Thursday, 25 August 2011

Peragut Semakin Mengganas Di Sekitar Puchong

Di penghujung Ramadhan yang masih berbaki,tanpa saya sangka,saya menjadi pilihan-Nya untuk menghadapi ujian ini. Semalam,bertarikh 24 Ogos 2011 satu tarikh yang mungkin sukar saya luputkan dari ingatan.Buat pertama kali saya terlibat dalam kejadian ragut.Ya Allah,hanya tuhan yang tahu perasaan ketika itu.






Apapun,saya masih mengucap syukur kerana tiada sebarang kecederaan yang saya hadapi.Terbayang juga bagaimana agaknya kalau si peragut itu menyimbah asid,atau cili boh ke muka.Mahu berganda-ganda malang yang saya dapat.

Saat ini saya tak punya apa-apa.Semua yang ada dalam beg tangan saya,semuanya hilang.Dua buah handphone,purse,cash money,I.C, ATM card,lesen dan beberapa lagi barang berharga hilang sekelip mata.Siapa sangka kejadian seperti ini akan berlaku pada diri.Walaupun saya dah kehilangan wang dalam jumlah yang agak besar,saya tenang sahaja selepas buat laporan polis dan juga kad pengenalan baru . Syukur juga kerana saya sempat untuk sekat/batalkan kad dan akaun bank.

Kejadian ini terjadi di kawasan Puchong.Pada sesiapa yang tinggal atau bekerja di sekitar kawasan Puchong,berhati-hatilah kerana peragut ini sedang bergiat aktif di sini . Sehari sebelum kejadian,rupa-rupanya adik ipar kawan saya sudah mengalami kejadian ragut.Dan hari ini pula,satu lagi kes yang saya terima melibatkan kawan sekerja saya yang berlaku di sekitar Cheras.Keretanya kena pecah,habis semua aksesori kereta hilang di ambil oleh pencuri.

Dan hari ini pula,saya menerima satu panggilan dari seseorang yang menyatakan bahawa dia terjumpa kedua-dua handphone saya.Gembirakah  saya?Mulanya,ya.Tapi rupa-rupanya masalah yang saya hadapi semakin berganda.Mahu tahu apa kisahnya? BACA DI SINI

Sekali lagi saya ingatkan bahawa berhati-hati ketika anda berjalan atau melalui mana-mana tempat yang tidak punya ramai orang.Peragut ini sudah lama memerhatikan setiap gerak geri mangsanya,cuma menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

Pada sesiapa yang pernah atau mempunyai maklumat tentang ini,silalah membuat laporan ke balai polis yang berdekatan.Ini akan membantu dalam mengelakkan lebih banyak lagi kejadian ragut seperti ini.


Berwaspadalah selalu.Kata pepatah,malang itu tidak berbau.Kalau boleh di hidu,alangkah baiknya.





Sunday, 21 August 2011

Ramadhan Yang Semakin Berlalu Pergi



Salam ramadhan buat semua teman-teman.Tanpa sedar,sudah masuk hari yang ke-21 kita berpuasa.Bagaimana dengan ibadah anda semua?Berjalan lancar?
Alhamdulillah.....





Yang tinggal,hanya sepuluh malam terakhir,yang menjadi tumpuan semua terutamanya pencari malam "Lailatulqadar" ....... Bukan mudah untuk menemuinya,tapi alangkah indahnya andai takdir mempertemukan kita dengan hari itu yang di samakan dengan seribu malam.Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Qadr,maksudnya :

    Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Kebiasaannya,meniti hari-hari terakhir Ramadhan,ramai yang sudah menumpukan perhatian pada persiapan raya yang menjelang tiba.Mana mau fikirkan baju barunya,kelengkapan rumah,juadah raya,bajet duit raya dan banyak perkara remeh yang lain.
Surau/masjid semakin menyepi.Shopping Complex pula yang menjadi tumpuan.Memang begitu fenomenya saban tahun,bukan..... ? errmmmm

Apa-apapun,dalam keghairahan mahu menyambut Syawal ,sentiasalah beringat.Apa jua yang di lakukan,ada batasnya.Jangan kerana kelalaian,kita menyesal di kemudian hari.Fikir-fikirkan.....
Pada yang masih meneruskan aktiviti bershopping,selamat bebelanja semua.Gunakan wang dengan cara berhemah,elakkan pembaziran.

P/S  :  Nak cuba nasib mencari "Seribu Malam" ? Mungkin ini dapat beri klu pada semua.... :)

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan  dalam malam ganjil (mungkin pada malam 21,23,25,27,29 ramadan). ”

Selamat menunaikan ibadah buat semua.Moga apa jua yang kita lakukan,di terima segala amalan di sisi-Nya,amin ......

Impian Mahu Menjadi Wanita Paling Gemuk Dunia







Mak aih,bukan main lagi impian.Rasanya,semua wanita termasuk saya mahukan bentuk badan yang sedang-sedang saja,tak seksa mata nak pandang . Nak nak lagi time bulan Ramadhan ni,dah sah2 lerrr ramai yang berazam nk cuba turunkan berat badan,kan?

Kata pemilik badan besar ini,Susanne dia ingin menyampaikan mesej iaitu : 

"Tidak ada salahnya jika berbadan besar dan kita perlu menerima keadaan orang lain seadanya,” 


Pada saya, mesej itu memang sangat bagus.Cumanya,tak perlu lah sampai nk membesarkan badan sedemikian rupa.Tak ke menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling je nanti,kan?

Kalau korang nk berita lanjut tentang ini kisah,jenguk dekat  SINI . 

P / S : Agak2 nya kat Malaysia ni ada ke wanita yang pasang impian nak gemuk macam tu? Kalau ramai yang ada angan-angan macam tu,jawabnya boleh rugi peniaga2 yang jual ubat kurus tu...... hihihihi....


Saturday, 20 August 2011

Bakat Yang Sangat Unik




Salam Ramadhan yang ke-20 untuk hari ini buat semua teman2 blogger juga yang membaca.Tanpa sedar,Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi.

Sejak akhir-akhir ini juga,seakan masa semakin singkat.Apa pun tak sempat buat.Blog pun dah semakin terbiar.Ada juga blogger yang  menegur,tapi apa boleh buat,saya tak sempat nak create entry.Buat entry kena dalam keadaan yang rileks dan mampu berfikir.Kalau  tak,mulalah hasilkan entry merepek.

Okay,kali ni ada something yang nak saya kongsikan buat semua. Tentang bakat seorang rakan yang bagi saya bukan semua mampu untuk lakukannya.Itulah kelebihan yang dia punya ,kurniaan dari DIA.
Untuk pengetahuan yang lebih lanjut,korang semua boleh tengok  DI SINI . Semua kisah dan aktivitinya ada di sini. Bakat yang dia punya memang sangat unik .

Saya juga berkesempatan membuat ukiran nama saya,juga buat kawan saya seorang lagi . Hasilnya , korang mahu lihat..... ? Tengok kat bawah nih......













Nak Lagi....... ???

Ada satu lagi design yang berbeza....... :))











Pada korang,design mana yang lagi cantik.... ?

Kalau korang nak buat ukiran nama macam ni,pegi aje ke blog empunya diri . Link saya tinggal di bawah ni ......






Indah sebenarnya Seni Islam ni . Bagus juga kalau punya daya serta usaha yang tekad untuk mempelajari ,juga mendalaminya.Dari buat perkara lain yang hanya membuatkan kita terus alpa dengan dunia, apa kata kita kenali seni islam ini . Tak salah,kan.... ?

 P/S :  Agak-agaknya,dah siap ke belum ukiran yang kedua,permintaan saya,ya.... ? Ermmmm...





" Buat semua teman-teman,selamat berhujung minggu.Mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk teruskan bershopping raya , jaga diri,ya...... "



Thursday, 18 August 2011

Berusahalah.....Jangan Cepat Berputus Asa


Hidup ini punya banyak impian.Mahu memiliki itu,juga yang ini.Namun sebagai manusia,kemampuan kita terbatas.Apa yang mampu,hanya berusaha,berdoa seterusnya bertawakkal kepada-Nya agar di izinkan buat kita untuk mencapai apa yang di hajati itu.

Berusaha,dan teruskan berusaha tanpa lelah.Kerana DIA tidak pernah lelah untuk mengkabulkan permintaan hamba-Nya selagi ianya terbaik buat kita......

Jika kita sudah berusaha,seterusnya berdoa tetapi doa tidak di kabulkan,percayalah bahawa DIA sudah merencanakan sesuatu yang lebih baik buat kita.




Hidup jangan terlalu menyalahkan takdir sahaja.Barangkali ada sebab tertentu mengapa sesuatu itu berlaku ke atas diri kita.Bersangka baiklah dengan Maha Pencipta.Kerana hanya DIA yang tahu apa yang paling baik  buat takdir hidup kita.

Mungkin permintaan tidak terkabul di saat kita merayu meminta,tetapi selepas itu pasti DIA akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita pernah minta dahulu , Sesungguhnya,Allah itu Maha Mengetahui,bukan?

Oleh yang demikian,jika punya impian untuk di kejar,berusahalah  untuk mendapatkannya.Insyaallah,dengan usaha yang di lakukan serta izin dari-Nya,kita pasti akan berjaya.

Sunday, 14 August 2011

Love,Nora ......


Time sahur tadi,sempat jugak lah melayan drama di tv.Sambil2 sahur,mata melayan apa yang di tayangkan di skrin . Sebenarnya,pertama kali tahu dan layan cerita "Love,Nora" . Best pulak cerita ni , lakonan dari Yasmin Hani dan Will Quah .....-cerita bergenre romantik-

Apa yang menariknya kisah ini adalah tentang kesetiaan cinta  "mat saleh itali" pada arwah isterinya walaupun isterinya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.Hanya email yang di tulis oleh Nora (arwah isterinya) menjadi sumber kekuatan untuk Raul terus bersemangat meneruskan hidup.

Ada lagi ke lelaki yang tetap setia pada cintanya yang satu? Kalau lah ada kan........... ^_^
Lagu2 background nya pun kena dengan genre drama ni.Kira melayan perasaan jugak lah sambil nyanyi sorang2 depan tv tu ......

Hope nanti,ada lah orang yang dapat mencintai saya sepenuh dan seikhlas hatinya .
Masalahnya,ada ke lagi orang macam tu ? Ermmmm ......
Jom layan video kt bawah nih...... :)





" SALAM KASIH SAYANG BUAT SEMUA "
KEEP SMILING .......
^_^

Saturday, 13 August 2011

Kedatangan "Hawa" : Pelengkap Hidup "Adam"




WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH,

BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA

DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI

DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.





Jadi kesimpulannya,mengapa perlu di kasari kaum wanita itu ? Sejak akhir-akhir ini,banyak sekali kisah berkaitan wanita di zalimi di paparkan di media massa.Kisah si isteri menegur suami,isteri kena maki + pukul.Isteri pulang lewat kerana bekerja membantu suami,isteri masih tetap kena maki+pukul.Apa nak jadi nih?Apa yang betulnya lagi?Seakan semua yang di lakukan salah belaka.

Fikir kembali wahai para lelaki/suami.Mana tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin rumah tangga,yang seharusnya melindungi serta menyayangi isteri/anak anda ? Mengapa sewenang-wenangnya memperlakukan mereka dengan kejam sekali?Mana perginya sifat kasih sayang dan perikemanusiaan anda sebagai seorang manusia?

Saya belum habis fikir tentang ini.Saban hari,pasti akan ada mangsa(kamum wanita) yang mengalaminya,Bukan dari orang luar  pelakunya lagi tetapi dalam kalangan keluarga sendiri.Kes rogol,dera sudah biasa.Dan sekarang aktiviti simbah2 asid pula yang semakin rancak di lakukan.
Subhanallah,penat sudah bila setiap hari,selak akhbar,kisah yang sama di kitar semula.Cuma mangsa dan lokasi yang berbeza.Kaum pemangsa masih sama:WANITA......

Apabila saban hari di hidangkan dengan kisah-kisah ngeri sebegini,terasa sudah tidak selamat lagi untuk kemana-mana.Hati tertanya-tanya juga apa nanti andai ada jodoh saya,saya juga akan di perlakukan sedemikian? Bagaimana nasib di masa hadapan jika kebanyakan lelaki begini watak yang di bawanya?Selamatkah wanita di bawah jagaannya?Sesungguhnya hanya Allah tempat yang paling selamat untuk berlindung......

Saya tidak katakan bahawa semua lelaki itu kejam.Barangkali masih ada yang layak untuk menjadi pelindung kaum hawa.Namun melalui pembacaan setiap hari,kebanyakan nya begitu.Mungkin dapat di ibaratkan,hanya ada satu sahaja yang boleh di harap dalam sejuta kelompok lelaki yang dapat menjadi seorang pemimpin.Dan.... yang satu itulah yang saya dambakan......






Wednesday, 10 August 2011

Mengesan Jejak di FB

Salam Ukhwah buat semua kawan-kawan yang barangkali sudah hampir 7 tahun tidak bersama.Masing-masing punya cita-cita dan halatuju yang tersendiri.Syabas buat semua kawan-kawan kerana kini kita sudah dewasa.Semakin maju dalam hidup,bersemangat mengorak langkah ke arah kejayaan yang di idam-idamkan.

Apa pekerjaan kita sekarang?Sudah berubahkah status kita kini?Kalau dahulu,wajah keanak-anakkan jelas terpamer pada setiap dari kita.Zaman sekolah yang hanya sekali di tempuh.Ada suka untuk di kenang.Tak kurang pengalaman yang tidak begitu ingin kita pahatkan di benak fikiran,barangkali dapat menjadi sempadan panduan hidup di masa hadapan.

Pada yang sudah berjaya mencapai cita-cita yang di impikan,setinggi ucapan tahniah di ucapkan.Dan pada yang masih mencari-cari hala tuju kehidupan,atau masih lagi berusaha mendaki tangga kejayaan,teruskan usaha anda.Insyaallah,dengan usaha yang tidak pernah kenal erti penat lelah,pasti kejayaan yang di impikan menanti di penghujungnya.

Hidup jangan terlalu membandingkan antara satu sama lain.Sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki serta bahagian masing-masing.Andai sudah di takdirkan bahawa sesuatu itu milik kita,cepat atau lambat pasti kita tetap akan memilikinya.

Juga jangan pernah ada rasa rendah diri tak kala memandang diri yang masih dalam serba kekurangan berbanding kawan-kawan yang lain.Percayalah,DIA telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita.

Pada kawan-kawan yang sudah mendapat gelaran suami/isteri/ayah/ibu-tahniah juga di ucapkan.Moga anda semua mampu untuk menjadi pemimpin keluarga yang terbaik.Berusaha membina kerukunan dalam rumah tangga serta menjadikan keluarga anda keluarga yang sakinah-keluarga yang di redhai oleh-Nya.Untuk empunya diri yang menulis,hati belum terdetik untuk meninggalkan title 'bujang' . Diri belum bersedia untuk memikul punya komitmen lain.Sampai masanya,Insyaallah,akan di jemput semua ........

Jutaan terima kasih juga pada admin yang menubuhkan kelab "SMKGS 2004 " . Barangkali dulu,ketika di zaman sekolah,ada di antara kita yang tidak rapat,jangan segan untuk turut serta dalam kelab ini.Moga dengan cara ini kita dapat mengukuhkan kembali ukhwah sesama kita.Mudah-mudahan juga silaturahim antara kita tidak akan pernah terputus walau terpisah berjuta batu jauhnya. Peganglah pada kata "Biar jauh di mata,namun akan tetap dekat di hati "





Semoga kita akan tetap terus berhubung walau tidak bersua,namun kita semua masih tetap merasa dekat dengan cara ini .......
Ikhlas dari CH @ Nurul Ain -ex SMKGS 2004


P /S : Ada cadangan mahu buat reunion untuk hari raya?



Ketenangan :Hati ini merinduinya......



Salam Ramadhan yang ke 10 untuk hari ini .

Semakin lama di rasakan semakin cepat masa berputar. Tanpa sedar,umur juga semakin meningkat.Persekitaran juga turut sama mengalami perubahannya.Melihat kepada diri sendiri , apa yang sudah berjaya di kecapi sepanjang hidup ini?Adakah memberi kepuasan atau sekadar hidup begitu sahaja tanpa ada ertinya?



 
Kadang kala,diri juga perlu masa untuk bersendiri.Bukan cuba mengasingkan diri dari dunia luar apatah lagi mahu menyombong atau meninggi diri.Diri sendiri,hanya sendiri yang dapat memahami.Bukan orang lain.Biarpun ada yang bilang kalau mereka mampu membaca reaksi kita,tidak akan sama dengan apa yang diri sendiri rasakan. Kerana bukan semua yang di zahirkan itu sama dengan apa yang tersirat di dalam hati.Cuma mungkin buat menyedapkan mata yang lagi sedang memandang.

Sesekali apabila memerlukan ruang untuk menyendiri,hormatilah.Pada insan insan yang berada di sekeliling,berilah ruang privasi buat diri ini .Ada sesuatu yang sedang di cari.Sesuatu yang hilang pastinya.

Jangan cuba untuk menyekat ruang privasi orang lain kerana itu menunjukkan mentaliti sebenar kita seperti apa.Cuba bayangkan  bagaimana ruang anda untuk bersendiri di ceroboh ? Apa yang bakal anda rasa dan lakukan ?

Setiap orang punya masalah dan dilema yang menghuni hati.Saat-saat seperti inilah pentingnya diri untuk menyendiri buat seketika untuk bermuhasabah ,menyelami apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri . Kerana setiap insan punya hidup serta cubaan  masing-masing yang akan mematangkan lagi diri juga dapat menduga sejauh mana teguhnya iman di hati ini buat-Nya .

Apa yang penting,jangan berputus asa.Teruskan berjuang buat diri dan ingatlah bahawa DIA ada buat semua hamba2nya tidak kira di mana jua , susah atau senang ........
Salam ketenangan buat semua -CH

Kembali untuk menyendiri  ........



Tuesday, 9 August 2011

Pengemis Itu Adalah ....... Ayahnya


Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

" Syurga di bawah telapak kaki ibu " . Itu yang selalu kita dengari . Bagaimana pula dengan seorang bapa ? Jika di teliti pada Hadis di atas , ternyata bapa adalah orang yang paling layak untuk di buat baik selepas seorang ibu . Kerana tanpa kewujudan salah satu ini , mana mungkin kita mampu di lahir kan ke dunia ini , bukan ?

Malam ini saya mahu kongsikan satu kisah berkaitan seorang anak yang telah menyebabkan hati seorang ayah begitu terasa . Sehinggakan di saat kematian anak nya juga si bapa amat sukar untuk meredhakan segala perbuatan si anak kepada diri nya  . Moga dengan kisah ini , semua yang membaca dapat mengutip iktibar dari nya buat panduan hidup kita di masa hadapan , Insyaallah .

Kisah ini  bermula bila mana seorang hamba Allah yang hidupnya sudah berjaya dalam perniagaan yang di usahakan bersama - sama isteri tersayang . Sifatnya amat baik untuk di contohi : Baik , selalu membantu rakan - rakan di dalam kesusahan . Pendek kata , dia adalah seseorang yang amat di senangi semua orang .

Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan kepada seorang rakan hamba Allah ini . Rakannya yang sering bertandang ke kedai makan hamba Allah ini sering kali melihat kelibat seorang pengemis yang setia berkunjung ke kedai makan hamba Allah itu . Tujuannya adalah untuk menagih simpati pemilik kedai makan tersebut ( hamba Allah )  . Rakannya ini sering kali melihat kalau hamba Allah itu sering kali memberi makan pengemis tersebut di   bahagiaan belakang kedai .  Kelakuan ini jika di lihat amatlah baik kerana membantu pengemis tersebut mendapatkan rezekinya . Akan tetapi , rakannya yang terlihat dengan tidak sengaja sedikit terkejut tak kala melihat cara hamba Allah itu melayan si pengemis tersebut .

Tidak ubah seperti melayan seekor kucing atau anjing ketika menyuakan makanan di hadapan pengemis tersebut . Di sua nya pinggan nasi itu buat si pengemis menggunakan kaki dan terdengar juga herdikan yang amat tajam bunyinya . Hiba sekali saat saya sendiri membacanya . Pada saya , biarpun dia seorang pengemis , namun dia masih hamba Allah yang punya harga diri . Siapa kita mahu memandang hina kepadanya sedangkan taraf kita di mata Allah adalah sama iaitu seorang HAMBA ?

Okey , berbalik kepada kisah tadi . Nak di jadikan cerita , rakan hamba Allah ini tadi bertandang ke kedai makan tersebut setelah hampir 2 minggu tidak memunculkan diri kerana perlu bertugas di luar kawasan . Rupa - rupanya kedatangan kali ini membawanya kepada perkhabaran bahawa hamba Allah ( pemilik kedai makan ) itu terlantar sakit di rumah . Rakannya lantas berniat untuk berziarah .

Lantas , sebaik melihat keadaan hamba Allah itu , keadaannya sudah nazak . Namun yang anehnya , mulut hamba Allah itu tidak henti - henti menyebut " maafkan saya , ayah " . Isterinya pula menyatakan bahawa kedua ibu bapa suaminya sudah tiada apabila di tanya oleh seorang ustaz . Namun , tiba - tiba sahaja hamba Allah itu mendapat kekuatan untuk bersuara " Tolong carikan pengemis yang selalu datang ke kedai makan saya ...... Kerana dia adalah ayah saya "

Terpana rakannya dan hadirin lain yang mendengar . Di pendekkan cerita , pengemis itu akhirnya berjaya di temui dan di bawa berjumpa hamba Allah yang semakin menghampiri saat - saat sakaratulmaut . Si pengemis melafazkan dia memafkan segala perbuatan zalim anaknya itu terhadap dirinya selama ini setelah di minta oleh ustaz bagi memudahkan si hamba Allah itu pergi menghadap Ilahi .

Namun , sebaik hamba Allah itu meninggal dunia , keanehan mula melanda . Jenazahnya sukar untuk di keluarkan dari rumah . Ianya seakan pintu rumah itu mengecil takkala cubaan mengeluarkan jenazah untuk di bawa ke kubur . Akhirnya , semua bersepakat mahu menanggalkan bumbung rumah dan jenazah di angkat menggunakan kren . Alhamdulillah , akhirnya jenzah berjaya di keluarkan dari rumahnya .

Adakah anda tertanya - tanya mengapa mayat hamba Allah itu sukar untuk di keluarkan ? Jawapannya : Si ayah tadi hanya meredhai perbuatan anak nya itu sekadar di bibir sahaja , sedangkan di dalam hati , belum mampu si pengemis itu melupakan segala perbuatan anak nya yang sanggup menyuruh dirinya menjadi seorang pengemis untuk menyara hidup . Si pengemis berkata lagi bahawa anaknya itu lebih sayangkan duit ( harta ) dari dirinya sendiri .

Nah , lihatlah ! Pembalasan dari DIA itu serta merta di tunaikan di dunia lagi . Tidak perlu untuk menunggu hingga kita di akhirat kelak . Sesungguhnya , janganlah sesekali kita menzalimi kedua orang tua kita bagaimana sekalipun keadaannya . Ingat !! , tanpa mereka ( ibu bapa ) siapalah kita di muka bumi ini .......

Semoga dengan kisah yang serba ringkas ini dapat kita berfikir sejenak apa betul layanan yang sudah kita berikan kepada ibu bapa kita ? Semak kembali apa pernah kita menyinggung perasaan mereka dalam diam ? Harapan saya , agar semua antara kita tidak tergolong dalam anak derhaka yang menzalimi orang tua yang bertungkus lumus membesarkan kita serta mendidik untuk menjadikan kita seorang yang namanya MANUSIA ..... Wallah huallam . Untuk akhirnya , mari sama - sama kita baca dan renungkan petikan terjemahan surah :

" Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain DIA , dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik - baiknya . Jika salah seorang di antara keduanya sampai berumur lanjut di dalam peliharaanmu , dan janganlah sekali - kali kamu mengatakan kepada kedua - duanya dengan perkataan ( ah ) dan janganlah kamu membentak mereka . Ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia . Dan rendahkanlaah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang serta ucapkanlah : Wahai Tuhanku , kasihlah mereka keduanya , sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil "
 ( Surah Al - Isra' - 23:24 )

Monday, 8 August 2011

Nikmatkah Rasuah Itu ?




Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
          “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamumengetahuinya”.                                                                                                                             (al-Baqarah : 188)


Berbicara soal rasuah , apa yang dapat di persoalkan ? Mungkin ramai yang mengambil cara ini untuk mendapatkan habuan yang lumayan tanpa perlu bekerja keras . “Rezeki atas angin “ .

Namun sedarkah kita , bahawa sesenang mana kita mendapatkan rezeki itu , sesenang itu juga lah rezeki itu akan habis .

Rasuah bukanlah cara mendapatkan rezeki yang halal . Rezeki yang di peroleh tidak berkat . Jangan ingat bila kita mendapat sogokan beratus ribu ringgit , hidup kita akan bertambah senang , malah yang berlaku adalah sebalik nya .

Percayalah , sebaik sahaja anda menerima wang sogokan , pasti akan ada sesuatu yang berlaku yang mana anda terpaksa menggunakan wang yang di perolehi bagi menyelesaikan masalah yang timbul .

Masalah akan terus datang menghimpit diri . Sekali anda menerima rasuah , 10 kali bala datang menimpa .

Wang rasuah yang di peroleh tidak juga boleh kita nikmati kerana sudah habis du gunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul tanpa henti . Nikmatkah hidup begitu ? Merasa tenangkah kita ? Fikir – fikirkan…….

Dan akhirnya , apa yang terjadi ? Kehidupan semakin kusut , hutang keliling pinggang , dan keadaan semakin tidak dapat di kawal . Mahukah kita seperti itu ?

                Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Sunday, 7 August 2011

Wanita



 "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

Cantik luar , cantik dalam adalah lebih baik . Kecantikan luaran tiada yang kekal . Lambat laun , ia pasti akan pudar . Berbeza dengan kecantikan rohani , semakin lama di pupuk akan semakin bertambah cantiknya .
Tapi lebih ramai yang menilai seseorang dari luaran sahaja tanpa  melihat terlebih dahulu isi di dalamnya .

Berpuasa Tanpa Solat , Apa Hukumnya?





Sesungguhnya perkara pertama yang  akan di hitung kelak adalah  solat . Cukupkah solat 5 waktu kita jalankan , sempurnakah ia di laksanakan ? Jangan bermimpi untuk menikmati Syurga andai solat tidak di laksanakan dengan baik . Kerana semua amalan yang di lakukan semuanya bergantung kepada kualiti solat yang di lakukan .

"  Solat itu tiang agama . Jika kukuh solat , maka kukuh jugalah yang lain . Jika tidak , maka sebaliknya lah yang akan terjadi "

Sabda Nabi juga yang bermaksud :

“Ditegakkan islam atas lima perkara : pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan”.

Lalu , bagaimana dengan orang yang meninggalkan solat tetapi berpuasa di bulan Ramadhan ?Apakah  diterima puasanya itu ? Sheikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya :

 “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi SAW menunjukkan ia tidak diterima”.

Bila di fikirkan , aneh juga mengapa mampu menahan lapar dan dahaga bagi menyempurnakan puasa Ramadhan sedangkan solat yang sekejap tidak dapat di tunaikan ? Adakah di sebabkan sifat malas atau segan ? Fikir - fikirkanlah ......

Barangkali manusia yang berpuasa tetapi tidak solat itu beranggapan bahawa orang akan tahu jika tidak berpuasa akan tetapi jika tidak solat , siapa yang tahu , bukan ? Jika begini situasinya , manusia itu sudah terlupa  bahawa ada Yang Maha Melihat  lagi Maha Mengetahui tentang apa yang kita lakukan  , wallah huallam .

Seleksi Rileks

lawak makan diri::Renung-renungkan dan selamat beramal

Ali : Engkau puasa?
Abu : Yela..
Ali : Kenapa engaku puasa?
Abu : Bodohnya kau ni..kan ALLAH suruh puasa, jadi aku puasa la..
Ali : Kenapa tak solat?
Abu : Eh, suka hati aku la..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita solat
Abu : ..............
................................................................................

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI





Fuhhh , ini first time saya join segmen dari blogger . Sebelum ni , belum pernah sekali pun . Harap - harap betul lah ek format yang saya buat ni .... Dah pulak , saya masih amat baru dalam dunia blogging . Banyak yang perlu saya belajar lagi .  

Okey , blog Perjalanan Hidup-Ku dari Cahaya Hidup adalah blog peribadi penulisnya . Lebih berkisar kepada E-diary . Apa yang terpandang , terlintas di fikiran , ada persoalan yang perlu di rungkaikan , blog ini yang akan menjadi tempatnya . Tertarik untuk membuat blog bila mana ada seorang rakan blogger yang bertanya :" kenapa tak buat blog ek ? Best je main blog nih " .Tengok dia hari - hari busy update dan godek - godek blog , saya pun create lah blog ni dengan bantuan dari dia juga . Rupa - rupanya memang best jugak ada blog ni . At least , saya ada tempat untuk mencoret kan sesuatu .

Mana saya tahu segmen ni ? Of course nampak di ruang FB dan terus terjah ke dalam blog Ben Ashaari . Tetiba rasa nak join hari ni sebab tengah free sekarang . SINI saya dapat link nya



Blog yang cool~~~ like pink colour ... :)


Sempoi n ringkas :)
semangat tgok kaler blog ni....
ni yg sempat saya jengah . jap g saya sambung balik ......  memang terbaik semua blog2 kat atas nih .... byk ilmu yg saya dapat ..... thanks semua .... ^_^





Kerana Gila Judi



Baru habis layan cerekarama kat TV 3 nun . Entah apa tajuk nya , lupa lah pulak . Tapi memang betul2 tragis kisah keluarga dorang tu . Semua nya   berpunca gara - gara seorang ayah yang gila judi.
Sampai sanggup si ayah kata " kalau kerana judi , bunuh anak pun sanggup " ....... Tengoklah impak judi ke atas kehidupan seseorang yang terlalu ketagih berjudi .

Dan kerana judi jugalah si ayah tergamak menjual anak gadisnya kerana ingin melangsaikan hutang judi  sehingga melahirkan anak luar nikah .

Dan ending drama tersebut juga menghayat hati bila mana anak yang pernah di jual oleh bapanya mati di tangan  bapa yang tidak bertanggungjawab itu . Manakala anak luar nikah yang di bela oleh neneknya juga menemui ajal di samping ibunya . Ayahnya yang durjana itu.... ? Turut mati dalam kebakaran setelah selesai bermain judi . Allahhuakbar , betapa hinanya keadaan di saat kematiannya . Kesian sungguh bila mengenangkan hanya tinggal si ibu yang sakit seorang diri meratap pemergian cucu dan anak yang di bencinya kerana tidak tahu perkara yang sebenarnya . Benar - benar menginsafkan  kisah tersebut di samping terdapat pengajaran yang boleh kita kutip dari kisah yang di paparkan .

Lihat lah , hanya kerana judi , hilang sifat kewarasan  manusia . Sia - sia Allah itu mengurniakan akal yang mana ianya membezakan antara kita dengan kejadian Allah yang lain . Sebab judi juga , hilang sifat malu atau takut pada Sang Pencipta .

Sanggup merampas wang simpanan  anak yang tidak seberapa untuk berjudi sedangkan si anak mahu membawa ibunya melakukan rawatan doktor . Mana perginya rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua rumah tangga ? Dan juga kenapa hal ini boleh terjadi ?

Apapun , kita harus berbalik kepada agama . Jika pegangan agama kita kuat , Insyaallah kita mampu meredah segala cubaan hidup yang di berikan . Sentiasa mantap kan iman di hati agar tidak mudah goyah dengan segala godaan di muka bumi ini .



Mereka bertanya kepadamu tentang khamar(arak) dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya- (Al-Baqarah 2:219)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya- (al-Maidah 5:90).

Diam adalah cara terbaik




Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Andai mahu berkata - kata , biarlah butir bicaranya yang baik - baik serta mendatangkan manfaat . Jangan bercakap ikut sedap lidah sendiri sahaja . Perlu ambil kira sensitiviti orang sekeliling .


Ini tak , pantang dapat berkumpul dengan kawan2 sekepala , mula lah perlbagai topik yang nak di keluarkan . Yang paling tak boleh blah sekali bila bersembang tu , mesti akan ada ayat2 yang nak melencong ke arah yang tuuuuuutttt ......errrrmmm , faham - faham sendirilah ye .



Bila di tegur , dorang balas balik : Alah , melawak aje lah . Kalau tak buat macam ni bosan lah nanti .... Mau tertidur kat office kalau x melawak .
Huh , macam tu pulak ke ? Ermmm , kalau nak hilangkan ngantuk dengan melawak sekali pun , janganlah sampai melampaui batas . Nak - nak lagi time bulan Ramadhan . Nanti tak memasal jek hilang semua pahala puasa tu , yang tinggal lapar + dahaga je ...... berbaloi ke tu ..... ?


“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.(Riwayat Abu Naim)

Jadinya , berdiam itu lebih baik dari bercakap banyak tapi kosong tanpa pengisian , betul tak ?


Percuma Voucher RM 350 untuk pembentukan wajah

Saturday, 6 August 2011

Hormati Bulan Kemuliaan - Ramadhan



Assalammualaikum w . b .h

Alhamdulillah , syukur kerana saat ini kita semua telah selesai menunaikan puasa yang ke enam . Di harap puasa yang sudah kita lewati punya pengisian yang bermakna di dalamnya .

Ramadhan bulan yang mulia . Hamba yang merindu untuk mengaut pahala semestinya menunggu bulan ini . Namun , bulan ini jugalah paling susah untuk kita memerangi nafsu yang merajai diri . Untuk mendapatkan ibadah  puasa yang sempurna , bukan lah hanya sekadar menahan lapar dan dahaga , malah skop nya meliputi keseluruhan . Terutamanya sekali dalam megendalikan nafsu dalam diri . Jangan sampai nafsu itu yang memerintah diri yang mengikut sahaja .

Mata . Harus di jaga agar tidak memandang perkara – perkara yang tidak sepatut nya . Namun , bagai mana agak nya kalau insan – insan ini dengan sukarelanya mendedahkan aurat di khalayak ? Salah kah mata kita yang terpandang ? Bak kata ramai , “ tayangan free , kita tak mintak tapi dia yang kasi “ ….. macam mana tu ?

Pada perempuan2 sekalian , jagalah aurat di bulan yang penuh dengan kemuliaan dan berkah – Nya . Sesekali berpakaian sopan , tiada salahnya malah ianya sifat terpuji lagi . Ianya menunjukkan bahawa kita menghormati diri kita sendiri dari menjadikan diri itu sebagai tatapan umum atau iklan bergerak .

Pada yang sudah bersuami , kasihanilah suami anda . Dosanya sendiri tidak tertanggung , inikan pula mahu bertanggungjawab terhadap dosa yang kita lakukan ?  Cuba rujuk di sini apa yang akan terjadi jika kita , kaum perempuan membuka aurat pada yang bukan berhak . Dan hal ini harus di ambil kira juga pada kaum lelaki kerana ini tanggungjawab anda sebagai ketua  dalam mengendalikan keluarga / pengikut anda .

01.Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
02.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di akhirat nanti.
04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.
Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.
Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, syurga terbentang sedia, masih neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.

Carilah kesedaran untuk berubah . Hidup kita bukan menongkat dunia selamanya . Entah bila , kita akan tetap kembali kepada Sang Pencipta . Jangn asyik beralasan konon “ belum sampai seru” untuk berubah . Kerana takut – takut nanti seru dari Malaikat Maut yang datang terlebih dahulu , wallah hu alam . Saya tidak kata yang saya sudah cukup sempurna dalam bab menutup aurat , akan tetapi dari hari ke  hari , saya berusaha untuk sentiasa menjadi lebih baik dan lebih baik lagi . Jangan sesekali merasa bosan , cepat mengeluh , lelah atau patah semangat untuk  terus berubah .

Dan jangan pula pernah untuk meletak kan target bila saatnya mahu mula berubah . Bimbang takkala saat itu kita sudah tidak menghuni bumi ini lagi . Pada yang ingin kata saya mahu tunjuk pandai  , silakan berkata – kata . Saya Cuma berkongsi pengalaman serta ilmu yang saya punya . Tiada niat lain . Selagi kita masih bernyawa di muka bumi Allah ini , saling bantu membantu antara satu sama lain dalam mengingatkan tanggungjawab sesama kita kerana di saat kita sudah di “alam sana” , kita akan menghadapinya sendirian . Yang hanya akan tetap setia membantu dan menemani kita hanyalah amalan – amalan yang sempat kita kutip sepanjang perjalanan kita atas dunia ini .
Coretan Cahaya Hidup : Terpana saat mata terpandang seorang ibu yang mendaftarkan anaknya di pusat tusyen dengan hanya berpakaian sempoi : T – shirt + seluar pendek bawah lutut + bertocang 2 di bulan puasa ……  Apa tindakan yang wajar di ambil oleh suami yang berada di sisi ? Tidak kah rasa bertanggungjawab memperbetul kan keadaan si isteri ? Seharusnya perlu wujud sifat malu pada anak – anak murid perempuan  lain yang mana walau pun masih kecil , tapi sudah mampu mengenakan tudung di kepala . Ataupun setidak - tidaknya hormatilah majlis ilmu yang di kunjungi dengan berpakaian yang lebih sopan , mencerminkan sifat seorang ibu . Ingat , sebagai ibu bapa , kita yang bertanggungjawab mencorak kehidupan anak - anak . Dan juga , kita ( ibu bapa ) adalah cermin buat anak - anak .

Thursday, 4 August 2011

Pencarian 'Yang Sempurna '

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi…
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa…
Dalam kelembutan lisan, ada keterlanjuran kata…
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa…
Harap dimaafkan segalanya.
Kerana kita semua tidak sempurna


Sempurna kah kita  ?

Itu  soalan pertama yang ingin saya tanya kan . 

Layak kah  kita bila mana niat di hati kita ingin mencari sesuatu / seseorang yang sempurna untuk kita ? Adakah boleh di kata kan diri  kita kejam bila kita terlalu mencari / mementing kan kesempurnaan sedang kan diri sendiri sebalik nya ?

Setiap hamba Allah itu tiada  yang sempurna sepenuh nya . Sedikit sebanyak pasti ada cacat cela serta kekurangan nya dari pelbagai sudut kehidupan . Itu adalah hakikat .

Bila mana  diutarakan ciri - ciri atau sifat yang di ingini terhadap sesuatu / seseorang , pasti yang lain akan bertanya , " Kamu tu sudah cukup sempurna ke sampai mahu mencari ciri - ciri yang begini , yang begitu ....... ?




Pada saya , saya tetap pegang bahawa memang tidak ada seorang yang pun sempurna sifat nya . Itu betul sekali . Namun semua orang kalau di tanya pada sesuatu seperti contoh " ciri - ciri suami / isteri idaman hati " , pasti nya akan memilih yang terbaik secara keseluruhannya . Ya lah , siapa yang tidak mahu kan pasangan hidup yang baik , bukan ?

Semua orang sebenar nya berhak untuk memilih . Biar pun diri banyak kekurangan , tidak bermakna seseorang itu tidak layak memilih seseorang yang hampir sempurna sifat nya . Bila mana hati terdetik mahu kan sesuatu yang sempurna , pasti diri akan terdetik melakukan perubahan ke arah positif .  Semakin lama , semakin bertambah baik sifat2 yang ada pada diri .

Bila mana mendapat yang hampir sempurna , secara tidak langsung akan mendorong / memberi semangat pada diri sendiri untuk cuba menjadi sebaik  / sesempurna mungkin . Ianya menjadi satu contoh buat kita teladani bagi mempertingkat kan lagi kualiti hidup . Jadi nya , kehidupan kita akan bertambah baik dan berkualiti . Hidup juga semakin menuju ke arah kesempurnaan  , bukan ?

Oleh itu , hidup ini jangan terlalu mencari kesempurnaan  keran tidak ada apa yang sempurna sifat nya melain kan hanya DIA yang satu ......

Yang mampu di lakukan adalah berusaha meningkat kan kualiti dalam diri supaya kesempurnaan itu tercipta , Insyaallah . Mungkin kita tidak mampu melawan kesempurnaaan DIA , tetapi kita mampu mencipta kesempurnaan buat diri kita sendiri mengikut keupayaan diri . Jangan terlalu di paksa menjadikan diri sesempurna mungkin untuk kepuasan orang lain . Yang penting , fahami apa yang diri sendiri ingin kan .

Manusia itu sifat nya tidak pernah puas dengan sesuatu . Sekali sudah tercapai hasrat nya , pasti hasrat yang lain pula akan muncul . Apa yang penting , percaya pada diri dan jangan terlalu mengikut kehendak atau sifat orang lain . Kita semua di cipta dengan kekurangan dan kelebihan yang tersendiri .
Ada bahagian masing2 dalam hidup ini  , jangan risau .


Sekadar renungan bersama :

" Subuh tanah ini sama indah dengan tanah lainnya. Memerah saat matahari mahu bangkit dari peraduannya. Sebelum pulang bala tentera malam ke dataran langit atas arahan ghaib dari Pemerintah alam semesta. Tiada makhluk yang dapat membantah. Luluh perasaanku menuruti mata yang meredup tunduk pada langit yang terbentang luas. Aduhai Tuhan, sungguh kaki ini tidak lagi larat untuk berdiri. Tubuh ini semakin letih untuk merindui. Tuhan, izinkan aku untuk mendekati. Andai wangiannya dapat ku cium, sudah cukup bagiku dunia ini ku tinggalkan. " 
(Hamka)

Tuesday, 2 August 2011

Coretan Ramadhan


"  Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat  "



Assalammualaikum w . b. h

Alhamdulillah , syukur ke hadrat - Nya kerana masih lagi di beri kan umur buat saya terus bernyawa di muka bumi ini . Hari ini , hari kedua umat Islam menempuh puasa Ramadhan .

Seronok kan bila puasa kita yang semalam sudah kita tunai kan ? Moga hari ini kita lebih di beri kekuatan untuk terus menjadi kan puasa itu sebagai benteng untuk segala sudut .

Saya.... ? Alhamdulillah . Sahur untuk kali ke-2 sudah selesai . Even juadah yang simple , yang penting  kita dapat keberkatan dari sahur tersebut .

Pada yang berpeluang bersahur di samping keluarga dan insan yang di cintai , bersyukur lah . Pada yang merantau sendiri dan hanya di temani sahabat handai ( seperti saya ) , harus tetap mengucap kan rasa syukur setinggi - tinggi nya . Anggap sahaja nasib kita lebih baik dari orang lain di luar sana yang tidak tahu apa nasib mereka .

Kalau di rasa kan hidup kita susah  , kenang kan lah nasib orang lain yang lebih susah dari kita . Insyaallah , akan terbit rasa syukur di hati dan kita akan lebih menghargai apa yang kita punya .




Apa pun , hari ni hari ke - 2 kita melangkah ke alam Ramadhan . Jaga diri , berhati - hati serta ber waspada selalu segala pergerakan , perlakuan dan percakapan kita . Mudah - mudahan pahala puasa kita tidak berkurang di sebab kan dosa - dosa kecil yang telah kita perbuat , akan tetapi semakin bertambah hendak nya . Kira  berbaloi lah kita menahan lapar dan dahaga seharian .......

Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.


P / S  :  Jenuh jugak dok perah otak nk masak apa hari - hari . Sbb selalu tu jarang masak coz takde sapa nk makan ...... korang suka makan apa ek ..... ?

Monday, 1 August 2011

Kalau Tak Puasa , tak payah nak tunjuk ..... !!



Sebagai seorang yang nama nya perempuan dan memang sejak azali di lahir kan sebagai perempuan , tidak ada istilah cukup puasa sebulan kita jalan kan bagi yang sudah cukup umur . Jarang - jarang sekali dapat di penuh kan sebulan kecuali beberapa sebab khas seperti mengandung atau pun aturan haid nya yang tidak teratur .

So , bila dah datang period tu , kira macam satu tiket lah kan untuk kita makan dan minum seperti biasa .
Tapi , jangan di lupa bahawa kita punya tanggungjawab juga iaitu perlu menghormati orang lain yang sedang menjalani ibadah puasa . Jangan sesekali makan atau melenggang bawak cawan depan orang dengan muka tak bersalah tu .......







Walau pun kita tidak di boleh kan berpuasa , tapi hormat lah pada orang - orang sekeliling . Bukan nya tidak di benar kan makan atau minum , tetapi buat lah dalam keadaan yang tersorok sedikit . Tak malu ke mengunyah makanan sambil menghirup air batu depan orang lain yang perut lagi berkeroncong dan tekak lagi bertambah perit menahan haus ?

Kalau di rumah , lain lah cerita nya . Cuma di kalangan keluarga sahaja . Kalau di office , bagai mana pula ? Malu lah sikit wehhhh ........

P / S :  Terkejut saya bila terpandang kawan sekerja di office tadi dengan selamba membawa secawan air keluar dari pantry terus ke tempatnya sambil mengunyah makanan .......  Mana hilang nya sifat malu dalam diri , ya .... ?
Hurrmmmm , entah lah .....

Fahami apa maksud puasa sebenar nya


Assalammualaikum ,
Salam Ramadhan buat semua .

Ermmm , rasa nya saat ini korang semua pasti sedang sibuk menyiap kan segala keperluan untuk berbuka , kan ? Rasa dah tak sabar2 mau sambar air oren ais dlm peti sejuk tu . Dengan makanan yang perbagai jenis depan mata , tak tahu ler mana mau sumbat semua tu .......

Ramadhan menjengah cuma sekali sahaja dalam setahun . Seharus nya keghairahan menyambut Ramadhan di perjelas kan lagi alasan dan maksud nya .

Bukan keran mengejar bazar ramadhan yang panjang berderet di tepi jalan , bukan kerana mahu berkumpul sesama ahli keluarga sambil bergelak ketawa suka.....






Bukan kah sudah di ketahui umum bahawa puasa mengajar kita erti bersabar , menahan nafsu dari segala sudut . Menjaga tingkah laku dan juga adab . Jangan berasa bila kita sudah berjaya menahan  diri dari makan dan minum seharian , puasa kita sudah sempurna .

Tanpa sedar , mulut mengata orang lain , dalam diam kita menyakit kan hati orang sekeliling . Tak kala tersangkut dalam traffic jem , mulut tanpa henti memaki itu ini ........

Kenapa susah sangat nampak nya  mahu mendidik hati agar sentiasa bersabar ? Kalau perasaan tidak sabar itu datang nya dari rasa penat berpuasa , ingat lah ....... orang lain juga sedemikian . Fikir kan nasib orang lain yang lebih susah dan perit dari kita .

Jangan biar kan penat kita menahan lapar dan haus itu sesuatu yang sia - sia . Jadi kan ia berbaloi untuk hidup kita , dunia dan akhirat .

Sepanjang pulang dari office ke rumah tadi , pelbagai gelagat saya dapat tonton . Pelbagai kerenah yang terhidang . Kerana itu tiba - tiba terfikir mahu mencoret apa yang saya baru lalui sebentar tadi di sini . Semoga dapat menjadi renungan bersama , hendak nya .

Buat semua , waktu berbuka semakin hampir . Selamat berbuka puasa semua . Ingat.... !! Makan sekadar perlu . Supaya kita tidak merasa berat untuk menunai kan solat Maghrib di susuli Isyak dan Tarawikh .

P / S : Apa menu anda hari ini ??

Salam Ramadhan Pertama Buat Semua

1 August 2011
1 Ramadhan 1432

Assalammualaikum w . b . h
Salam Ramadhan buat semua yang membaca .

Moga puasa pertama dapat di tempuh dengan penuh pengertian dalam diri . Sentiasa perbaiki diri dari masa ke semasa supaya kita dapat menjadi hamba-Nya yang berkualiti hendak nya.....




Masuk Ramadhan kali ini , sudah 3 tahun saya berpuasa di perantauan . Jauh dari kampung halaman dan keluarga tersayang .

Bukan lah satu masalah buat saya sekarang kerana sudah terbiasa barangkali . Kalau dahulu , mungkin sedikit memberontak , namun sekarang keadaan semakin mematang kan diri ini .

Susah senang , pahit manis , suka duka di lalui seorang diri setabah mungkin . Bukan  tidak ada sanak saudara di perantauan , tetapi hanya diri sendiri yang memahami keadaan diri .

Puasa pertama , Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar . Sekian lama tidak menjengah dapur , pagi tadi turun juga untuk  menyedia kan juadah bersahur ....... :)

Apa agak nya juadah keluarga saya  di kampung , ya ?  Pasti nya lebih sedap dan menyelera kan dari juadah saya , orang bujang . Rindu mahu bersahur bersama anak - anak buah yang semakin membesar . Harap - harap dia orang semua dapat berpuasa sebaik mungkin , Insyaallah .

Masuk Ramadhan kali ini juga , sudah 6 tahun tanpa ibu di sisi , 4 tahun tanpa adik tersayang dan 2 tahun tanpa seorang abah yang tegas . Semakin terasa kosong hidup bila seorang demi seorang meninggl kan dunia ini .

Walau apa pun , hidup perlu saya terus kan . Kelak , saya juga akan menyusul mereka . Entah bila , sampai saat nya , pergi juga kita semua......

Kenangan lalu menerjah fikiran . Manis pahit yang di lalui menjadikan pengalaman yang lepas sesuatu yang bermakna . Banyak yang dapat di pelajari sebenar nya . Dulu , mungkin jiwa hanya tahu memberontak pada sesuatu yang tidak kita sukai , namun bila mana semakin dewasa , diri semakin sedar ada sebab kenapa ianya berlaku secara demikian .

Pada teman2  sekalian , selamat menjalani ibadah puasa . Jadi kan puasa kali ini sesuatu yang berkualiti yang dapat kita lakukan sebaik mungkin . Isi Ramadhan kali ini dengan perkara2 yang dapat meningkat kan taqwa dan iman kepada - Nya ...... Peasanan buat semua termasuk diri sendiri ....

Sekian , wassalam .

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik