Tuesday 21 June 2011

Perginya Seorang Kartunis

Terpaku sebentar saat mata lagi terpanah pada satu artikel bertajuk " EDITOR UJANG MENINGGAL".Saya dapat tahu hal ini di Harian Metro.Macam tak percaya pada mulanya..... Tapi bab2 ajal ni siapa boleh sangka.Mungkin lepas ni turn kita pulak agaknya.


Saya rasa ramai antara kita yang meminati Majalah Ujang ini.Termasuklah saya.Zaman kecik2 dulu,saya suka baca Gila-Gila ( nak2 citer 3 Dara Pingitan tu ).Sekarang saya obses dengan Ujang pulak.Sekali dah layan,memang susah nak lepas.Gelak tak berhenti....


Khabarnya arwah Rashdan Abdul Rahim ( kartunis Qayyum ) meninggal dunia akibat seranga jantung kelmarin di rumahnya USJ 22 Kuala Lumpur.Isteri arwah,Suhaila Samsudin memaklumkan suaminya tiba-tiba mengalami serangan jantung yang ketika itu mahu menaiki tangga rumah terus di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ).Doktor mengesahkan suaminya meninggal dunia kira-kira jam 9.28 malam.


AL-FATIHAH buat arwah Qayyum.....

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik