Saturday, 12 November 2011

Periksa HATI - Sudah Matikah........???

Kenapa walupun saban hari kita di hidangkan dengan pelbagai pengajaran akibat dari ingkarnya kita kepada suruhan-Nya,kita masih statik di tempat yang sama?Masih melakukan kemungkaran,kesilapan berulang,seolah-olah apa yang terjadi,yang kita lihat dengan mata sendiri,mendengar dengan sepasang telinga yang sempurna ini tidak sedikit pun berbekas di lubuk hati.Sudah MATIkah hati kita?


Menurut Syeikh Ibrahim Adham,ada beberapa TANDA yang menunjukkan bahawa HATI kita sudah MATI.
  1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya 
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya    
  7.  Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya 
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kita tahu bahawa MAUT tidak kenal umur,jantina,masa,hari,cantik,hodoh,miskin dan kayanya seseorang itu untuk menarik kembali nikmat hidup yang sedang kita lalui di alam yang sementara ini. Saat menerima perintah dari ALLAH swt,tanpa lengah walau sesaat Malaikat Izrail akan mencabut roh kita keluar dari jasad.Bagaimana dengan nasib kita selepas itu?
Hanya amalan yang menentukan.........      

Justeru,HIDUPkanlah kembali hati kita yang hampir atau sudah mati itu.SUBURkan ia kembali dengan rasa CINTA kita terhadap Sang Pencipta.TEGUHkan keimanan agar ianya tidak goyah di rempuh oleh hawa nafsu dunia semata-mata.

Mulakan dari sekarang proses menghidupkan semula hati yang mati.Banyak cara yang dapat kita lakukan untuk menyuburkan kembali rasa CINTA kita terhadap DIA.
Banyakkan membaca Al-Quran,basahkan bibir dengan berzikir,bermunajat,dan jangan sesekali kita meringankan SOLAT 5 waktu sehari semalam.Kerana itulah tiang utama serta perkara pertama yang di hisab kelak.
Tak mampu untuk lakukan perkara sunat secara statik,cukuplah dengan mengerjakan yang WAJIB secara tertib dan sempurna.Apa yang penting adalah NIAT kita...........
Wallahhuallam

Bicara CH : Agak-agaknya,kalau terbaca entry ni,tergerak tak hati muslimah itu untuk berhijrah ke arah yang lebih baik?              

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik