Saturday, 11 June 2011

Kehadiran Ramadhan yang semakin mendekat......

Rejab semakin bergerak untuk bertemu Sya'ban.Setelah itu di susuli pula dengan Ramadhan yang amat di tunggu oleh hamba2-Nya yang merindui pahala yang melimpah ruah.Barangkali ada di antara kita yang sudah memikirkan pelbagai rencana untuk menyambut Ramadhan terutamanya Syawal.......
Bukan main berkobar lagi hati memilih tema untuk raya tahun ini.Dengan kesibukan mencari kain untuk di buat baju sedondon,langsir baru,renovate bahagian rumah dan pelbagai lagi......


Di mana2 sahaja sekarang orang sudah sibuk membuat persiapan.Contoh terdekat pada mata saya adalah di office.Bukan main lagi akak sebelah saya tu menempah baju 3-4 pasang ( macam2 fesyen) pada seorang colleague....itu belum kira kain yang ber ela2 di beli yg belum jadi baju lagi.......Saya....???dengarkan ajew lah...... ^_^

Ada jugak colleagues yg dah busy promote kerepek lah,biskut dan perkara2 yg sewaktu dengannya.Sakit kepala jugak layan semua benda2 mcm ni.Kang kata tak layan,sombonglah,tak nak bercampur lah. So,saya...??? Layankan ajew lah karenah2 mereka semua......


Tapi kan,dalam sibuk2 buat persiapan nak sambut raya bagai tu,dah check belum sama ada sudah di ganti puasa yang tak cukup tahun lepas....??? Al maklumlah,orang2 perempuan mana pernah cukup sebulan puasanya,kan...??? Kurang2 sure ada satu hari yang terponteng..... Haaa,cuba korang check balik ya..... :)

Manalah tahu,takut2 dah sampai di akhir2 Sya'ban merangkak ke 1 Ramadhan baru sedar masih ada baki puasa yang belum di lunaskan.... Haaa,time tu tanggung dan jawab sendiri yew.....Sebab dah terlambat..... Dah nak kena bayar Fidyah pulak dah.Berganda pulak yg nak kena di bayar bila puasa di injak dari tahun ke tahun.... Tak ke satu hal lagi tu yang nak kena di settle kan....??




Info tambahan

Fidyah adalah denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah (kerana uzur dan disyariatkan), dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan.(Ensiklopedia Islam 3:264)

Adapun makna fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya.

Jenis fidyah itu ialah sama seperti jenis zakat fitrah iaitu makanan asasi dan yang mengenyangkan bagi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang patut dikeluarkan ialah satu mudd (secupak) iaitu kira-kira lima belas tahil beras bersamaan 566.85 gram.

Pihak yang berhak menerima fidyah itu ialah orang-orang fakir dan miskin sahaja. Fidyah itu boleh diberi dengan lebih dari satu cupak kepada seorang miskin berlainan dengan kaffarah, kerana ia hendaklah satu cupak sahaja kepada setiap seorang miskin hingga enam puluh orang iaitu tidak boleh dua cupak untuk satu orang miskin bagi membayar kaffarah.

Membayar fidyah itu diharuskan selepas terbit fajar di hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan kerana keuzuran seperti orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang terlalu tua yang tiada berdaya untuk puasa dan perempuan yang hamil dan murdhi‘. Walau bagaimana pun diharuskan juga mengeluarkan fidyah itu sebelum terbit fajar bagi hari yang dikeluarkan fidyah itu dan diharuskan juga mengeluarkan fidyah terlebih dahulu sebelum berbuka, akan tetapi hanyalah satu fidyah sahaja di hari berbukanya itu dan tidak harus mendahuluinya bagi hari kedua dia berbuka puasa. Begitu juga tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadhan.(Raudah At-Thalibin: 2/385)



So,pada siapa2 yang belum melangsaikan hutang puasa tahun lepas dan mampu untuk melakukan puasa,jom lerr buat cepat2.Puasa sunat Rejab + puasa ganti....... ^_^  ~~~~~ Jangan tunggu saat2 akhir pula sebab kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang ( biasanya mmg dh jadi habit ganti puasa time last2 minute,kan....???) -  Ingat jew Mak Su saya cakap " jangan biasakan diri ganti puasa saat2 akhir.Baik ganti awal2 sementara masih sihat.Sebab kita tak tahu esok kita hidup lagi atau tak..... " - Saya ingat pesan ni-


P / S  :  Alhamdulillah, dah settle semua puasa saya..... anda....anda sekalian,sudah kew belum??? Kalau belum,cepat2 ya.....   -PEACE-


                Indahnya di saat merasai nikmat ketika berbuka............

No comments:

Post a Comment

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik