Saturday, 19 November 2011

:: Dosa Buat Hati Jadi Keras,Degil ::

Melakukan dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat.Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, ''buat masing-masing tanggung,jaga kubur masing-masing.


Sebenarnya kata-kata itu tidak betul sama sekali.Ini kerana kubur kita nanti orang lain yang gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan.Maknanya di sini,dosa yang kita lakukan boleh menyusahkan orang lain.

Contohnya,peminum arak rasa itu perbuatan peribadi,duit dia yang di gunakan untuk beli arak yang dah berjaya buat dia terhuyung-hayang.Memanglah benar duit dia,tetapi jika sudah mabuk mereka akan terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melanggar orang ketika memandu di jalan raya,berzina ataupun sumbang mahram.

Lihatlah betapa perlakuan dosa kita itu amat keji.Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa.Antaranya :

  • Di cabut darinya cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar.Muka yang tidak pernah di basahi wuduk boleh hilang serinya.Wajah itulah yang bakal menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.
  • Tertutup darinya kebenaran.Maknanya seseorang yang melakukan dosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan,dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.
  • Hilang rasa spontan terhadap amal kebajikan dan ganjaran serta tawaran pahala.Mereka tidak menginginkan syurga dan apabila di sebut neraka,mereka tidak berasa takut malah mengejek pula mereka akan masuk neraka bukan secara berseorangan.
  • Berat dan payah beramal,sebaliknya mudah apabila di ajak melakukan dosa dan maksiat.Menurut Ibnu Al-Qayyim,sesiapa yang melakukan  dosa ketika malam,dia amat berat untuk melakukan amal di siang hari kerana dosa yang di lakukan pada malamnya menghalang diri untuk beramal dan begitulah sebaliknya.
  • Dosa membuatkan hati menjadi keras dan degil.Mereka amat susah untuk mendengar nasihat.Mereka boleh menasihati dan menegur orang lain akan tetapi sangat berat bagi mereka apabila diri mereka sendiri yang di tegur.Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang di gunakan jugakasar serta tidak menghormati perasaan orang lain.
  • Dosa menderhaka kepada ibu bapa boleh berjangkit kepada anak-anak kita kelak.Allah pasti akan membalas dengan segala tindakan kita yang pernah menyakitkan hati dan perasaan kedua orang tua kita.
  • Dosa menjadi hijab doa kita payah untuk di terima Allah.Ada riwayat menyatakn sesiapa yang makan makanan yang haram,doanya tidak akan di terima selama 40 hari.....
  • Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.
  • Dosa penyebab akan turunnya bala dari Allah.Rasulullah saw bersabda,maksudnya : Apabila kelihatan zina dan riba,sesungguhnya merekaa mengizinkan Allah menurunkan azab.


Wallahhualam.

2 comments:

  1. thanks share...
    insaf sekejap...~~

    ReplyDelete
  2. Good info.. kekadang terlupa

    dear CH pls support kak ye dengan tekan button like tweet dan google+1 dan tinggalkan komen sekali.. jasamu amat2 dihargai..


    http://citrananizam.blogspot.com/2011/11/gadget-impianku-adalah-samsung-galaxy.html

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik