pada insan insan yang berada di sekeliling,berilah ruang privasi buat diri ini .Ada sesuatu yang sedang di cari.Sesuatu yang hilang pastinya.

Jangan cuba untuk menyekat ruang privasi orang lain kerana itu menunjukkan mentaliti sebenar kita seperti apa.Cuba bayangkan  bagaimana ruang anda untuk bersendiri di ceroboh ? Apa yang bakal anda rasa dan lakukan ?

Setiap orang punya masalah dan dilema yang menghuni hati.Saat-saat seperti inilah pentingnya diri untuk menyendiri buat seketika untuk bermuhasabah ,menyelami apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri . Kerana setiap insan punya hidup serta cubaan  masing-masing yang akan mematangkan lagi diri juga dapat menduga sejauh mana teguhnya iman di hati ini buat-Nya .

Apa yang penting,jangan berputus asa.Teruskan berjuang buat diri dan ingatlah bahawa DIA ada buat semua hamba2nya tidak kira di mana jua , susah atau senang ........
Salam ketenangan buat semua -CH

Kembali untuk menyendiri  ........



No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik