Tuesday, 15 November 2011

:: Fadhilat WUDHU ::

Kita mengangkat wudhu' sekurang-kurangnya  5 kali sehari,kan?Tapi adakah anda tahu apa fadhilat yang ada pada wudhu' yang kita ambil.So hari ni CH nak kongsikan satu lagi ilmu yang CH dapat melalui pembacaan.


  1. Ketika berkumur,berniatlah : ''Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini." (Penjelasan - Kita hari-hari bercakap perkara yang tak berfaedah)
  2. Ketika membasuh muka,berniatlah : "Ya Allah,putihkanlah wajahku di akhirat kelak,janganlah Kau hitamkan mukaku ini." (Penjelasan - Ahli Syurga wajahnya berseri-seri)
  3. Ketika membasuh tangan kanan,berniatlah : "Ya Allah,berikanlah hisab-hisabku di tangan kiriku ini.'' (Penjelasan - Ahli Syurga di berikan buku amalannya di tangan kanan)
  4. Ketika membasuh tangan kiri,berniatlah :"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini." (Penjelasan - Ahli neraka di berikan buku amalan mereka di tangan kiri.)
  5. Ketika membasuh kepala,berniatlah : "Ya Allah,lindungilah aku dari terik matahari di padang Mahsyhar dengan ArasyMu." (Penjelasan - Panas di padang Mahsyar umpama matahari sejengkal di atas kepala)
  6. Ketika membasuh telinga,berniatlah :"Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini" ( Penjelasan - Hari-hari mendengar orang mengumpat,memfitnah dan lain-lain lagi)
  7. Ketika membasuh kaki kanan,berniatlah :"Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim." (Perjelasan - Ahli Syurga melintasi titian dengan pantas sekali)
  8. Ketika membasuh kaki kiri,berniatlah :"Ya Allah,bawakanlah aku ke masjid dan surau,bukan ke tempat-tempat maksiat." (Penjelasan - Qada' dan Qadar kita di tangan Allah swt)


So,CH harap diri ini mampu mempraktikkan apa yang tertulis di atas.Kawan-kawan yang membacanya juga ya.......sama-sama kita aplikasikannya.Ilmu yang ada perlu di amalkan.Jangan di biarkan sahaja,hanya membaca dan berlalu pergi.....hanya memandang sepi sahaja.
Kalau nak sebarkan ilmu ini juga,di persilakan.Moga ada manfaat yang dapat kita kutip bersama,InsyaAllah.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam dik,ni tutorial yang adik mintak akak ajarkan tu..

    http://www.queyaabadi.com/2011/11/tutorial-letak-button-fbtwitter-yang.html

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik