Thursday, 24 November 2011

:: 10 Juta Tandatangan Di Kumpul....!!!! ::

Khabarnya Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) sedang menggiatkan usaha mengumpul 10 juta tandatangan bagi menyokong pemansuhan caj perkhidmatan 6 peratus yang di cadangkan ke atas pengguna perkhidmatan prabayar.




 
Presidennya,Mohd Ali Ibrahim berkata,kumpul itu juga bertujuan mengumpul dana bagi menjalankan kajian terhadap caj perkhidmatan di kenakan syarikat telekomunikasi (telco)

Kempen ini sudah berjalan sekitar 2 bulan lalu dan sudah berjaya mengumpul sebanyak 30,000 tandatangan dari pelbagai pihak yang bersetuju untuk tidak menyokong caj perkhidmatan tersebut.

Target pihak terbabit adalah mahu melengkapkan 10 juta tandatangan pada Februari tahun hadapan.Bagi Timbalan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan,Dato Joseph Salang berkata bahawa kerajaan belum memutuskan sama ada mahu membatalkan cukai tersebut.

Sumber :Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik