Wednesday, 23 November 2011

:: Apa Kelebihan Pada Solat Berjemaah ?? ::

Firman Allah swt yang bermaksud : 
          Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka,maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu dan menyandang senjata,kemudian apabila mereka (yang bersolat beserta denganmu) sujud,maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu (untuk menghadap musuh)
[Surah An-Nisa' : 102]

Mungkin ramai yang masih meragui mengapa perlunya melaksanakan solat berjemaah sedangkan ia boleh di lakukan secara bersendiri di rumah atau di lokasi kita berada tanpa bersusah payah ke masjid ataupun surau.




Mengerjakan solat secara berjemaah seminggu sekali pada solat Jumaat atau solat sunat raya di anggap telah mencukupi oleh sesetengah umat Islam asalkan tidak meninggalkan kewajipan dalam rukun Islam ke-dua  itu sendiri di rumah.

Solat berjemaah sering di ambil mudah dan semakin kurang mendapat sambutan.Antara sebabnya,kurangnya kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kelebihan dan manfaat yang bakal di peroleh daripada menunaikan tuntutan Allah tersebut.

Kelebihan solat berjemaah di sebutkan oleh Nabi Muhammad saw dalam sabda baginda yang bermaksud : Solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat. (Riwayat Al-Bukhari)

Sabda Rasulullah dalam ayat di atas menunjukkan betapa Allah melipat kali gandakan ganjaran kepada hambanya yang menunaikan solat berjemaah berbanding solat bersendirian walaupun ia tiada perbezaan dari segi perbuatan fizikal dan bacaan ketika solat.

Hasil dari kajian seorang pakar sains fizik di Universiti Amerika Syarikat iaitu Prof.John Herbert mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.



Bilangan  rakaat yang berlainan dalam setiap waktu solat adalah bertepatan dengan keperluan pertukaran cas elektrik positif dan negatif tersebut.

Solat Subuh hanya 2 rakaat kerana ia hanya memerlukan sedikit pertukaran cas.dalam tubuh.Berlainan pula dengan solat Zuhur dan Asar yang memerlukan pertukaran cas yang banyak untuk menyeimbangkan cas dan mengembalikan tenaga dan kecerdasan tubuh.

Selepas waktu Asar pula,pada kebiasaannya kita hanya beriadah atau melakukan aktiviti ringan yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga di samping perbezaan masa yang di peruntukkan tidak terlalu ketara.Oleh itu,solat berjemaah waktu Maghrib hanya sebanyak 3 rakaat adalah mencukupi untuk menyeimbangkan cas dalam tubuh.

Dan barangkali ada yang keliru mengapa pula jumlah rakaat bagi solat Isyak sebanyak 4 rakaat,hanya berbeza sedikit dengan waktu Maghrib tadi.

Ini kerana,menurut kajian yang di lakukan menyatakan bahawa pertukaran cas yang banyak perlu bagi menyediakan cas elektrik dalam tubuh yang benar-benar seimbang dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk bangun pada sepertiga malam bagi menunaikan solat sunat seperti yang di tuntut dalam Islam.

Hasil kajian saintifik tersebut menunjukkan kepada kita betapa indah dan sempurnanya amalan agama Islam sehingga setiap kewajipan yang di perintahkan kepada kita mempunyai kelebihan dan manfaat sendiri.
Sesunggunya setiap sesuatu yang telah di jadikan oleh Allah itu tidaklah sia-sia.Melainkan ada sebab dan kebaikan di sebaliknya.
Wallahhuallam......

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik