Tuesday, 28 June 2011

Best Kan Buat Jahat Tu ?


Selalu dengar orang - orang tua cakap macam ni  bila korang buat salah :

Korang nak bahagia kan parents korang ? Klik kat sini eyh ...

                   "   Hah , bagus lah tu . Esok - esok buat lah lagi ...... Kan bagus tu ..... "
Pernah ?

Tu nama nya ayat memerli , tahu ? Memang orang2 tua selalu ber cakap guna kiasan atau bahasa sindiran yang halus tapi punya makna yang amat menusuk kalbu . Mereka mesti akan cakap berlawanan dengan maksud yang ingin di sampaikan . Tapi itu semua adalah untuk sedar kan kita juga . Tapi memang kita selalu buat perkara yang ber lawanan , kan ?

Sama juga dengan kelakuan manusia . Sesuatu benda yang sangat2 di tegah itu , yang itu juga lah yang nak di buat ..... Ermmmm , kenapa agak - agak nya , ya  ? Cuba anda..... dan  anda semua fikir2 kan .....  :)

Manusia ni ,  biasa nya lebih ringan nak lakukan kejahatan berbanding kebaikan . Entah kenapa ya ?  Kalau nak memulakan sesuatu kebaikan tu ,  macam berat semacam , kadang2 malu pun ada rasa nya , barangkali lah .... Tapi kalau nak buat jahat  tu , tak ada nak fikir malu pulak , ya ? Kenapa jadi macam tu ? Hurmmmm.... Fikiran masih lagi berputar ligat nihhh....

          "  Dalam surah Yusuf: 53 Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat olah Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. "

Susahnya mahu menunduk kan nafsu , ya ? Agak - agak nya memang sudah lumrah atau fitrah manusia lebih cenderung melakukan kejahatan berbanding kebaikan . Kalau ada dua perkara yang berbeza datang kepada manusia untuk di pilih

  1. Kebaikan
  2. Kejahatan
Pastinya manusia akan lebih tertarik dan ringan hati melakukan kejahatan . Kenapa agak - agak nya , ya ? Ermmm , begini . Saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa :

             "    ada satu makhluk yang dikenali sebagai "qarin" yang bererti sesuatu yang menyerupai sahabat (al-Munjid, 1956:625). Qarin adalah daripada golongan makhluk-makhluk halus yang sentiasa berdampingan dengan manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.   "

Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk menggoda, menipu dan memesongkan manusia daripada jalan yang benar. Dengan godaan itu ia boleh menyebabkan manusia menganggap sesuatu yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk. Dengan dorongannya seseorang itu akan sentiasa terdorong untuk melakukan kejahatan yang dirasakan menyeronokkan, melahirkan rasa rela dan kepuasan.

Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin, tidak kira ia seorang nabi, seorang alim ataupun orang biasa.

So , sekarang kawan2 semua dah tahu kenapa manusia tidak punya rasa takut untuk melakukan  kejahatan ? Sebab ada yang mendorong nya lah .... Qarin .

Patut lah orang tak kisah aje ye nak buang bayi merata - rata ? Gamak nya macam  buang sampah setiap pagi .Main humban ajew , kan ? Hairan betul bab yang macam ni ~~~ tak akan pernah habis agak nya . Hari ni saja ada lagi manusia buang bayi . Jom baca lanjut kat sini ------>   Bayi di buang dalam semak . My colleuge siap cakap ala - ala doa lagi :      " Akak harap orang2 yang pernah buang anak ni , in future tak payah lah tuhan nak beri rezeki anak lagi pada dia orang . Bukan tahu nak hargai pun .... " Itu kata akak saya , bukan saya . Saya senyum je . Angguk tak , geleng pun tak ..... :) 

"    Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah        kepada  siapa yang kamu derhakai. (HR. Aththusi  )  "
  
Sabar aje lah . Sampai tak larat nak baca . Itu baru 1 kes , belum sebut benda2 buruk lain lagi . Nasib baik baca newspaper free , kalau beli , buat bazir duit aje ....

              Jom tenang kan fikiran dengar lagu2 best kat sini

BUANG BAYI = Ber ' couple '  +  Beramah - mesra  +  Berzina  <-------  Jadi nya di sini dah berapa banyak kejahatan yang telah di cipta ?  Ini baru satu kes , ya ...... !!



Jadi , apa yang perlu kita lakukan sekarang ?
Pada saya , pertama nya kita kena muhasabah diri dulu . Ingat !! Kita tak punya apa - apa kat dunia ni ..... semua milik - Nya .Jadi jangan nak sombong atau lupa diri dengan nikmat yang di kurnia kan oleh Tuhan . Kegembiraan di dunia ni tak akan bawa kita ke mana . Bukan lah satu kesalahan untuk berseronok , tapi setiap perkara yang di lakukan itu harus ada batas2 nya . Hidup biar seimbang  = Bahagia di dunia dan juga akhirat , InsyaAllah ....

Then , cuba mula  dekat2 kan diri dengan DIA , pasti kita akan merasa tenang . Bila hidup dalam ketenangan , setiap perkara yang kita lakukan pasti akan terasa mudah . Walau ber hadapan dengan masalah , InsyaAllah , akan tetap terasa ringan dan mudah .



Dan bila diri dah mula dekat dengan DIA , pasti secara automatik nya kita kan merasa takut untuk melakukan kejahatan . Sebab nya  ? Sebab kita sentiasa akan rasa bahawa Allah sedang melihat setiap tingkah - laku kita . Tak kira , walau di mana kita berada , harus di ingat : Allah itu Maha Melihat .... :)

          Saya tulis hanya sekadar untuk kita fikir - fikirkan apa yang sudah menimpa dunia kita ini . Ingat , hidup tak selama nya kekal , kehidupan di akhirat sana yang bakal menanti.... Itu lah agak nya bila dunia semakin meniti penghujung hidup . Bila2 masa sahaja kiamat akan berlaku . Jadi sebelum ianya terjadi , mari lah sama2 kita kembali ke pangkal jalan . Bak kata - kata  yang berbunyi
" Bekerja lah seolah - olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan
    ber ibadah lah kamu seolah - olah kamu akan mati pada esok hari   "


Dari baca berita2 yang boleh buat tension , apa kata kita santai2 kat sini ? Lagi banyak faedah nya :)



"   Barang siapa meninggalkan maksiat terhadap Allah kerana takut kepada Allah maka ia akan memperoleh keredhaan Allah. (HR. Abu Ya’la )   "

                                ~~~ wallah' huallam.....  ~~~
 

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik