Sunday, 19 June 2011

NASI KUKUS + AYAM BEREMPAH - MENU HUJUNG MINGGU

Ahad , 19 June 2011

5.30 pm

Solat dah settle.Dari tadi dok guling-guling sambil melayan novel Doktor Cinta yang masih berbaki separuh lagi.Perut ni pulak dah lama bernyanyi-nyanyi.... dah berpuluh lagu berganti.Laparrrr..... :(

Nak masak,bahan-bahan x dew.Minggu ni tak sempat nak beli stock barang dapur.Hurrmmmm,nak turun beli,malas dah menguasai diri totally....
Dok tahan lagi lapar tu . Dalam menahan lapar tu,perut dah terasa sakit pulak dah.... Lapar tahap kaw2 punye...!!

Lastly,terpaksalah rajinkan jugak diri ni bersiap ala kadar untuk turun g tapau makanan.Dah siapp,terus capai kunci rumah ngan kunci motor,g merempit jap.... hehehehe

Niat dalam hati dari rumah tadi mmg nk beli nasi je.Pilih yang lain takut tak kenyang sampai esok.Sambil usha makanan yang ada,at last saya tapau nasi kukus ngan ayam berempah + air blackcurrant.InsyaAllah,boleh kenyang nihhh.... Hah,ni dia makanan LUNCH merangkap DINNER saya untuk hari ni ~~~~


Bab makan dah settle.Tiba-tiba teringat nak dapatkan magazine KELUARGA HARMONI ( cover depan Dato' Dr Syeikh Muszaphar and Dr Halina )- Memang minggu ni dok cari majalah tu.... ^_^

Korang tengok sedap tak nasi kukus tu ? Nak resepi tak....?? Meh check kat bawah nihhh,mn tau boleh cuba2 time ada masa nnti,kan...???


NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan
2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan ansi masak. [lebih kurang 30 minit][/img]
AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
3 batang serai ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
Sambal Belacan
Bahan5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
garam
2 biji limau nipis [ambil jusnya]

Cara1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
3. Rasakan masam dan masinnya.


SELAMAT MENCUBA YA.... MEMANG SEDAPPPP..!!! TAMBAH2 KALAU DH TERSANGAT-SANGAT LAPAR....HIKHIKHIK....

Cenderamata untuk yang tersayang

 
Images by Freepik