Saturday, 19 November 2011

Rasulullah garis empat tahap pendidikan menjadi anak soleh




Anak anugerah dan nikmat terbesar daripada Allah swt kepada hamba-Nya.Mutiara hati bagi pasangan ibu bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan berlipat ganda jika mereka di didik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh.

Sebaliknya,jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa depan menjadi sampah kepada masyarakat serta negara.Justeru,memiliki anak yang soleh serta baik budi pekertinya menjadi impian setiap ibu bapa dan keluarga.

Contohnya,kisah Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia tetapi masih belum di kurniakan zuriat untuk menjadi pewaris keturunannya.Lalu Nabi Zakaria memohon dengan berdoa kepada Allah swt supaya di kurniakan anak yang soleh.

Firman Allah swt yang bermaksud : "Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya : "Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan." [Surah Ali-Imran,ayat 38]

Zuriat yang di kurniakan oleh Allah sebenarnya di lahirkan dalam keadaan fitrah,ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih daripada sebarang kekotoran zahir ataupun batin.Maka,menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan mereka menjadi insan berjaya ataupun tidak.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Apabila mati seseorang anak Adam,maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah,jariah ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan  ibu bapanya" [Hadis riwayat iman Muslim]

Menurut Islam memberi pendidikan kepada anak hendaklah di mulakan sejak awal lagi kerana pada usia begini segala nilai yang di tanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka.

Ibnu Sina berpesan,katanya : "Ketika anak telah mendapat asuhan ibunya,maka ajarkanlah ia adab Islam sebelum ia di serang oleh nilai yang buruk."

Rasulullah saw menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak iaitu :

  1. Tahap pertama,anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun) - Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  2. Tahap kedua,anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) - Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan,disiplin dan memberi tanggungjawab.
  3. Tahap ketiga,anak yang berumur antara 15 hingga 21 tahun - Hendaklah di didik dengan cara berkawan,bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  4. Tahap keempat,(anak yang berumur lebih dari 21 tahun) - Hendaklah ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan  dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat supaya segala tindakan mereka terkawal.

Ibnu Khaldun membahagikan tujuan pendidikan kepada anak dalam tiga bentuk iaitu mempersiapkan anak dari segi :

  • Keagamaan
  • Akhlak
  • Pemikiran

Ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan.Jangan beranggapan kita sudah menunaikan kewajipan dan hak anak apabila mereka di hantar ke sekolah.Ingalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa bukan hanya memastikan mereka hidup tetapi memastikan mereka mempunyai prinsip teguh dan jati diri yang kuat.

Oleh itu,pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia penting untuk membantu mereka berdepan cabaran masa akan datang.Tanpa prinsip ini di takuti anak kita mudah terpengaruh pelbagai pemikiran hingga sanggup menggadai prinsip kehidupan mereka.



Memelihara anggota keluarga daripada ancaman neraka tidak bererti mencegah mereka daripada maksiat sahaja.Kita juga mesti bersikap aktif mendidik dan menerapkan nilai murni dalam diri mereka sebagai kubu yang dapat menepis serta menapis pengaruh sekitar  yang nyata penuh dengan cabaran.

Ingat,anak adalah amanah Allah swt .Segala apa jua yang terjadi kepada mereka adalah tanggungajawab kita sebagai ibu bapa.Kerana kita juga nanti yang akan di persoalkan di akhirat kelak.
Wallahhuallam...........

Sekadar berkongsi ilmu yang di peroleh,ikhlas dari CH.

4 comments:

  1. anak adalah satu amanah yg harus dijaga dgn sebaiknya...kerana sebaik2 anak tu antilah yg akan mendoakan kita kat sana nanti...:')

    ReplyDelete
  2. Halimatun,dh kawen blom?
    kalau sudah tp msh blum di kurniakan cahaya mata,sabarlah.
    Allah sudah tentukan rezeki setiap hamba-Nya.kalau blom kawen,pi cari laki dulu.....hihihihi

    ReplyDelete
  3. aiez:btul lah tu.itu aje yg boleh tolong kita nnti di sana=anak2 yg soleh.... (^^)

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik