Sunday, 13 November 2011

Tip-Tip Menghadapi Peperiksaan


Memandangkan Esok telah bermulanya minggu peperiksaan bagi calon-calon SPM,CH terasa macam nak tulis sesuatu.Dari tadi dok tengok ada kawan yang tak habis-habis dengan nervous dia.Sebab dia nak ambik exam esok.Rileks ye dik,kalau dah cukup persediaan tu apa nak di risaukan.Tawakkal je untuk esok.InsyaAllah,segalanya akan di permudahkan.

Apa yang penting sekarang ni adalah rehatkan minda tu.Jangan serabutkan fikiran dengan  benda-benda yang tak penting.Dan yang penting sekali jangan dok leka
sangat main Octove tu. Nanti takut terleka,sampai terlupa yang dah di ulangkaji.....
#harap-harap taklah,kan?
Meh sini tengok apa yang sepatutnya candidates buat di hari-hari terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan.

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

So,CH harap tips ni dapat membantu untuk kurangkan sikit nervous di hati tu.CH pun pernah melaluinya.Memang macam nak tercabut jugak jantung ni menghitung jam-jam terakhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.
CH harap Iskandar dapat buat yang terbaik esok.
Good luck...!!!!

Jangan lupa untuk berdoa juga.Doa kan senjata orang-orang mukmin.Minta pertolongan dari DIA.

DOA PENERANG HATI :
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةًقَهُوا قَوْلِي
مِنْ لِسَانِي . يَفْ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

(Taha : 25,26,27)


aksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan muanlah bagiku, tugasku; "Dan

P/S : Jangan lupa,minta restu dari ibu bapa,juga bermaaf-maafan dengan mereka.... (^ ^)
 








Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik