Friday, 4 November 2011

Salam AidilAdha dari Cahaya Hidup

Assalammualaikum...
Salam sayang CH buat semua.Sedar tak sedar,sudah sampai ke hari Jumaat,ya.Cepat betul masa berlalu.Dua hari saja lagi umat Islam bakal meraikan hari raya AidilAdha.Lazimnya memang sambutan raya haji tidak semeriah raya Aidilfitri.Sebab ianya istimewa buat umat Islam yang mengerjakan haji di tanah haram.Tapi kalau namanya dah raya,kita tetap menyambutnya,kan?Mood nak balik kampung tetap ada bagi perantau macam CH ni.

Pada CH,raya di mana pun sama saja.tetap tak ada mak dan abah.Balik ke kampung pun cuma nak melepaskan rindu pada rumah peninggalan mereka yang di jaga oleh kakak CH.Juga nak menziarah keluarga kakak di samping anak-anak buah yang semakin membesar.Tak lupa,kawan-kawan yang sama-sama membesar,dari alam kanak-kanak hingga tamatnya persekolahan.Ada yang masih stay di kampung,tapi lebih ramai yang sudah berhijrah.

InsyaAllah,petang ni lepas office hour,CH dan teman-teman office akan meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman.Perjalanan yang tak di rancang sebenarnya..........
Persiapan raya....?? Memang tak adalah.Cukup sekadar membeli barang-barang buat anak-anak buah.Sure diaorang happy.CH pun tumpang happy sekali bila melihat keletah diaorang terutama sekali Nurul Iman.Baru berumur  1 tahun lebih,tapi menyakat orang nombor 1.Tak tahulah ikut perangai siapa,tapi memang dia berjaya membuatkan  diri ini mengukir senyuman.
Harap bila besar nanti,Nurul Iman dapat menjadi seseorang yang membanggakan kedua orang tuanya,juga aunty dia ni...... Hehehehehehehe... (^ ^)
Nak harap anak sendiri,entah bila.Menumpang kasih pada anak buah pun,jadilah.........kan?


So,pada teman-teman CH,tak kira di blog , Facebook , Twitter , Octove , Formspring , skype , YM (mana-mana ajelah yang korang kenal Cahaya Hidup @ Nurul Ain) -Saya nak ucapkan ''selamat hari raya AidilAdha" buat semua.Ada yang lakukan ibadah korban ke tahun ni?
Dan sudah semestinya yang perlu kita hayati adalah pengorbanan Nabi Muhammad saw dalam menyebarserta mempertahankan Islam.Juga kisah Nabi Allah Ismail yang begitu popular ketika musim raya haji ni.

Saat ini jugalah waktu yang tepat untuk kita muhasabah diri.Apa yang sudah kita perbuat punya kebaikan atau tidak.Renung kembali kesilapan yang pernah kita lakukan,insafi diri.Fitrah manusia memang tidak akan terlepas dari kesilapan dalam hidup.
Tapi dengan kesilapan juga kita mempelajari tentang erti kehidupan.
Betul tak.....??

Andai ada salah silap yang pernah Cahaya Hidup @ Nurul Ain lakukan,minta maaf di pinta.Salah kata,tersilap taip,tersinggung hati,terkasar bahasa,maafkanlah ya.... =)

Selamat Hari Raya AidilAdha,
ikhlas,CH.

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik