Tuesday, 28 June 2011

Hargailah Nilai Sebuah Persahabatan Itu



" Jangan engkau ber sahabat dengan sahabat yang mana dia begitu ber harap kepada engkau ketika mahu menyelesai kan masalah nya sahaja sedang kan apabila masalah atau hajat nya telah selesai maka dia memutus kan kemanisan persahabatan. Ber sahabat lah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melaku kan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, mem beri per tolongan kepada engkau serta memadai dengan amanah nya atau sikap ber tanggung jawab nya ter hadap engkau. "
-Imam Umar bin Abdul Aziz
sumber : SINI


Dalam menjalinkan hubungan persahabatan  memang sukar untuk menjaga hati dan perasaan seseorang . Kadang - kadang apa yang kita lakukan pasti ada sahaja yang tidak kena .Sudah nya , pasti akan timbulnya bisik - bisik halus atau cakap - cakap belakang tentang ketidak puasan hati terhadap diri kita . Namun , kita seharusnya sedar yang kita juga manusia biasa . Tidak sempurna sepenuhnya . Seharusnya sikap  ingat - mengingati serta hormat - menghormati harus di semai dalam sesebuah persahabatan . Sifat berterus - terang itu juga salah satu elemen penting dalam sesebuah persahabatan untuk terus menjadikan persahabatan kekal buat selama - lamanya .........

Klik sini jika ada penggemar coklat...!!

Agak - agaknya apa yang perlu kita elak kan supaya kita tidak merosakkan sesebuah hubungan persahabatan itu ? Ada beberapa "JANGAN " yang perlu kita elak kan . Nak tahu ? Jom , baca kat bawah ni ........ :)

        • JANGAN   lempar penghinaan --->  Sebagai seorang sahabat . tidak seharusnya kita merendah kan mengejek dan menghina sahabat biar dalam bentuk apa sekali pun . Tak kisah lah dari sudut fizikal , sosial , kelakuan dan lain2 lagi . Walau pun pada pandangan mata anda , ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabat itu , tegur lah dalam keadaan yang berkhemah supaya tidak akan ada hati yang terasa nanti . Sahabat anda juga nanti pasti akan dapat menerima cara teguran anda yang bersopan itu ......

 Anda seorang yang prihatin : jom sama2 selamatkan bumi kita..... klik

        • JANGAN   mencampuri urusan peribadi nya ---->  Sebaik nya cuba elak kan untuk tidak terlalu busy body atau terlebih menjaga kain orang lain . Sebab nya ,mungkin sahabat anda punya masalah personal yang tidak sesuai untuk di kongsikan . Setiap orang itu punya masalah yang tersendiri dalam hidup . Kadang - kala bukan semua perkara selesa untuk di kongsi . So , mulai sekarang , cuba lah belajar menjadi seorang sahabat yang memahami ..... ^_^

        • JANGAN   ketawakan sahabat anda  --->  Jika sahabat sedang mahu bertanya kan pendapat atau mahu menunjuk kan sesuatu yang di hasilkan nya , anda jangan sesekali ketawakan sahabat anda . Biar bagai mana pun hasil nya , jangan ketawa . Kerana jika anda berbuat begitu , risau hanya akan mengundang rasa kecil hati pada sahabat anda . Tidak kisah lah sama ada sahabat anda mahu bertanya pandangan anda tentang fesyen terbaru nya ke , resepi yang di hasilkan ke ,cara dia ber make - up  atau apa2 sahaja . Ketawa itu mungkin boleh sekadar berjenaka , tetapi jangan berlebihan atau terlampau - lampau hingga tidak perasan yang sahabat berkecil hati dengan tindakan kita .

        • JANGAN  buat perbandingan  ---->  Hal ini mungkin sensitif sedikit . Biar lah bagaimana sekalipun sahabat kita itu , bersahabat lah dengan ikhlas . Bukan kerana harta , pangkat , nama , populariti atau kerana kepentingan diri sendiri . Biar pun sahabat kita tidak punya rumah yang besar ,kereta mewah , kerjaya yang bagus seperti kita , jangan sesekali kita banding kan itu semua . Kerana , hal yang sebegitu akan membuatkan sahabat merasa rendah diri , rasa terhina dan seolah - olah tidak di hargai .


 " Apabila kita ingin berteman , jangan lah kerana kelebihan nya , kerana mungkin 1 kelemahan , kau mungkin akan menjauhi nya  "


  •  JANGAN   ungkit kisah lalu nya  --->  Setiap orang punya kisah hidup yang tersendiri . Dan tidak semua perkara dalam hidup ini di lalui dengan kebahagiaan , kejayaan dan keseronokan . Mungkin sahabat anda pernah melalui kisah pedih atau sesuatu yang meng aib  kan untuk di ketahui oleh semua orang . Justeru , kita sebagai sahabat seharusnya menjadi pemegang setia rahsia sahabat kita. Dan jangn pernah sesekali mahu meng ungkit kembali kisah - kisah lalu yang hanya akan membuatkan hati sahabat anda kembali terluka .


 P / S  :  Hargai lah persahabatan yang sudah terjalin . Kerana mencari seorang sahabat itu bukan lah mudah
"   Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu "
MAHUKAN I - PAD PERCUMA ? JOM KLIK 

3 comments:

  1. azam : mmg persahabatan tu penting . sbb tu perlu kita pelihara nya samapi bila2.jgn hilang kerpercayaan sahabat kepada diri kita....

    ReplyDelete

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik