Tuesday, 1 November 2011

Perlukah Perempuan Itu Tahu Asas Menguruskan Hidup Sebelum Berkahwin?

Tetiba je terasa nak tulis pasal topik ni."Perlukah seorang perempuan itu tahu melakukan kerja-kerja rumah sebelum berniat mahu mendirikan rumah tangga? "
PERLUKAH.......???

Mungkin korang semua selalu nampak soalan yang hanya bertumpukan kepada "skill memasak" sahaja.Tapi kali ni CH besarkan skop pemikiran kita ya.
KERJA RUMAH.
Okay.Sedia maklum kerja rumah itu merangkumi keseluruhannya kerja di dalam rumah,juga yang bersangkutan dengan hal-hal seharian.Apakah itu?
Memasak,mencuci,mengemas rumah,menghias rumah,etc.Pendek kata: "Household Chores".


Perlu ke tidak?Kalau ditanya pada lelaki (yg sedang dalam mood couple2 tu),msti dorang akan jawab "tak kisah" ataupun jawapan2 yang nak menyedapkan hati perempuan jek.Betul tak.....?? Tapi pada hakikatnya.....???? Ngeh3,sedia maklum okeh......!!


Kita ni kaum perempuan bila dah orang lelaki  bagi jawapan yang "menyedapkan hati" tu,faham-faham sendiri lerrr.Dorang pun manusia biasa.Sampai manalah sangat dorang dapat bertahan dengan perangai perempuan yang tak tahu langsung nak uruskan rumah tangga.Sabar dorang pun ada batasnya.Jangan nanti menyesal sendiri,sudahlah ye..


Makan?Import di kedai mamak.Baju?Hantar ke laundry.Rumah?Kemas cincai-cincai pun okeh kot...... Ngeeee~~~~ Boleh ke macam ni keadaannya?Korang agak-agak,berapa lama lelaki dapat bertahan dalam suasana yang macam ni? Mesti orang lelaki fikir,
"Baik hidup bujang je kalau macam ni jadinya " Hehehehehehe...... betul tak??


Orang perempuan kalau tak tahu nak uruskan rumah tangga,nampak tak berapa manis di situ.Walaupun skill masak tak setanding "Iron Cheft",jangan ler sampai nak goreng telur sebiji pun blur depan dapur!!Tak payah lerr bersiap macam nak pergi perang-siap ngan goggle,glove,perisai bagai sedangkan cuma nak siang ikan jek....!! #InsyaAllah,tak akan mati kita kalau takat nak pi siang ikan je~~~~


Okeh,lepas tu tolong lerr kenal dan suaikan diri dengan peralatan dapur ye anak-anak dara sekalian (including me) .Kena ler tahu ye fungsi periuk nasi tu untuk masak nasi ye sayang,bukan untuk masa air.Kalau nak masak air,guna kettle,ye kawan2 perempuanku......??? ekekekekekeke.


 
Kita ni bila dah kawen,maybe di awal-awal bulan pertama suami boleh buat tak kisah je bila tengok isteri terkial-kial nak jalankan fungsi sebagai isteri.Kira untung ler kalau dapat suami yang sentiasa ada sifat tolak ansur dalam semua hal.Dapat faham situasi isteri yang sebelum ni memang tak pernah sentuh bab2 hal uruskan rumah tangga.Yang tak biasa nak kotorkan tangan siang ikan,pecah peluh masak kat dapur.


Isteri pulak,bila dah dapat suami yang macam tu sikit punya sabar,cuba-cubalah pertingkatkan kemahiran diri dalam bidang rumah tangga ni.Dalam hidup bersama,tugas isteri bukan sahaja memenuhit tuntutan batin,ataupun merapikan penampilan diri di hadapan suami....bahkan hal-hal lain pun perlu di ambil kira juga.Pendek kata,serba serbi hal berkenaan suami perlu di jaga,okeh. #takut-takut nanti,ada orang lain yang interframe suami kita.....tak ke buat aniaya diri sendiri je..

Tapi lama-lama,korang rasa suami korang mampu ke bertahan kalau keadaan tetap berlarutan macam tu?Rasanya,tak ada kot.Kalau ada,kira bertuahlah siapa yang dapat suami penyabar gilerrr.....

So,kalau korang rasa ada niat nak membina keluarga,siap-siapkan lah diri korang tu.Tak perlulah sempurna sepenuhnya,cukup tahu asas dalam menguruskan rumah tangga,okeh.Tak payah lerr nak jadi macam Martha Stewart yang tahu serba serbi.Kalau nak jadi macam tu,bila tahun baru korang dapat kawen,kan?

Fikir-fikirkanlah ye,sebab baru bercerita dengan kawan tentang pengalamannya yang baru melangkah ke alam perkahwinan.Macam-macam karenah yang dia buat.....hahahahahaha #aku dah penat nak gelak dengar citer dia nihhhh..... adoyaiiiiii....!!


Skill menarik tarian di Mid Valley
Ada Volkswagen terbaik di sini

1 comment:

  1. perrgghhhh...!!!!
    bezzttt glerrr buletin kooo....
    powerr bebb...
    aku sndiri pun nk tergelakkk...
    kah..kahh..kahh..

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik