Friday, 24 June 2011

Kenapa Perlu Contohi Si Lalang

Salam semua......


Bila menjengah wall dan terpandang beberapa status sebilangan rakan FB,tiba-tiba tangan ni gatal pulak nak coretkan apa yang saya lihat.Dari tadi dok berfikir dan terus berfikir.

Kenapa manusia ni mudah sangat terpengaruh dengan hasutan / pujukan / cara orang lain
tanpa meneliti terlebih dahulu apa betul cara yang mereka gunakan dan baik pula pada orang lain untuk mencontohinya?
Cuba ambil sikit masa tu,fikir balik... " betul ke apa yang aku buat nihh?" Manfaatkan akal yang di anugerahkan Tuhan  dengan sebaik-baiknya.Bukannya gunakan akal tu untuk menjerat atau mengenakan orang lain.Perlu ingat balasan yang bakal kita peroleh kelak.Kelebihan yang ada jangan di salah gunakan.


Hidup perlukan pendirian.Tetapkan matlamat dan tujuan anda dalam melakukan sesuatu.Kenapa mesti ikut cara / hala tuju orang lain sehingga matlamat yang sudah kita tetapkan semakin kabur.

Yang saya sempat tengok di wall kawan2, ada sorang ni kemain lagi nasihat orang sana sini,tapi last2 dia buat juga benda yang di katakan tak baik tu.Kira mcm pepatah  kata " Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan " - Sendiri pun tak betul lagi,dah nak mengubah orang lain pulak ?

Selama ni saya cukup respect pada dia.Sebab kawan saya ni selalu beri nasihat ke arah memotivasikan diri.Setiap kata-katanya cukup berguna untuk di jadikan panduan.Tapi entahlah,sejak akhir2 ni dah berubah pulak.Seolah-olah dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri.

Pada saya,tak salah nak jadikan seseorang itu contoh pada diri,tapi pilihlah yang baik sahaja.Jangan semata-mata mahu mengaut keuntungan dan mengejar wang segala,terus lupa pada niat asal.

"Niat itu tidak menghalalkan cara"
Niat sudah betul.Tapi lihat kembali apa jenis cara yang di praktikkan untuk mendapatkan sesuatu itu.Fikirkan,Kalau ianya melibatkan rezeki / wang - halalkah rezeki yang di perolehi itu untuk di beri makan pada keluarga?~~~~ Sendiri fikir2kan.....

 P / S : Sebenarnya saya juga ada terlintas nak buat cara yang kawan saya tu buat untuk dapatkan keuntungan.Tapi bila fikir2 balik,halal ke untung yang aku akan dapat nanti? Berkat ke rezeki yang di perolehi tu?Pada saya " biar sedikit rezeki tu,asal saja berkat dan di dapati dengan jalan yang betul".....Dari rezeki setinggi gunung tapi tiada nikmat keberkatan di situ.Tahu-tahu,rezeki tu habis macam tu saja tanpa sebarang hasil untuk di nikmati

Dari berebut-rebut rezeki yang sejemput tu,baik anda....anda.....anda klik sini : KLIK SINI
Lagi banyak peluang menanti untuk tambah kan rezeki anda semua.


2 comments:

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik