Sunday, 19 June 2011

Sejarah Hari Bapa

Assalammualaikum....


Hari ni hari bapa ya...?? Itu pun selepas saya rujuk pada kalendar.Saya tak alert sangat bab2 mcm ni.Sebab dalam keluarga saya,kita orang x pernah sambut perkara2 yg mcm ni.... :) Teruk betul bunyinya,kan...??? huhuhuhu....

Anda....anda....anda semua tahu,mana wujudnya hari bapa?? Meh sini baca serba sedikit info yang saya dapat dari Goggle.... :)

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Tarikh-tarikh

Tarikh yang diakui secara rasmi adalah berbeza menurut negara yang berlainan. Bahagian ini menyenaraikan beberapa contoh-contoh yang penting.

Ahad ketiga bulan Jun
Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

23 Jun
Nicaragua, Poland, Uganda

30 Julai
Vietnam

Ahad ketiga bulan Julai
Uruguay

Ahad terakhir bulan Julai
Republik Dominican

23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran)
Iran

Ahad kedua Ogos
Brazil

8 Ogos
Taiwan

Ahad pertama bulan September
Australia, New Zealand

Ahad kedua bulan November
Estonia, Finland, Norway, Sweden

5 Disember
Negara Thai

23 Februari
Belarus, Rusia, Ukraine

19 Mac
Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol

5 Mei
Romania

8 Mei
Korea Selatan (Hari Ibu bapa)

Hari Ascension
Jerman

Ahad pertama bulan Jun
Lithuania

5 Jun (Hari Perlembagaan)
Denmark

Ahad kedua June
Austria, Belgium, Ecuador

17 Jun
El Salvador, Guatemala

Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik