Tuesday, 22 November 2011

:: Apa Itu Ekzema ? ::

Ekzema adalah sejenis alahan kulit terhadap anak-anak terutama bayi.Di anggarkan 10 hinga 20 peratus penduduk dunia mengalami masalah alahan kulit yang bermula sejak kecil.Kajian juga mendapati hampir 10 peratus bayi berusia 3 hingga 6 bulan mengalami masalah ekzema dan 40 peratus masalah ini berlaku kepada bayi yang berusia 18 bulan ke atas dan 60 peratus pula dalam kalangan pelajar.




Gejala ini adalah sebahagian daripada masalah keradangan kulit dan ekzema adalah satu istilah umum kepada atopik dermatitis (alahan kulit) yang berlaku kepada kebanyakan orang dan ia boleh berlaku berdasarkan beberapa faktor.

Faktor-faktor ekzemi :

  • Bayi terdedah kepada punca yang merangsang alahan.
  • Tindak balas  tidak normal sistem pertahanan badan terhadap persekitaran.
  • Keturunan.
  • Pemakanan (terutamanya produk tenusu)
  • Habuk dan kutu rumah.
  • Sesetengah jenis sabun wangi dan serbuk pencuci.
Tanda-tanda di serang ekzemi :
  • Kulit menjadi merah.
  • Kulit menjadi kering,radang dan terasa gatal.
Kebiasaannya,kawasan tubuh yang kerap di landa masalah ini adalah di sekitar tangan,pergelangan tangan,muka,kulit kepala,leher,siku dan juga kaki.Terdapat juga beberapa panduan untuk mengurangkan masalah ekzema ini iaitu :

Panduan mengurangkan masalah ekzema :

  • Pastikan kuku anak anda di potong pendek dan bersih.
  • Elakkan menggaru bahagian yang gatal,cukup sekadar mengesat secara perlahan.
  • Gunakan krim pelembap yang di sejukkan terutama sebelum waktu tidur.
  • Gunaka pakaian yang di buat dari fabrik kapas kerana ia akan membuatkan anak anda selesa dan sejuk.
  • Cuba alih perhatian anak anda bila mereka mula menggaru.
  • Elakkan anak anda daripada terdedah kepada cahaya matahari.
  • Jangan sapukan mereka dengan produk yang mempunyai haruman.
  • Sentiasa kekalkan kebersihan persekitaran dan gunakan alas yang bebas habuk.
  • Cuci pakaian si kecil menggunakan bahan cucian bebas kimia.



Jika ingin memandikan si kecil anda,pastikan anda menggunakan air suam.Gunakan mandian bayi yang lembut dan bersesuaian untuk kulit mereka yang sensitif.Elakkan menggosok kulit mereka,sebaliknya gunakan tuala yang lembut untuk di tekapkan ke kulit mereka sehingga kering.

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik