Friday, 11 November 2011

~~~ Cultural Celebration Day ~~~~





Ini  kad undangan ke hari tersebut

Ok,
Hari ni kebanyakannya ramai orang berpakaian pelik.Sebab apa???
Sebab hari ni semua pakat dok pakai baju tradisional masing-masing.
Ada yang bertemakan arabic,melayu silam,punjabi,india dan cina.....
So,macam-macam ragam lah,kan.......
Baju pulak of course ada kebaya,jubah,punjabi,sari dan cheongsam.
Tak ketinggalan,pakaian etnik dari Sabah (entah apa namanya)
Tapi rupa baju tu macam ni lah :
Sumber gambar : SINI
CH.......???mesti ler pakai baju jugak,kan?
Kalau tak pakai,alamat memang kiamat ler dunia nihhhhh......Hihihihihihi
Antara aktiviti yang di muatkan bagi memeriahkan majlis adalah permainan tradisional seperti :
Congkak,batu seremban (CH panggil  batu 7),sumpit belon,main kejar2
(alah,yang ada datuk harimau dok kejar anak2 ayam tu..... ) , design kolam (yang orang india dok susun beras yang colourfull tu) dan juga sepak takraw.
And lepas penat main2 benda tu semua,barulah performance di adakan.Ini lebih pada tarian,nyanyian serta persembahan kreativiti dari pelajar sendiri.



Ini Kolam yg berjaya mendapat tempat pertama.....

Turut di pamerkan adalah informasi berkaitan adat resam,budaya masyarakat (bukan sahaja di Malaysia) tapi termasuklah seluruh dunia......
Pameran barangan antik dan unik pun ada dari serata dunia..... (yang terpilih ajelah yang di pamerkan)
So,dengan cara macam ni,kita telah di dedahkan dengan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai adat resam setiap kaum di dunia.Sebab masing-masing punya kepercayan,amalan yang menjadi ikutan mereka.
By the way,sebut bab amalan dan kepercayaan,ada sesuatu yang CH nak kongsikan dengan korang semua.Pasal 'Ulik Mayang'.Adakah ianya satu tarian yang mengandungi  unsur mistik?
Sebab tarian ni telah di pilih oleh seorang student untuk dia perform hari ni.But then,persembahan tersebut di batalkan atas beberapa sebab........
Dengar cerita,ada sesuatu yang mistik terjadi.....
Time student tu tengah buat latihan tarian tersebut malam tadi kat college,orang yang menonton persembahan dia ternampak something weird.Macam ada nenek2 tua yang mengiringinya dari belakang........
Ermmmmm,apakah itu??
#Ini bukan kisah dongeng okeh.....
Ianya realiti.....!!!!
Korang tahu pasal sejarah tarian tu tak?
Share dengan CH.......okey?
And CH pun nak try search di googel.....
And entry seterusnya pasal tarian ni nanti......
Okay..... =)
See U all later......

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik